Peringatan Azab Neraka Jahanam Kepada Para Pendosa

Peringatan-Neraka-Jahanam-Seburuk-Buruk-tempat-Kembali-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda SAW serta para sahabat Baginda selepasnya.

Di antara tujuan utama al-Quran diturunkan adalah untuk memberi khabar gembira dan juga memberi peringatan yang menakutkan kepada para manusia. Fokus utama kita hari ini adalah tentang berita menakutkan yang akan dibahaskan oleh penulis berdasarkan pemahaman kuliah maghrib saya bersama Prof. Hasnan Kasan.

Untuk pengetahuan semua, Al-Quran adalah satu-satunya kitab yang mampu menerangkan perkara yang akan terjadi pada masa hadapan dan masa lalu dengan tepat sekali. Iaitu tanpa ada sebarang kesalahan. Dan di antara peristiwa tentang masa hadapan yang dirakamkan di dalam al-Quran sudah tentunya tentang syurga dan neraka jahanam.



Di Antara Seksaan Di Neraka Jahanam.

Makanan ahli neraka.

(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum, (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka).(Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, – Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya. (Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka): “Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka.”Kemudian curahkanlah di atas kepalanya – azab seksa – dari air panas yang menggelegak“. (Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): “Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu)” (Kemudian dikatakan kepada ahli neraka umumnya): “Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya!”

(Ad-Dukhan 44: 43-50)

Menurut ayat-ayat di atas, Prof Kasnan menerangkan kepada penulis bahawa buah zaqqum itu adalah merupakan makanan yang khusus untuk ahli neraka. Dan buah zaqqum ini sangatlah panas seperti air yang mendidih yang meluap-luap panasnya.  Kemudian, dia akan diseret oleh malaikat ketengah-tengah neraka dan dituangkan air panas yang menggelegak di atas kepalanya. Nauzubillah.

 

Minuman Ahli Neraka.

“Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum, “Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu, “Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak, “Iaitu kamu akan minum seperti unta yang sentiasa dahaga dan tidak puas-puas”.Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.

(Al-Waqiaah 56: 51-56)

Berdasarkan ayat di atas pula, Prof Kasnan menerangkan apabila perut sudah dipenuhi buah zaqqum yang panas dan kepala pula yang itu dijirus air panas, timbullah rasa dahaga. Tetapi air yang ada hanyalah air yang sangat panas dan ahli-ahli neraka terpaksa meminumnya seperti unta yang sangat kehausan.

Dengan itu, maka terburailah isi perutnya dan terbakar habis kulitnya kerana kepanasan yang sangat dahsyat. Namun, yang paling dahsyat lagi adalah ahli neraka itu tidak akan mati lagi walaupun diseksa dengan amat keras. Mereka akan menetap tinggal terus di neraka untuk diseksa sampailah Allah SWT membenarkan mereka keluar atau tinggal di dalamnya selama-lamanya.



Akhir kalam, berbaloikah kalau kita hidup senang lenang di dunia tetapi diseksa seperti sekasaan di atas. Ingatlah wahai teman-teman semua, satu hari di dunia bersamaan seribu tahun di akhirat.

Sebagaimana Firman Allah:

يُدَبِّرُ الْأَمْرَ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الْأَرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ أَلْفَ سَنَةٍ مِّمَّا تَعُدُّونَ

Dia mengatur segala urusan dari langit dan bumi, kemdian urusan itu naik kepada-Nya, dalam satu hari kadarnya (lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitunganmu.

(As-Sajdah 32:5)

Sangatlah tidak berbaloi jika kita korbankan dunia yang sangat sekejap ini dengan akhirat yang selama-lamanya. Justeru, marilah kita sama-sama berubah. Baca dan fahamkan ayat-ayat seksa di atas sebagai peringatan kepada kita agar sentiasa ingat akan azab seksa neraka. Semoga kita semua dijauhkan daripada azab api neraka. Aamin.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Kempen Membawa Anak-Anak Ke Syurga Allah ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.