Persediaan Menyambut Bulan Ramadhan

Bagaimanakah-Persediaan-Bulan-Ramadhan Anda-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW,

16 Mei 2018 bermulanya bulan Ramadhan yang ditunggu-tunggu oleh setiap orang Muslim. Iaitu bulan yang sangat diberkati dan penuh dengan Rahmat Allah SWT. Tetapi apakah persediaan kita semua untuk menghadapi Ramadhan Al-Karim.  Dan memandangkan masih ada yang belum bersedia dan terlalai, termasuk juga penulis sendiri. Penulisan kali ini dikhususkan  untuk perkara-perkara yang perlu kita lakukan sebelum bulan Ramadahan tiba.

Namun, sebelum masuk persiapan bulan Ramadhan, penulis nak masuk dahulu di antara kelebihan bulan Ramadhan supaya anda semua akan berasa betapa ruginya orang-orang Islam yang tidak bersiap sedia untuk menghadapai  bulan Ramadhan.



Kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan.

  • Pintu Rahmat dibuka sepuluh malam pertama.
  • Pintu keampunan dibukan sepuluh  malam kedua.
  • Umat Islam yang terpilih akan diberi perlepasan daripada api neraka Allah SWT.
  • Terdapat malam lailatula qadar iaitu malam yang lebih baik daripada malam seribu bulan.
  • Bermula sahaja maghrib di Bulan Ramadhan, pintu langit dibuka luas dan waktu ini sangatlah mustajab untuk berdoa.
  • Pahala dilipat gandakan setiap amal soleh sekurang-kurangnya 70 kali ganda dan banyak lagi.

Namun sayangnya, bukan semua orang-orang Islam yang akan mendapatkan kelebihan di atas. Hal ini kerana 4 golongan orang yang terkecuali daripada segala kelebihan bulan Ramadhan di atas adalah:

 

1. Golongan Yang Derhaka kepada ibubapa.

Dan perkara ini penulis sangat mengambil berat kerana orang Islam di Malaysia selalunya hanya meminta-maaf selepas Ramadhan sahaja. Iaitu ketika berlangsungnya Hari Raya Aidilifitri. Jadi, penulis sangat bimbang jika golongan yang derhaka kepada ibubapa menunggu 1 Syawal untuk meminta maaf kepada ibubapa mereka. Tanpa mereka sedari, mereka telah terlepas daripada kelebihan bulan Ramadhan.

Puncanya boleh jadi disebabkan sama ada mereka malu, tidak biasa atau terlalu ego untuk meminta maaf dengan ibubapa sebelum Hari Raya Puasa. Justeru, mereka menunggu ketika hari raya sahaja untuk meminta maaf. Maka rugilah golongan ini kerana tidak termasuk di dalam keberkatan bulan Ramadhan. Lebih teruk lagi, mereka tak tahu pun yang mereka sudah terlepas kelebihan Bulan Ramadhan dan memandang perkara ini sebagai satu kebiasaan.

Firman Allah Ta’ala:

  أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ 

“Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)”.

(Al-Baqarah 2:67)

 

2. Golongan yang ketagih minum arak.

Dan golongan ini juga banyak juga yang berlaku sama ada di bandar atau pun di kampung. Tetapi sayangnya bulan Ramadhan mereka berhenti meminum arak untuk seketika sahaja. Iaitu untuk menghormati bulan Ramadhan sahaja, bukannya kerana minum arak itu adalah larangan Allah SWT. Padahal sepatutnya mereka menjadikan bulan Ramadhan itu suatu bulan  yang boleh membantu mereka untuk berhenti dan insaf daripada meminum arak.



3. Golongan yang bermusuhan sesama Islam.

Tidak kiralah sama ada berumusuhan disebabkan parti politik, pandangan masing-masing atau pun berbeza mazhab. Lebih-lebih lagi di bulan PRU-14 ini, kerana ramai umat Islam yang mencaci maki dan mencari kesalahan sesama Islam sendiri. Dengan niat untuk menjatuhkan lawannya. Adakah ini parti politik yang diajarkan oleh Rasulullah SAW? Sudah tentu tidak.

Lebih teruk lagi, fitnah dan memngadu domba berleluasa secara tiba-tiba dengan menggunakan media sosial. Padahal sebelum bertanding atau tahun sebelum PRU-14 takde pulak fitnah-fitnah ini. Ngam-ngam je time nak bertanding je keluar atau pun tersebar secara besar-besaran. Pernah terfikir tak? Dan tak rasa pelik ke?

Sebenarnya bab fitnah-memfitnah sesama pemimpin adalah senjata yang sering digunakan dan sangat berkesan untuk menjatuhkan pemimpin. Malah, kes fitnah sudah berlaku di zaman Rasulullah SAW lagi. Sebagai contoh, Saidatinar Aisyah r.a dituduh berzina apabila beliau tertinggal di belakang bersama sahabat Nabi SAW dalam perjalanan pulang ke Madinah. Pada zaman Saidinar Ali r.anhuma pula, siap perang lagi berlaku sesama Islam disebabkan fitnah orang-orang munafik.

Justeru, pesanan penulis kepada anda semua adalah, bertabayyunlah dan siasat dahulu kebenaran yang anda terima. Terutamanya di dalam whatsapp and social media. Selagi anda tidak pastikan dahulu, jangan sesekali anda share maklumat tersebut. Sebab jika info itu salah dan anda dah share, maka anda pun akan dikira sebagai penyebar fitnah juga. Akibatnya anda akan dituntut pahalanya di akhirat nanti. Sangatlah merugikan.



4. Golongan yang memutuskan silaturrahim.

Lebih-lebih lagi silaturrahim dalam sistemkekeluargaan. Sebab ada kadang-kadang penulis juga dengar dengan cerita orang bahawa ada abang dia yang sudah 16 tahun tak balik rumah semasa hari raya sebab bergaduh dengan ibubapa. Walaupun ibubapa dah tak kisah dah peristiwa yang berlaku atau pun sudah memaafkannya. Sangatlag menyedihkan kerana perkara ini berlaku dikalanngan kita sendiri.

Peringatan ini juga kepada diri penulis sendiri dan anda semua supaya sentiasa merapatkan hubungan silaturrahim bukannya semakin renggang. Kalau duduk jauh dari kampung, biasakan call  ibubapa anda dan kalau tinggal berdekatan, banyakkan ziarah ibubapa anda.

Insya Allah kalau kita dapat istiqomah lakukan itu semua, anak-anak kita akan dapat lakukan, sebijik apa yang kita buat apabila kita sudah tua nanti. Kepimpinan melalui teladan. Didiklah anak-anak anda dengan perwatakan anda.

Sebagai contoh, ayah penulis sendiri pernah menasihati penulis, bahawa nanti kalau besar dan sudah berkerjaya, kalau Ummi mintak apa-apa, belikan sahaja apa yang diminta. Jangan berkira sangat. Dan ayah penulis tidak cakap sahaja sebab kalau nenek penulis mintak beli radio, henset dan simcard. Semuanya ayah penulis akan belikan tanpa tanya macam-macam. Kadang-kedang benda tak mahal pun sebenarnua tapi hati rasa berat. ketahuliah, itulah syaitan dan nafsu yang sedang berbisik.



Kesimpulannya.

Sebelum terlupa , pesanan ikhlas ini disampaikan oleh saya melalui kuliah maghrib yang disampaikan kepada penulis di sebuah masjid di KualaLumpur. Dan penulis berharap anda semua dan saya dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Kalau ada buat salah dengan ibubapa, minta maaf cepat-cepat. Kalau ada kawan-kawan anda ketagih arak, nasihat mereka supaya insaf sekarang sebelum bulan Ramadhan tiba. Kalau ada bermusuhan kerana parti politik, cepat-cepat hapuskan dan beramah mesra. Dan akhir sekali, kalau ada yang putuskan silaturrahim, cepat-cepat pulihkan kembali sebelum bulan Ramadhan tiba. Kita hanya ada berbaki lebih kurang tempoh 10 hari sebelum Ramadhan tiba. Semoga kita semua dikurniakan malam lailatul qadar di bulan Ramadhan kali ini. Aamin.

Wallahua`lam.

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.