Apa itu Quranic Mindset dan Quranic Culture?

Apa-itu-Quranic-Mindset-dan-Quranic-Culture-Malaya-Journal

Menurut Dr Mohd Shafie Md Amin Al- Muqri di dalam bukunya yang bertajuk You Are The Best, umat Islam sangatlah memerlukan kebijaksaan yang berasaskan al-Quran dan As-Sunnah untuk berjaya pada hari ini. Dan di dalam buku tersebut, Dr Shafie memanggil ia sebagai Quranic Mindset dan Quranic Culture.

Apa itu Quranic Mindset?

Menurut penerangan Dr Mohd Shafie, Quranic Mindset bermaksud apa yang kita lakukan hanya untuk mencari keredhaan Allah semata-mata. Dan inilah yang dimaksudkan dengan kejayaan yang sebenar.

Firman Allah:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan Kami, pasti Kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

(Al-Ankabut 29: 69)

Jadi sepatutnya, di dalam setiap perbuatan kita, mencari keredhaan Allah perlu dijadikan tujuan yang paling utama tidak kiralah sama anda bekerja swasta, kerajaan atau pun mempuyai perniagaan sendiri. Sekiranya niat anda bukan untuk mencari keredhaan Allah, itu bermakna anda sudah tersalah langkah dan masih belum terlambat untuk membetulkan niat anda semula.

Apa itu Quranic Culture?

Quranic culture pulak bermaksud semua perkara dilakukan mengikut peraturan Al-Quran. Dan tiada tawar-menawar di dalam bab ini. Segala apa yang diperintahkan Allah di dalam Al-Quran hendaklah kita dengar dan patuh dengan taat.

Sebagaimana Firman Allah:

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan (mematuhiNya).

(Al-Nahl 16: 90)

Akhir sekali, Quranic Mindset dan Quranic Culture adalah saling berkaitan. Kita tidak boleh memilih hanya salah satu sahaja. Cuba bayangkan jika ada orang beragama Islam yang berniaga untuk mencari keredhaan Allah sedangkan dia melakukan rasuah dan riba’. Adakah itu cara yang betul? Sudah tentu tidak, kerana dia tidak menghidupkan Quranic Culture semasa berniaga.

Bagaimanakah caranya untuk menghidupkan Quranic Mindset dan Quranic Culture?

Caranya mudah sekali iaitu dengan mempelajari Al-Quran tetapi kebanyakan orang-orang Islam melakukannya dengan sambil lewa. Sangat menyedihkan sedangkan Al-Quran merupakan satu-satunya modul yang dapat melahirkan manusia yang paling bijaksana dan paling mulia.

Sebagaimana Firman Allah:

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ

Kitab (Al-Quran) ini, tidak ada sebarang keraguan padanya; menjadi petunjuk (modul) bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

 (Al-Baqarah 2: 2)

 

Tetapi mengapa masih ramai orang Islam tidak mahu untuk mempelajari Al-Quran dan memberi bermacam-macam alasan untuk tidak mempelajarinya. Sedangkan mereka sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk segulung ijazah, Master dan PhD yang belum tentu dapat memastikan dia berjaya dunia dan akhirat.

Firman-Nya lagi:

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

Dan Rasul (Muhammad) berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah mengabaikan (di ambil sambil lewa) Al-Quran ini  “.

(Al-Furqan 25: 30)

 

Sebagai renungan, marilah kita sama-sama melakukan sesuatu pekerjaan semata-mata mencari keredhaan-Nya. Kemudian, insyaAllah, Allah akan memudahkan urusan pekerjaan kita. Manakala urusan pekerjaan menurut peraturan Allah akan mengukuhkan keyakinan kita kepada Allah. Dengan menghidupkan generasi ber-Quranic Mindset dan Quranic Culture, mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang-orang mukmin yang mendapat redha Allah serta berjaya dunia dan akhirat. Aamin.

Comments

comments

Related Post

My New Books – You Are The Best The last time I told about a book was probably in the last post. And it is about the 4 discipline of execution. A great book indeed and I just return ...
I Am A Muslim and I Need to Confess Something   Yes, for those who did not about me. I am proud to be a Muslim. But, based on the last part of the surah A-li'Imraan 3:112 above, Allah ...
3 Cara Untuk Menjadi Hamba Allah Yang Sebenar ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, pembawa rahmat Keselur...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.