Program Talent Rakyat – Melahirkan Generasi Entrepreneur

Program-Talent-Rakyat-Melahirkan-Generasi-Entrepreneur-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Assalamualaikum semua,  hari ini Admin nak share pengalaman interview untuk Program Talent Rakyat. Sebenarnya, Admin baru je lepas pergi interview untuk join Program Talent Rakyat ini. Dan setelah interview bersama pihak ASWARA, Admin rasa program ini sangatlah bagus untuk mereka yang betul-betul nak go further into entrepreneurship program. Satu lagi, program ini dijalankan oleh pihak ASWARA sepenuhnya.

Segala Details Program Talent Rakayat tersebut, korang semua boleh baca di poster di bawah:

Poster Talent Rakyat 2018

Tapi kalau nak suruh korang baca poster kat atas ni je baik whatsapp gambar je kan. So, nak bagi happening sikit, Admin nak share di antara kelebihan-kelebihan yang korang akan dapat apabila dapat join Program Talent Rakyat ini.

Pertama Sekali,  Program Talent Rakyat ini bertujuan untuk mengajar fresh graduates untuk membina idea atau mengembangkan idea yang boleh dijadikan sebagai satu bisnes. In english, orang putih panggil “startups idea“. So, dalam tiga bulan ini, semua peserta akan di train untuk mencari idea bisnes yang mampu memberi daya saing dalam industri kreatif sama ada dalam atau luar negara.

Kedua, Program Talent Rakyat akan membawa CEOs di Malaysia untuk memberi peluang kepada para peserta untuk berbincang idea-idea mereka atau Bank Rakyat juga mungkin boleh memberi loan untuk memulakan perniagaan anda. Yang paling penting adalah supaya para peserta dapat mempelajari ilmu-ilmu daripada CEOs di Malaysia. Kerana meraka ini adalah orang yang sangat berpengalaman dalam mentadbir syarikat dan peluang keemasan ini tidak patut dilepaskan.

Ketiga, Program Talent Rakyat juga akan mengajar para peserta untuk menjalankan bisnes secara online dan offline serta mengajar pelbagai teknik marketing untuk mengembangkan bisnes anda semua. Jadi, jangan risaulah, kalau tak terjual barangan anda kerana ilmu marketing juga akan diajarkan.

Keempat pula adalah program ini sekurang-kurangnya perlu dibayar RM4700 untuk kos tiga bulan tetapi ditaja sepenuhnya oleh Bank Rakyat. Baik betul Bank Rakyat ini. Penginapan dan transport ke ASWARA juga disediakan. Jadi, anda tinggal belajar segala ilmu dan create bisnes anda sendiri. Selain itu, peluang ini sebeanrnya sangatlah ditunggu-tunggu oleh Admin dan tak sangka pulak kursus macam ni pun ada dibuat secara percuma. Jangan lupa doakan Admin diterima masuk dalam Program Talent Rakyat ni tau. Aamin.

Justeru, siapa yang masih menganggur atau buat freelance yang kurang mendapat sambutan, korang digalakkan  join masuk Program Talent Rakyat ini. First batch akan start pada 25 April 2018 rasanya dan dibuka hanya kepada 25 peserta sahaja. Siapa cepat, dia dapat. Tapi macam mana nak register? Senang je, klik sini untuk register masuk Program Talent Rakyat .

Sebagai penutup, peluang untuk masuk percuma kursus step by step untuk jadi entrepreneur ini sangatlah bernilai untuk membina bakal generasi entrepreneurship di Malaysia. Ditambah pula, Rasulullah SAW juga seorang peniaga yang hebat dan Admin rasa sudah tiba masanya untuk Admin ikut jejak langkah Baginda SAW. Jom jadi peniaga yang berjaya dunia dan akhirat.

Wallahua`lam.

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.