Mus’ab Bin Umair – Pendakwah Terawal Islam

Mus'ab-Bin-Umair-Pendakwah-Terawal-Umat-Islam-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Sambungan kisah sahabat Nabi kali ini adalah tentang Mus’ab Bin Umair r.a dan fokus utama kisah Mus’ab r.a ini adalah tentang ciri-ciri seorang pendakwah. Hal ini kerana, beliau merupakan diantara sahabat nabi yang banyak mengislamkan para sahabat sebagaimana yang dilakukan oleh Saidinar Abu Bakar r.a. Diantara para sahabat nabi yang hebat masuk Islam ditangannya adalah Usaid Bin Al-Hudhair r.a, Saad bin Muaz r.a dan Muaz Bin Jabal r.a

Sedikit sebanyak latar belakang tentang Mus’ab bin Umair r.a adalah beliau merupakan di antara 3 orang sahabat yang hampir menyerupai Rasulullah SAW. Disebabkan itu beliau telah dibunuh orang kafir di perang Uhud dan orang kafir tersebut menyangka dia telah membunuh Rasulullah SAW. Kisahnya akan diceritakan di bawah.

Selain itu, beliau merupakan seorang yang sangat kacak dan sangat disayangi oleh ibunya di Makkah. Apa sahaja diminta pasti diberikan ibunya dan ibunya hanya memberikan yang terbaik kepada beliau. Tetapi selepas Mus’ab bin Umair r.a masuk Islam, segala harta bendanya dirampas oleh ibunya dengan harapan agar beliau kembali kepada agama penyembahan berhala. Namun sudah pasti tidak berhasil sama seperti kisah Saad Bin Abi Waqqash r.a yang diuji dengan ibunya juga.



Kisah Dakwah Mus’ab Bin Umair r.a.

Pada awal-awal penyebaran dakwah Islam, Mus’ab bin Umair r.a telah dipilih oleh Rasulullah SAW untuk dihantar berdakwah di Yathrib. Ketika di Yathrib, dia telah bertamu di rumah As’ad Bin Zurarah r.a salah seorang saudaranya dan tanpa membuang masa dia terus menyampaikan dakwah Islam dengan lemah-lembut dan tutur kata yang lunak di rumah beliau.

Sehingga Usaid Bin Hudair r.a. (ketika sebelum keislaman beliau) telah dihantar oleh Saad Bin Mu’az r.a (ketua suku) supaya menghadiri pusat dakwah Mus’ab bin Umair r.a untuk menghentikan dakwah tersebut. Sebaik sahaja kelihatan Usaid  r.a. daripada jauh, As’ad telah memberitahu Mus’ab bin Umair r.a, bahawa Usaid r.a. adalah seorang pemimpin kaum yang paling bijaksana dan terbaik di kalangan mereka kerana beliau pandai membaca dan menulis. Dan jika Mus’ab bin Umair r.a berjaya mengislamkan beliau,maka pasti akan ramai lagi yang akan mengikuti jejak langkah beliau.

Setelah Usaid r.a. sampai ke tempat dakwah Mus’ab bin Umair r.a. beliau mengatakan dengan suara yang lantang untuk menghalau Mus’ab bin Umair r.a keluar dari sini. Namun Mus’ab r.a. tenang sahaja dan berkata ” Tuan duduk dan dengar penjelasan daripada kami. Jika berpuas hati dengan apa yang kami katakan, tuan terimalah. tetapi jika tuan tidak menerimanya, kami akan tinggalkan tempat ini dan tidak akan kembali lagi”. Dan Usaid r.a. bersetuju dan duduk sambali memacakkan tombaknya ke tanah.

Selepas itu, Mus’ab bin Umair r.a menceritakan tentang hakikat Islam dan membacakan ayat-ayat al-Quran kepada Usaid Al-Hudhair r.a sehingga beliau berasa senang sekali dengan bacaan tersebut. Berkat daripada mendengar ayat-ayat al-Quran juga, hati Usaid r.a telah terbuka untuk memasuki Islam dan beliau kemuadiannya Usaid r.a membantu mengislamkan ketua sukunya iaitu, Saad Bin Muaz r.a.



Saad Bin Muaz r.a. ini pun sangat hebat orangnya kerana ada riwayat yang sahih mengatakan ketika beliau syahid di medan perang. Arash Allah telah bergegar, kesemua pintu langit pula dibuka dan 70,000 malaikat telah menyambut beliau roh beliau untuk diangkat ke langit. Senang cerita, walaupun Mus’ab bin Umair r.a ini hanya hidup sehingga perang Uhud sahaja, khidmat beliau sebagai pendakwah Islam yang terulung sangatlah memberi impak kerana berjaya mengajak sahabat-sahabat nabi yang hebat-hebat untuk masuk Islam.

 

Ciri-ciri pendakwah berdasarkan kisah Mus’ab bin Umair r.a

1. Ikhlas kerana Allah SWT.

Kerana hanya sesuatu yang ikhlas sahaja akan kekal di dunia ini walaupun sedikit. Sebagaimana kisah kitab penulisan Imam An-Nawawi.

 

2. Harus punya ilmu pengetahuan.

Sama ada ilmu untuk berdakwah atau pun ilmu tentang cara-cara untuk berdakwah di zaman kotemporari ini. Pelajari dahulu kerana tanpa ilmu berdakwah akan jadi kucar-kacir dibuatnya.

 

3. Mengikuti para ulamak dan fatwa yang dibuat.

Iaitu teruskan menghormati para ulamak dan jaga adab dengan mereka walaupun ada khilaf. Kerana khilaf diwujudkan untuk kemudahan bukan untuk perselisihan. Hormatilah pendapat orang lain.

 

4. Meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Yang bermaksud mengikut kesesuaian pada waktu dan tempatnya. Sebagai contoh, mulakan berdakwah dengan memberikan khabar gembira akan apa yang dijanjikan Allah SWT untuk orang-orang Islam bukannya start dengan menakutkan-nakutkan mereka dengan azab neraka Allah.

 

5. Berhikmah ketika berdakwah.

Iaitu dengan menggunakan method yang tepat seperti bercakap dengan lemah-lembut, baik, sopan-santun, tidak marah-marah dan banyak bersabar.



6. Tidak pernah berhenti dalam dakwah.

Yang bermaksud menyampaikan dakwah ini bukanlah tugas yang mudah dan pasti ada banyak halangannya. Jangan bermimpi di siang hari jika anda nak berdakwah tetapi tidak ada orang yang kutuk anda dan membenci anda. Sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri yang tidak pernah menipu dan dibenarkan orang lain pun masih dikatakan gila dan ahli sihir kerana berdakwah menyampaikan Islam. Apatah lagi kita semua.

 

7.  Mulakan berdakwah dengan perkara asas.

Start dengan ilmu paling basic sekali iaitu rukun Islam dan rukun Iman.

 

8. Tidak bertengkar dengan Dai’e yang lain.

Atau tidak mengutuk  para pendakwah lain sama ada melalui kuliah atau laman media sosial. Kerana pendakwah perlu menunjukkan contoh yang baik. Bukannya hanya pandai bercakap di depan orang sahaja.

 

9. Membetulkan kemungkaran yang kelihatan.

Iaitu jika anda mendapati dia tidak solat fardhu maka nasihatilah dia. Bukannya nasihat mereka supaya solat dan diteruskan lagi dengan mencari-cari lagi kesalahan mereka yang tidak kelihatan seperti adakah gaji mereka dari sumber yang halal dan sebagainya. Itu bukanlah kerja sebagai pendakwah.

 

10. Kembangkan method dalam berdakwah.

Contohnya, dahulu tidak live streaming di Facebook dan YouTube tetapi sekarang bermacam-macam video yang kita boleh pelajari walaupun tidak sempat untuk hadir ke majlis-majlis ilmu. Viralkan video-video agama seperti ini kerana lebih banyak faedahnya daripada viralkan video-video lucu, prank dan sebagainya.



11. Mengambil pengajaran daripada dai’e yang berpengalaman.

Sebagai contoh, jika anda mahu berdakwah ke tempat lain yang asing bagi anda. Carilah pendakwah yang sudah biasa dengan kawasan itu, supaya anda mudah untuk mengetahui tentang latar belakang masyarakat di situ. Di antara persoalan yang perlu anda tahu adalah berapakah bilangan orang-orang Islam di situ dan dimanakah masjid atau surau dibina.

 

12. Mesti Zuhud.

Yang bermaksud pendakwah perlu membatasi diri daripada apa yang dimiliki orang. Kerana ada sesetengah pendakwah yang ingin mengambil untung yang berlebihan daripada kuliahnya. Ini salah sekali dan tidak patut dilakukan. Kalau orang bagi ambil, tapi elakkan meletakkan harga.

 

13. Dermawan.

Banyakkan menderma dan menginfak harta yang diberikan Allah SWT.  Kerana kebanyakan pendakwah kotemporari hari ini hanya asyik mengambil sahaja. Tetapi kita bersangka baik, mungkin diorang banyak juga bersedekah cuma diorang merahsiakannya.

 

14. Selalu menjaga ketrampilan diri.

Sebabnya adalah para pendakwah perlu berintraksi dengan orang ramai. Jadi, pastikan anda berketrampilan kemas dan enak dipandang orang tetapi tidak berlebih-lebihan dalam melakukannya.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah orang Islam yang tersilap dengan maksud zuhud yang sebenarnya.  Maksud zuhuh yang sebenarnya  adalah mendahulukan akhirat untuk dunia bukannya meninggalkan dunia untuk akhirat. Kerana mustahil untuk kita tinggalkan dunia kerana kita tinggal di dunia. Saya sering menekankan maksud zuhud ini kerana banyak yang salah faham istilah zuhud.

Sesetengah mereka berpendapat bahawa zuhud ini makan roti kering, pakai baju kotor, baju tak payah gosok, kopiah sudah bertahun-tahun pun tak nak tukar baru, bau yang kurang menyenangkan pun takpe dan sebagainya. Perkara-perkara seperti ini adalah salah sekali sebenarnya.

Hal ini kerana terdapat hadis sahih yang mengatakan:

“Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan.” 

(Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)

 



14. Merendahkan diri dan Tawaduk.

Iaitu pendakwah perlu memiliki akhlak-akhlak yang telah diajar oleh Rasulullah SAW. Contoh terbaik anda boleh mempelajarinya melalui sirah nabawi dan kisah para sahabat nabi. Mereka adalah sepatutnya orang yang perlu kita contohi bukannya top 10 richest man in the Malaysia, bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia dan sebagainya.

 

15. Memaafkan dan Toleransi Mengikut Keadaan.

Iaitu dalam hal yang boleh dimaafkan sahaja. Tetapi jika mereka ingin menjajah Baitul maqdis, bunuh orang-orang Islam, mengutuk Baginda SAW dan sebagaianya. Maka hal ini tidak boleh dimaafkan dan perlu ditentang sekeras-kerasanya.

 

16. Berpegang pada prinsip yang kuat kepada kebenaran.

Iaitu jangan goyah dengan pemahaman kita terhadap Islam  walaupun berbeza tempat dan masa selagi tidak ada dalil yang boleh menukarnya.

 

17. Suri Tauladan.

Iaitu pendakwah itu melakukan segala Apa yang dia dakwahkannya.

 

18. Tidak menunda hidayah buat orang.

Jika ada yang ingin masuk Islam , ajarkanlah mereka syahadah terus tanpa membuang masa.



 

Kesimpulannya.

Contohilah kisah dakwah Mus’ab Bin Umair r.a. dan ajarkan kepada anak-anak anda. Juga, lakukanlah dakwah dimana-aman sahaja anda berada walaupun pada benda-benda kecil sekalipun seperti rapatkan saf solat, baca bismillah sebelum makan, mengambil wuduk sebelum tidur dan sebagainya. Semoga kita dikurniakan Allah kekuatan untuk terus berdakwah di akhir zaman ini. Aamin.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Talhah bin Ubaidillah – Syahid Yang Berjalan... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Saad Bin Abi Waqqas – Panglima Islam Yang Me... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Abu Ubaidah Al Jarrah – Orang Terpercaya Uma... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Sebab Musabab Sahabat Nabi Menjadi Luar Biasa ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.