Penyakit Malas Punca Rezeki Terhalang

penyakit-malas-punca-kefakiran-Malaya-Journal

الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد

Pada hari ini, perkara yang akan dibincangkan adalah tentang penyakit malas yang semakin berleluasa di zaman ini. Terutamanya kepada para pemuda Islam yang bakal menggantikan para penjuang Islam yang sudah mula meningkat usianya.

Jika penyakit malas ini tidak dibendung sejak awal-awal lagi, pasti akan binasa seseorang itu. Kerana keburukan penyakit malas amat parah. Ia bukan sahaja memberi kesan pada agama sahaja, malah pada bangsa, negara, ekonomi dan juga sistem kekeluargaan.

Jadi, pastikan anda semua “take note” kesemua isi-isi penting di bawah tentang penyakit malas ini dan fahamkannya elok-elok. Supaya penyakit malas ini tidak menyerang ahli keluarga anda. Hindarilah keluarga anda daripada terkena penyakit malas ini.

Pada penulisan tentang penyakit malas ini, saya akan membahagikan kepada tiga bahagian. Iaitu jenis penyakit malas, keburukan sifat malas dan bagaimana untuk menangani penyakit malas.

 

Jenis penyakit Malas

1. Malas dari sudut beribadah.

Iaitu apabila hendak beribadah sahaja dia akan muka berasa malas yang amat sangat. Tidak kiralah sama ada yang wajib atau yang sunat. Sama sahaja pada mereka ini dan malas dari sudut ini ada beberapa peringkatnya. Salah satunya ialah seorang Muslim yang langsung tidak melakukan ibadah kepada Allah S.W.T dan ini adalah malas yang paling teruk.  Jenis kedua pula, orang Islam yang malas melakukan solat-solat berjemaah di masjid atau surau.

Jika kedua-dua sifat ini, ada pada diri anda, buanglah ia secepat mungkin daripada diri anda. Kerana kedua-dua ini adalah ciri-ciri munafik iaitu orang yang sentiasa beribadah dalam keadaan malas.

Sebagaimana firman Allah Ta’ala:

an-Nisa-4-142-Malaya-Journal

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).

(An-Nisa 4: 142)

 

2. Malas dari sudut Berfikir.

Iaitu orang-orang yang malas belajar atau menuntut ilmu. Dengan memberi bermacam-macam alasan seperti sudah tua, otak sudah jem kerana sudah lama tidak menuntut ilmu atau pun masa untuk menuntut ilmu sudah pun terlambat. Jika anda perhatikan jawapan mereka betul-betul, kesemua ini hanyalah alasan kepada penyakit malas yang telah merajai kehidupan mereka.

 

3. Malas dari sudut Badan.

Iaitu mereka yang sihat walafiat, tidak ada sakit apa-apa tetapi malas untuk bekerja atau mencari nafkah. Tetapi kalau bab makan memang merekalah yang nombor satu. Tidak pernah terlepas waktu makan dan selalu sahaja antara yang terawal.

 

Keburukan Sifat Malas.

Perbahasan di bawah ini adalah berdasarkan kepada para alim ulama:

1. Terhalang daripada mendapat rezeki yang banyak.

Kerana orang yang malas sentiasa malas untuk mencari rezeki. Akibatnya, mereka akan hidup dalam miskin atau kefakiran walaupun mempunyai tubuh badan yang sihat dan akal yang cerdas. Disebabkan malas, mereka terpaksa menanggung kefakiran.

 

2. Orang malas hilang banyak pahala.

Hal ini kerana, orang yang rajin akan sentiasa rajin melakukan ibadah dan beramal soleh di dalam kehidupan seharian. Sebaliknya, orang yang malas pula akan sentiasa mengelakkan diri dari melakukan perkara-perkara di atas walaupun mereka sangatlah berkemampuan untuk melakukannya. Mereka cuma malas untuk melakukannya. Walaupun perkara itu seperti membantu dan berbakti kepada ibubapa sendiri.

 

3. Terhalang untuk mendapatkan ilmu.

Hal ini ada diterangkan di atas. Iaitu kerana mereka malas untuk menuntut ilmu. Malas membaca, malas mendengar kuliah di masjid, malas membaca al-Quran dan macam-macam lagi. Disebabkan itu, ilmu tidak akan masuk ke dalam hati mereka semua.

 

4. Kehilangan rezeki yang banyak.

Ingatlah, sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. sangat luas dan banyak. Carilah selagi anda tidak terpengaruh dengan dunia ini. Malah, Rasulullah S.A.W. juga sering menggalakkan para umatnya supaya berusaha mencari rezeki yang mencukupi dan Rasulullah S.A.W. sendiri berniaga serta memelihara kambing.

Para nabi-nabi Allah yang lain juga sangat rajin semasa bekerja. Contohnya seperti:

  • Nabi Daub rajin membuat baju besi.
  • Nabi Nuh hebat membina bahtera.
  • Nabi Zakaria pula merupakan seorang tukang kayu.
  • Nabi Musa pula seorang penggembala kambing selama 10 tahun.

Jadi, apakah alasan anda untuk tidak mencari rezeki di atas muka bumi Allah ini? Jawapannya adalah tidak ada alasan untuk anda. Imam Sufyan Ath-Thauri ada berpesan keapda kita:

Hendaklah kamu wahai pemuda buat kerja-kerja yang hebat, carilah rezeki yang halal dan berilah nafkah kepada keluarga anda.

 

Bagaimana memerangi penyakit malas?

1. Ingat bahawa malas adalah penyakit.

Untuk mencegahnya amalan doa seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. di bawah:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Bacaannya: Allahumma inni a’udzubika minal hammi wal hazan, wa a’udzubika minal ‘ajzi wal kasal, wa a’udzubika minal jubni wal buhkl, wa a’udzubika min ghalabatid-daini wa qahrir-rijaal

Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari rasa sesak dada dan gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung pada-Mu dari sifat pengecut dan kikir, dan aku berlindung pada-Mu dari belenggu hutang dan tekanan manusia”

 

2. Ambil amalan yang kita mampu.

Walaupun sedikit. Yang penting anda istiqomah melakukannya. Jika anda hanya mampu membaca 2 muka surat sahaja sehari dan surah al-Mulk sebelum tidur maka lakukanlah. Kalau mampu satu juzu’ sehari lagi digalakkan.

Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda:

Dari ‘Aisyah r.a berkata : “Tidak pernah Rasulullah Saw berpuasa lebih banyak pada suatu bulan selain bulan sya’ban, dan beliau bersabda : “Kerjakanlah amalan sesuai apa yang kalian mampu karena sesungguhnya Allah tidak akan pernah bosan sampai kalian bosan.” Beliau juga bersabda : “Amalan yang lebih dicintai Allah adalah amalan yang terus-menerus dilakukan walaupun sedikit.”

(HR. Bukhari dan Muslim)

 

3. Tengok kemampuan yang ada pada diri anda.

Carilah kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada anda. Sebagai contoh, jika anda pandai membaiki kereta anda boleh bekerja di bengkel kereta atau membuka kedai baiki kereta. Jangan mensia-siakan kelebihan yang Allah beri kepada anda. Setiap orang pasti ada kelebihannya.

 

4. Baca sejarah orang-orang berjaya dan para alim ulama’.

Iaitu dengan mengetahui sedikit sebanyak latar belakang hidup mereka dan bagaimana mereka menempuh rintangan yang sukar. Ia akan dapat menaikkkan semangat kita supaya bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh. Dan juga supaya kita berfikiran positif. Jika mereka boleh lakukannnya, kenapa kita tidak?

 

5. Siapa tamak syurga mereka tidak akan malas.

Menurut alim ulama’, dua perkara ini tidak akan terkumpul selama-lamanya. Jika seseorang Islam itu mahukan syurga maka dia tidak akan malas dan begitu juga sebaliknya. Jadi, yang mana satukah anda? Adakah anda seorang yang tamakkan syurga atau orang yang malas semasa beribadah? Tepuk dada, tanyalah iman anda.

Alhamdulillah, selesai sudah tajuk perbahsan penyakit malas kita pada hari ini. Sebelum beredar, saya nasihatkan anda semua, supaya mempraktikkan 5 amalan mencegah penyakit malas ini dengan bersungguh-sungguh dan ajarkanlah kepada ahli keluarga anda terutamanya anak-anak anda. Pastikan mereka rajin semasa beribadah. Peringatan dia atas ini juga adalah untuk saya terutamanya.

Wallahu a’lam.

P.S. Kesemua isi-isi penting ini telah diambil daripada khutbah jumaat yang telah disampaikan oleh Dr Abu Anas Madani. Jika anda mahu menonton video khutbah tersebut untuk memahami dengan lebih mendalam tentang penyakit malas. Click sini!

Comments

comments

Related Post

Jangan Khuatir,Rezeki Allah Tidak Terkira Banyakny... Sekurang-kurangnya orang-orang yang bersolat mengulangi ikrar atau visi hidup kita sebanyak 5 kali sehari. Dan kita berikrar semasa membaca Doa Iftita...
Cara Untuk Mendapatkan Rezeki Yang Berkat ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, pembawa rahmat Keselur...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.