Misi Mencari Redha Allah SWT

redha-dan-sabar-malaya-journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Hadith Qudsi ke-11 daripada kitab 40 HADITH QUDSI karangan Shaikh Mulla ‘Ali al-Qari, disyarah oleh Ust Umar Muhammad Noor ini, adalah berkaitan dengan redha kita kepada Allah SWT dalam setiap perkara. Hadisnya seperti di bawah:

Daripada Abu Hind Ad-Dhari daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda: Allah SWT berfirman:

Siapa yang tidak berpuasa hati dengan ketentuan-Ku dan tidak bersabar ke atas ujian-Ku, sila dia mencari tuhank selain-Ku.

Menurut Ustaz Muhammad Noor yang mensyarahkan hadis di atas,  hadis ini menunjukkan kemarahan Allah SWT kepada hamba-Nya yang tidak redha dan terima apa yang ditakdirkan ke atas mereka semua. Terutamanya takdir yang buruk atau kurang disukainya.

Padahal kita semua ini hanyalah hamba dan tugas hamba hanyalah patuh dan terima pada Tuhan tanpa sebarang bantahan. Ingatlah, berbantah-bantah ini adalah sifat iblis kerana iblis merupakan makhluk pertama yang mula bantah dengan Allah SWT dan menjadi hina dengan serta merta.  Jadi jangan jadi macam iblis laknatullah.

Sebab itu kita kena faham apa yang terjadi atau diberikan kepada kita itulah yang terbaik untuk kita. Allah SWT lebih mengetahui daripada diri kita sendiri. Perkara seperti ini sebenarnya masih ramai orang-orang Islam yang tidak faham lagi. Analoginya seperti anak kecil yang meminta ayahnya untuk membeli gadjet untuknya tapi ayahnya tidak mahu. Bukan bermaksud ayahnya tidak mampu tapi ayahnya tahu gadjet tidak sesuai untuk digunakan oleh anak kecil walaupun anak kecil itu berasa gadjet itulah yang terbaik untuknya.

Samalah macam Allah SWT, jika kita berdoa tapi tak dapat-dapat perkara yang dihajati. Itulah yang terbaik untuk kita atau masanya belum tiba untuk hajat anda dimakbulkan. Ust Umar Muhammad Noor memberi contoh yang sangat mudah, iaitu jika anda berdoa untuk menjadi kaya hari ini juga, adakah Allah SWT mampu buat? Sudah tentu Allah SWT mampu buat tapi masalahnya jika anda menjadi kaya-raya mungkin anda tak hadir lagi solat berjemaah di masjid atau surau, tak join dah kuliah maghrib dan tak baca dah blog Malaya Journal ini untuk menimba ilmu. Kerana orang-orang yang kaya akan sibuk melancong sana-sini atau pun sibuk berniaga dan secara tidak langsung ia akan menjadikan kita semakin jauh daripada Allah SWT.

Namun, disebabkan Allah SWT sayang kita, Allah SWT tidak menjadikan kita kaya-raya supaya kita sentiasa dekat kepada Allah dan itu adalah salah satu hikmahnya. Peringatan ini kepada diri saya terutamanya. Justeru, kunci kebahagian sebenar hidup di dunia ini adalah redha dengan segala ketentuan Allah SWT.

Selain itu, doa yang dianjurkan oleh Ust Umar Muhammad Noor untuk memupuk sifat redha adalah dengan mengamalkan doa di bawah sebanyak 3 kali pada waku pagi dan 3 kali pada waktu petang:

doa-redha-malaya-journalMaksudnya: Aku redha Allah SWT sebagai tuhanku, Islam sebagai agamaku dan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasulku.

Kalau anda semua nak tahu kelebihan baca doa ini, Ustaz Jafri Abu Bakar akan terangkan seperti di bawah:

 

Satu lagi, bab redha dengan ini jangan buat main kerana apabila kita tidak redha dengan takdir Allah, ia diibaratkan seperti kita tidak redha Allah SWT sebagai tuhan kita. Disebabkan itulah, kita sebagai orang Islam dilarang sama sekali untuk meratapi kematian. Tetapi apakan maksud redha yang sebenarnya?

 

Apa itu redha dengan ketentuan Allah SWT?

Adakah kita hanya perlu berpeluk tubuh sahaja dan tak payah berbuat apa-apa? Sampai sakit pun tak pergi klinik untuk berubat atau takde duit nak makan pun, tak pernah nak bekerja sebab redha dengan takdir Allah SWT? Jawapannya sudah tentu tidak kerana Allah SWT benci orang yang malas dan redha sekurang-kurang ada tiga rukun.

 

3 Rukun Redha kepada Allah SWT.

 

1. Jangan panik.

Sebagai contoh, jika terkena masalah, musibah atau cubaan sentiasa berfikiran positif seperti menganggap ini tanda Allah Ta’ala sayang kepada kita, Allah SWT sengaja nak dekatkan kita kepada-Nya atau Allah SWT nak angkat darjat kita. Dan elakkanlah daripada berfikiran negatif seperti berkata “Alamak, masalah semalam tak setel lagi, masalah baru dah keluar”. Ini namanya kita tidak redha dengan takdir Allah.

 

2. Yakin ada hikmah disebaliknya.

Iaitu yakin bahawa takdir ini “Insya Allah baik” untuk kita. Dan jangan sesekali guna perkataan kata “kalaulah aku tak buat macam ini” atau “andailah kamu tak buat macam ini” kerana ia akan membuka pintu syaitan yang boleh membawa perkelahian dan menunding jari kepada orang lain. Akhirnya, kerana asyik fokus kepada menyalahkan orang lain atau masalah itu sendiri, kita tidak beriktihar pun untuk  keluar daripada masalah tersebut. Inilah dipanggil problem oriented walaupun sepatunya kita menjadi solution oriented. Fokus kepada jalan keluar/solusi bukannya nak salahkan siapa. Itulah redha; terima masalah itu kemudian fikir sama-sama solusinya.

 

3. Moving forward.

Iaitu maju kehadapan dena terima takdir itu walaupun pahit. Yang bermaksud usahlah kita sesali apa yang berlaku tetapi sebaliknya fokus kepada solusi. Orang macam inilah yang berjaya menjadi orang yang redha dengan takdir Allah SWT.

Akhir kalam, kita sebagai seorang Muslim wajib redha dengan ketentuan Allah SWT kerana ia adalah salah satu daripada rukun iman. Peringatan ini kepada diri saya terutamanya dan sebarkan artikel ini kepada rakan-rakan anda semua supaya mereka dapat sama memahaminya redha kepada Allah SWT dengan sebenar-benarnya.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Adab-Adab Berdoa kepada Allah Ta’ala Adab berdoa yang saya mahu kongsikan pada kali ini bukanlah seperti yang ada selalu baca atau dengar di kuliah agama atau pun di mana-mana bacaan onli...
4 Sebab Mengapa Cinta Dunia Sangat Merbahaya ﷽ Telah banyak ayat al-Quran menceritakan akan keburukan cinta dunia, memperingatkan manusia supaya menjauhinya dan sekaligus menyeru manusia memburu...
Berdoa itu Senjata Orang Mukmin. ﷽ Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana, Pada pagi 9 Muharram 1439 selepas solat subuh berjemaah di masjid, tiba masanya waktu yang di...
Banyakkan berdoa kepada Allah di Akhir Malam ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.