Pengalaman Membantu Orang Miskin di Malaysia

program-membantu-orang-miskin-Masjid-Jamek-Ar-Rahimiah-Malaya-Journal

الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد

Pada penulisan kali ini saya mahu mengongsikan pengalaman saya sendiri. Iaitu semasa saya membantu menjalankan program “foodbank” Masjid Jamek Ar-Rahimiah untuk membantu golongan orang miskin di Malaysia. Untuk pengetahuan anda semua, sebenarnya program ini sudah lama telah dijalankan oleh ahli jawatankuasa (ajk) Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang. Namun, ini adalah kali pertama saya turut serta kerana saya bukanlah AJK masjid tersebut. Saya hanyalah pihak sukarelawan yang membantu semasa kekurangan tenaga pekerja muda.

Pada pandangan saya, program foodbank ini sangatlah berguna dan amat penting kerana dapat membantu ramai orang miskin di Malaysia. Tetapi, disebabkan kelemahan dan kekurangan kami sendiri, kami hanya dapat membantu orang miskin yang beragama Islam sahaja. Malah, program foodbank ini amat menggalakkan supaya orang-orang Islam yang berkemampuan dari segi kewangan untuk turut membantu golongan fakir miskin ini dengan menderma. Secara tidak langsung, program foodbank ini membuka peluang kepada mereka semua untuk menginfakkan lebihan harta mereka sekadar yang berkemampuan.

Sedikit sebanyak tentang latar belakang  foodbank yang dijalankan ini adalah:

  1. Kami mengedarkan kotak yang berisi beras, bihun, minyak masak, gula dan juga tepung terus ke rumah masing-masing.
  2. Bilangan kotak yang diberikan adalah mengikut kesukaran hidup yang mereka alami.
  3. Kami juga memberikan hadiah wang tunai sebanyak RM100 (saya kurang pasti) kepada salah seorang ahli keluarga orang miskin tersebut.
  4. Kami juga akan membantu mereka untuk memudahkan proses mendapatkan bantuan zakat Selangor.
  5. Penerima utama program foodbank ini adalah ibu-ibu tunggal, orang-orang yang tidak boleh bekerja lagi kerana sakit-sakit tertentu dan juga orang-orang miskin yang tinggal berdekatan dengan kawasan Masjid Jamek Ar-Rahimiah.

Pada hari tersebut,  saya hanya membantu mengedarkan kotak-kotak foodbank kepada tiga rumah sahaja, kerana kami telah pun membahagikan-bahagikan kawasan yang perlu diedarkan. Di bawah adalah rumah-rumah yang telah saya edarkan bersama beberapa sukarelawan yang lain.

 

Rumah Pertama.

Iaitu ibubapa yang tinggal di tingkat 3, Jalan Sri Sarawak, Taman Sri Andalas, Klang. Kaki kanan ibunya terpaksa dipotong manakala bapanya pula terpaksa dibedah kakinya. Kedua-duanya adalah disebabkan penyakit yang mereka dialami. Disebabkan itu, kedua-duanya terpaksa berkerusi roda untuk berjalan dan tidak boleh bekerja. Sungguh kasihan semasa pertama kali saya melihat mereka berdua.

Malah, salah seorang anak lelaki mereka terpaksa berhenti kerja untuk menjaga mereka. Dialah yang melakukan segala kerja rumah untuk membantu ibubapa mereka. Dialah yang memasak, dialah juga yang basuh kain dan sebagainya. Pada pasangan keluarga ini, kami memberikan tiga buah kotak foodbank kepada mereka dan sedikit wang saguhati untuk meringankan beban kehidupan mereka.

 

Rumah Kedua.

Rumah kedua pula kami bergerak ke rumah seorang wanita india muslim yang telah kematian suaminya. Kini, dia tinggal di rumah bersama kakak iparnya yang berbangsa Hindu. Dia dan kakak iparnya tidak berkerja kerana sudah tua dan mereka hanya hidup mengharapkan duit saraan sebanyak Rm800 sebulan. Kakak ipar dia pula mempunyai dua orang anak tetapi kedua-duanya tidak bekerja kerana masalah tertentu. Dan mereka hanya makan sehari sekali.

Pada ahli keluarga ini, kami memberikan sebanyak dua kotak foodbank kepada mereka dan juga sedikit sumbangan wang tunai. Juga, sebelum beredar kami sempat menasihati wanita india muslim tersebut supaya jangan tinggalkan solat. Kerana dia tinggal dia rumah beragama Hindu dan dipenuhi gambar-gambar Tuhan Hindu.

Kami berharap sangat agar dengan bantuan sumbangan ini, iman makcik ini kembali bercahaya kerana kami khuatir makcik ini kembali kepada agama Hindu kerana tidak ada orang Muslim yang mahu membantu dia. Lebih-lebih lagi, kuil Hindu tidak sampai 100 meter sahaja dibelakang rumah mereka.

 

Rumah Ketiga.

sumbangan-ibu-tunggal-Masjid-Jamek-Ar-Rahimiah-Malaya-Journal

Rumah ketiga kami bergerak ke rumah ibu tunggal yang tinggal bersama sembilan orang anaknya. Dan untuk mereka ini, kami memberikan 4 buah kotak foodbank disebabkan anak-anaknya yang ramai. Ketika kami hadir ke rumah tersebut, kesemua anak-anak mereka ada di dalam rumah dan suasana menjadi ceria tiba-tiba sahaja.

Setelah memberikan kotak foodbank tersebut kami menyerahkan sedikit wang saguhati kepada salah seorang anak mereka. Namun, saya tidak sempat untuk berjumpa dengan ibu tersebut kerana dia berada di luar kawasan. Kesilapan kami juga kerana kami tidak memaklumkan awal-awal akan kehadiran kami semua. Tetapi kami masih sempat bergambar dengan kesemua anak-anak ibu tunggal tersebut.

Setelah selesai mengedarkan kotak-kotak foodbank kepada ketiga-tiga rumah tersebut. Saya telah mendapat beberapa pengajaran yang sangat bermakna. Antaranya:

1. Bersyukur dengan segala nikmat yang ada.

Kerana walau macam mana susah kita sekalipun masih akan ada orang yang lebih susah lagi. Dan pada 2 Safar 1439 Hijrah ini, Allah S.W.T. telah menunjukkan kepada saya bahawa masih ramai mereka yang jauh lebih susah hidupnya berbanding saya. Dan peristiwa ini, mengajar saya supaya bersikap qana’ah dan bersyukur dengan segala nikmat yang ada.

2.  Kita perlu berbakti kepada ibubapa kita dalam semua keadaan.

Kerana apabila salah seorang ibubapa kita tiada  atau sakit barulah kebanyakan kita akan datang membantu ibubapa kita. Padahal, kita perlu berbakti kepada mereka pada bila-bila masa sahaja. Tidak ada syarat yang ditetapkan supaya ibubapa perlu sakit dahulu sebelum kita harus membantu mereka. Peringatan ini adalah kepada diri penulis ini terutamanya.

3. Bersungguh-sungguh dan rajin semasa mencari rezeki.

Kerana bekerja merupakan suatu kewajipan kepada diri kita. Lebih-lebih lagi yang perlu menanggung keluarga. Jadi, kita sebagai orang muslim perlu berkerja keras dan rajin untuk membantu mereka yang kesusahan .

Akhir sekali, jika ada di antara anda semua yang mempunyai rezeki yang lebih, bolehlah sumbangkan kepada kaum fakir miskin melalui program foodbank Masjid Jamek Ar-Rahimiah kerana manfaatnya sangatlah besar. Ingat, jika kita membantu mereka di dunia ini, akhirat nanti mereka akan menjadi bukti kepada kita di depan Allah S.W.T. nanti. Pesanan ikhlas daripada saya ini adalah untuk menggalakkan anda supaya sentiasa membantu golongan fakir miskin mengikut kemampuan masing-masing.

Dan jika anda berminat untuk membantu atau join sebagai ahli sukarelawan operasi foodbank yang dijalankan. Anda boleh contact pada admin page Masjid Jamek ar-Rahimiah.

Semoga dengan membaca pengalaman saya ini, anda semua akan terbuka hati dan pemikiran tentang kekurangan dan bantuan yang masih banyak lagi diperlukan oleh golongan orang miskin di Malaysia ini. Bantuan daripada anda amatlah memerlukan dan ingat, sedekah tidak pernah mengurangkan harta. InsyaAllah semoga dengan bantuan kita ini, Allah akan mempermudahkan kehidupan kita dan mereka semua. Aamin. Wallahu a’lam.

Comments

comments

Related Post

Orang-orang Yang Paling Rugi Di Dunia ﷽ Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana, Hari ini kita akan bincangkan siapakah dia orang-orang yang paling rugi itu? Iaitu orang-oran...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.