Orang-orang Yang Paling Rugi Di Dunia

Siapakah-orang-orang-yang-paling-paling-rugi-menurut-al-Quran-Malaya-Journal

Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,

Hari ini kita akan bincangkan siapakah dia orang-orang yang paling rugi itu? Iaitu orang-orang yang selalu beramal kepada Allah  tetapi segala amalannya ditolak oleh Allah Ta’ala. Bahkan mereka lebih rugi lagi daripada orang yang tidak beramal kerana mereka beramal tanpa sebarang hasil atau tidak mendapat ganjarannya. Apa yang mereka dapat hanyalah penat lelah di dunia. Sesuatu yang sangatlah merugikan.

 

Siapakah dia orang-orang yang paling rugi itu?

Dalil-dalil-Nya adalah seperti di bawah:

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

(Al-Kahfi 18: 103)

Pada ayat di atas, Allah Ta’ala berfirman kepada Nabi Muhammad S.A.W. dengan memberitahu akan ciri-ciri orang-orang yang paling rugi di dunia.

الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا

(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”.

(Al-Kahfi 18: 104)

Berdasarkan ayat di atas, orang-orang yang paling rugi itu adalah orang-orang yang amal usahanya menjadi sia-sia walaupun bertungkus-lumus beramal di dunia. Hal ini kerana, mereka menyangka amal kebaikan mereka sudah mencukupi dan baik padahal amalan mereka telah ditolak oleh Allah Ta’ala.

Lebih teruk lagi, kebanyakan mereka tidak mengetahui pun amalan mereka ditolak. Jadi haruslah kita menimba ilmu al-Quran untuk mengetahui apakah ciri-ciri orang yang ditolak amalannya. Jika tidak, kemungkinan besar amalan kita ditolak tanpa kita sedari.

 

Apakah ciri-ciri orang yang paling rugi itu?

أُولَئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا

Maksudnya: Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengan-Nya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

(Al-Kahfi 18: 105)

Berdasarkan ayat di atas, orang-orang yang paling rugi itu ada dua jenis iaitu:

  1. Orang yang kufur ingkar ayat-ayat Tuhan: Iaitu orang-orang yang tidak mempelajari al-Quran dengan bersungguh-sungguh, tidak mengamalkan al-Quran dan belajar al-Quran sekadar cukup syarat sahaja (hanya sekadar pandai baca sudah cukup). Sedangkan, al-Quran itu adalah kitab pentunjuk setiap orang beriman bukannya kitab bacaan semata-mata.
  2. Orang yang tidak percaya akan pertemuan dengan-Nya.

Dan hari ini, saya hanya mahu menfokuskan kepada jenis yang pertama. Iaitu orang-orang yang beramal soleh tetapi tidak memahami dan mempelajari al-Quran al-Karim. Kebanyakan mereka hanya sekadar membaca al-Quran sahaja semata-mata. Mereka tidak pernah datang ke majlis-majlis ilmu yang diadakan di masjid untuk memahami ayat-ayat al-Quran. Tambahan pula, setiap kuliah di masjid tidak pernah langsung dikenakan bayaran.

Tetapi, jika pergi ke konsert-konsert hiburan yang dihadiri artis terkenal atau ke stadium menonton bola yang perlu membayar puluhan hingga ratusan ringgit, tidak pernah mereka lepaskan. Ini adalah suatu yang sangat menyedihkan saya. Apa yang mereka lakukan ini sebijik terhadap apa yang Allah sebutkan di dalam surah al-Baqarah ayat 16 di bawah:

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلَالَةَ بِالْهُدَىٰ فَمَا رَبِحَت تِّجَارَتُهُمْ وَمَا كَانُوا مُهْتَدِينَ

Maksudnya: Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan hidayah Allah; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.

Persoalan yang paling utama,  mengapa mereka (orang-orang yang rugi itu) masih berbuat demikian hingga sekarang walaupun ayat-ayat al-Quran di atas sudah diturunkan 1439 tahun hijrah yang lalu? Sudah tentu jawapannya kerana mereka tidak tahu dan faham apa yang dibaca oleh mereka di dalam al-Quran.

Justeru, sangatlah penting untuk kita mempelajari al-Quran itu. Supaya kita tergolong dalam orang-orang yang rugi amalan kebaikan mereka. Saya pun baru menyedari akan hal ini juga wahai saudara dan saudariku. Jadi marilah kita sama-sama berusaha mempelajari ilmu al-Quran. Cukup-cukuplah memberi alasan untuk tidak mahu mempelajari al-Quran.

Datanglah ke masjid selalu untuk turut serta di dalam kuliah maghrib dan kuliah subuh yang diadakan. Anda tidak perlu membayar satu sen pun. Dan jika anda masih bertaktih lagi semasa membaca al-Quran pastikan anda mempelajarinya secepat mungkin. Kerana mati tidak pernah melupakan anda. Jangan tangguh-tangguh lagi untuk menuntut ilmu al-Quran.

 

Apakah balasan orang-orang yang paling rugi itu?

 

ذَلِكَ جَزَاؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوا وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَرُسُلِي هُزُوًا

Maksudnya: (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.

(Al-Kahfi 18: 106)

Seterusnya, jika anda masih berdegil atau berkeras untuk mempelajari ilmu al-Quran, lihatlah apa yang dijanjikan Allah kepada orang-orang yang bersifat perangai orang-orang yang rugi itu. “Balasannya adalah neraka Jahannam” kata Allah S.W.T. snediri bukan saya yang kata. Dan seseungguhnya janji Allah itu benar dan neraka Jahannam itu sangat perit azabnya.

Wahai saudara dan saudariku, ingatlah! Orang-orang yang paling rugi itu, mereka hanya sekadar baca al-Quran sahaja. Tidak pernah mereka cuba untuk memahaminya. Sedangkan al-Quran merupakan kitab panduan hidup bagi orang-orang mukmin bukannya kitab bacaan sahaja.

Sebagaimana Firman Allah:

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ

Maksudnya: Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

(Al-Baqarah 2:2)

Oleh itu, jika anda sedang belajar ilmu walaupun masih banyak yang anda tidak faham, syabas saya ucapkan dan teruskan usaha anda. Allah Ta’ala tidak melihat kepada kepandaian ilmu seseorang itu, tetapi yang Allah pandang adalah hati ikhlas yang mempelajari ilmu al-Quran semata-mata untuk mencari keredhaan-Nya. Usaha menuntut ilmu itu lebih penting daripada ilmu itu sendiri pada peringkat permualaan.

Semoga tajuk kali ini dapat meyedarkan anda semua dan menjadi peringatan bagi saya akan kepentingan mempelajari al-Quran al-Karim. InsyaAllah kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi seperti di atas. Aamin.

Comments

comments

Related Post

Pengalaman Membantu Orang Miskin di Malaysia ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Pada penulisan kali ini saya mahu mengongsikan pen...
Doa Para Malaikat Kepada Orang Beriman ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
4 Tips Menepis Fitnah Dunia Akhir Zaman. ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan Tiada Nabi lagi selepasnya, Pembawa Rahmat Keselur...
4 Sebab Mengapa Cinta Dunia Sangat Merbahaya ﷽ Telah banyak ayat al-Quran menceritakan akan keburukan cinta dunia, memperingatkan manusia supaya menjauhinya dan sekaligus menyeru manusia memburu...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.