Di bawah berikut adalah misi bagi blog Malaya Journal:

Misi

Misi 1: Melahirkan generasi yang memahami al-Quran dan berakhlak mulia.

Berdasarkan misi di atas, jika anda pembaca tegar blog Malaya Journal atau baru sahaja membaca beberapa artikel, saya menyeru kepada anda semua agar mempraktikkan segala ilmu yang anda dapatkan di blog ini.

Marilah kita bersama-sama menghayati kehidupan para rasul dan para sahabat untuk menjadikannya sebagai iktibar dan pengajaran dalam kehidupan kita seharian. Juga, jadikan ilmu dan amalan kita ini sebagai panduan utama dalam mengharungi kehidupan.

Firman Allah SWT:

An-Nisa-4-69-Malaya-Journal

Maksudnya: Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

(An-Nisa 4: 69)

 

Misi 2: Melahirkan Usahawan Muslim Yang Berjaya di Dunia dan Akhirat.

Tujuan misi ini dijalankan adalah kerana semasa terlibat dengan sesi mendakwah kepada orang-orang cina di Malaysia. Kebanyakan orang cina beranggapan, apabila mereka masuk Islam, mereka akan menjadi:

  • Orang Miskin.
  • Orang Melayu.

Walaupun tanggapan ini salah sekali, kita sebagai seorang Muslim perlu melakukan sesuatu untuk membanteras pemikiran ini. Jadi, saya menyeru kepada orang-orang Islam di dunia untuk menjadi usahawanan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Supaya dengan berjayanya kita sebagai seorang usahawan Islam, semoga para pendakwah akan bertambah mudah berdakwah kepada orang-orang cina. Lebih-lebih lagi apabila mereka menggunakan kedua-dua alasan di atas. Di samping itu, dari sudut yang lain, menajdi seorang usahawan Islam yang berjaya di dunia dan akhirat ini juga boleh dijadikan sebagai usaha kita untuk berdakwah secara tidak langsung.

Kesimpulannya, peluang untuk mendapatkan ganjaran di dunia dan akhirat ini tidak sepatutnya dilepaskan oleh kita. Sebenarnya, tidak perlu pun untuk menjadi seorang pendakwah untuk berdakwah. Jadi, usahawan yang soleh dan solehah pun sudah mencukupi. Iaitu dengan memperbanykkan infak dan sedekah di jalan Allah SWT.

Semoga para pembaca blog Malaya Journal mendapatkan manfaat walaupun sedikit untuk dijadikan amalan seharian. Dan, segala artikel yang ditulis di sini adalah sebagai peringatan kepada anda semua dan saya terutamanya. Moga-moga Allah menunjukkan jalannya kepada kita kerana di situlah keselamatan kita akan terjamin terutamanya pada Hari Kiamat nanti. InsyaAllah.

Wallahua`lam.