Pastikan Pahala Kita Bertimbun-timbun.

Pastikan-Pahala-Kita-Bertimbun-timbun-sebelum-mati-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Perbahasan yang penulis akan sampaikan kali ini adalah daripada Prof Hasnan Kasan tentang Surah Al-Mukminun bermula pada ayat 99 hingga 103. Dan perbahasan ini adalah lebih kepada menyeru kita semua agar berlumba-lumba untuk mendapatkan pahala daripada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.



Firman Allah Ta’ala:

A099

Maksudnya: Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) –

(Al-Mu’minuun 23:99)

Berdasarkan ayat di atas, Prof Kasnan menjelaskan kepada penulis bahawa orang-orang kafir yang diseksa meminta-minta kepada Allah SWT untuk dihidupkan kembali hidup ke dunia untuk melakukan amal soleh. Hal ini kerana, mereka baru sahaja yakin akan kehebatan dan kekuasaan Allah SWT apabila azab sudah berada  didepan mata mereka.

 

Allah SWT juga berfirman:

A100

Maksudnya: “Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan“. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

(Al-Mu’minuun 23:100)

Ayat di atas pula menunjukkan, mereka yang meminta untuk dihidupkan kembali ke dunia hanya ingin dihidupkan untuk mengerjakan amal ibadah sahaja. Hal ini kerana, mereka baru sahaja tahu betapa pentingnya dan berharganya pahala di akhirat kelak. Tetapi, malangnya nasib mereka. Allah SWT tidak mengendahkan permintaan mereka dan mereka terus-menerus akan diseksa di alam kubur sehinggalah hari kebangkitan tiba.



Begitulah dahsyatnya azab kubur sehingga orang-orang yang diseksa bersungguh-sungguh mintak nak dihidupkan kembali. Namun, kita semua tahu, hidup di dunia hanya sekali. Walaubagaimanapun, manusia sering kali dilalaikan dengan dunia, nafsu dan syaitan laknatullah. Akibatnya, masih ramai manusia yang masih solat fardhu di akhir waktu, malas solat berjemaah di masjid dan malas untuk melakukan amalan-amalan sunat yang lain.

Sebagai contoh, puasa isnin khamis tak pernah nak buat, padahal Nabi Muhammad SAW sentiasa melakukannya. Manakala, qiamullail pula tidak pernah terfikir pun nak buat padahal bangun tengok bola pagi buta boleh pulak. Justeru, saya menyeru kepada diri saya dan anda semua supaya bertungkus-lumus untuk melakukan amal ibadah demi untuk mengumpulkan sebanyak mungkin pahala ke akhirat sana. Jangan sampai kita jadi seperti orang-orang kafir di atas yang meminta untuk dihidupkan kembali kerana kekurangan pahala.

Seterusnya Allah SWT berfirman:

A101

Maksudnya: Kemudian, apabila ditiup sangkakala, maka pada hari itu tidak ada lagi manfaat pertalian kerabat di antara mereka, dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan.

(Al-Mu’minuun 23:101)



Ayat di atas pula merupakan dalil yang menunjukkan sesiapa sahaja di hari kebangkitan nanti, tidak akan mendapat tolong-menolong di antara satu sama lain walau sehebat manapun mereka ketika hidup di dunia. Hari itu adalah hari yang tidak ada naungan selain-Nya.

Bila masuk bab hari kebangkitan ini, anda semua nak tahu tak, apa yang orang kafir kata sebaik sahaja mereka dibangkitakan daripada kubur? Jawapannya adalah seperti dalil di bawah:

A052(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): ” Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,

(Yaa Siin 36:52)

Dengan erti kata lain, mereka sendiri sudah tahu bahawa celakalah mereka semua, kerana mereka sangka mereka tidak akan dibangkitkan lagi selepas mati. Tambahan pula, pahala tidak ada langsung atau pun pahala terlalu sedikit bagi orang yang beriman.

Di sini Prof Kasnan berpesan kepada penulis bahawa ingatlah ketika di padang Mahsyar nanti, kita hanya bergantung kepada amal soleh dan pahala yang kita lakukan di dunia. Segala harta, kuasa dan pangkat tidak lagi berguna dan dipandang Allah SWT. Jadi, mari kita muhasabah diri kita, adakah pahala kita sudah cukup dengan hanya solat lima waktu dan puasa 30 hari di bulan ramadhan?



Kemudian, Allah SWT berfirman:

A102

Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.

(Al-Mu’minuun 23:102)

Berdasarkan ayat di atas, Prof Kasnan menjelaskan bahawa orang-orang yang berjaya di sisi Allah SWT adalah orang orang yang berat timbangan pahalanya. Hal ini kerana mereka ini sering atau kuat melakukan amal soleh di dunia. Prof Kasnan juga menambah, kita perlu mengajar anak-anak muda sekarang supaya turut-turut sama solat berjemaah dan berlumba-lumba melakukan kebaikan. Takkan nak tunggu pencen baru nak buat amal soleh banyak-banyak. Apakah jaminan kita akan hidup sehingga kita pencen? Jawapannya sudah tentu tidak ada langsung.

Tetapi malangnya, itulah kisah anak muda kita sekarang. Pergi gym dan angkat berat berpuluh-puluh kilogram pun masih mampu untuk lakukannya pada setiap hari. Tetapi malangnya, nak angkat selimut untuk bangun tido solat subuh pun tak larat. Cubalah tanya anak-anak kita semua yang muda-muda itu. Iaitu yang umurnya dalam lingkungan 18-35 tahun:

  • Berapa kali mereka khatam quran pada tahun ini?
  • Berapa kali mereka solat berjemaah di masjid selain solat jumaat?
  • Berapa kali mereka puasa sunat Isnin Khamis?



Kalau banyak kali, ucapkanlah Alhamdulillah dan berikan satu tumbukan padu ke udara sambil bertakbir satu kali dalam hati. Namun, kalau sikit sangat atau takde langsung, something wrong lah tu dan tindakan susulan perlu dilakukan segera untuk menyelamatkan mereka daripada azab Allah yang sangat pedih.

A103

Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di dalam neraka Jahannam –

(Al-Mu’minuun 23:103)

Ayat di atas pula menerangkan oang yang paling rugi adalah orang yang pahala amal kebaikannya lebih ringan daripada dosanya. Dan boleh jadi gaji mereka mungkin RM10,000 sebulan, rumah pula banglo, syarikat pula ada di seluruh Malaysia tetapi ruginya kerana pahala mereka sangatlah sedikit. Betapa ruginya orang yang sebegini kerana nikmat yang banyak tidak digunakan untuk memperbanyakkan amal soleh di dunia.

Buktinya, jika anak-anak muda kita boleh tengok bola selama dua hingga tiga jam tetapi solat tarawih kadang-kadang buat dan kadang-kadang tidak. Lebih-lebih lagi FIFA World Cup 2018 akan diadakan pada bulan puasa tahun ini, bukti akan terang-terang berlaku depan mata anda semua. tunggu dan lihat sahaja.



Ingat, dosa kita lebih satu je daripada pahala akan bawa kita masuk ke neraka. Satu je tau. Bukan dua atau 10 dosa. Padahal apabila kita melakukan sesuatu kebaikan kita akan mendapat 10 pahala sedangkan apabila melakukan sesuatu dosa, kita akan mendapat 1 sahaja dosa.  Hal ini menunjukkan betapa Allah SWT itu sangatlah pemurah dan inginkan hamba-Nya masuk ke syurga. Satu lagi, 1 hari di akhirat bersamaan 1000 tahun dunia. Sebagaimana Firman-NYa:

A047

Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka); sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.

(Al-Hajj 22:47)

Oleh itu, sangatlah tidak berbaloi jika kita korbankan masa kita yang kekal abadi di syurga dengan hidup 70 tahun di dunia. Seluruh hidup di dunia tak sampai satu hari pun di akhirat. Rugi serugi-ruginya sahabat-sahabatku semua. Bangkitlah untuk selamatkan diri kamu sendiri, penulis hanya boleh mengingatkan kamu semua sahaja. Pesanan ini juga sebagai peringatan kepada diri penulis. Sekian.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Hadis 27 – Kebajikan atau Dosa? ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.