Rahsia Kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh

Sultan-Muhammad-Al-Fateh-adalah-sebaik-baik-pemimpin-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Sultan Muhammad alFateh  adalah seorang tokoh Islam yang juga dikenali sebagai penakluk atau pembuka kota konstantinopel selepas penantian selama 800 tahun. Penantian tersebut bermula apabila Baginda SAW bersabda:

Dari Abdullah bin Bisyr Al Ghonawi, ia berkata: Bapakku telah menceritakan kepadaku: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

لَتُفتَحنَّ القُسطنطينيةُ ولنِعمَ الأميرُ أميرُها ولنعم الجيشُ ذلك الجيشُ

“Sesungguhnya akan dibuka kota Konstantinopel, sebaik-baik pemimpin adalah yang memimpin saat itu, dan sebaik-baik pasukan adalah pasukan perang saat itu“.



Namun, hadis di atas dikatakan berdarjat dhaif tetapi hadis sahih yang mengajak kepada jihad terhadap konstantinopel adalah seperti di bawah:

Abu Qobil, ia berkata:

كنا عند عبدِ اللهِ بنِ عمرو بنِ العاصِ ، و سُئِلَ أيُّ المدينتيْنِ تُفتحُ أولًاالقسطنطينيةُ أو روميَّةُ ؟ فدعا عبدُ اللهِ بصندوقٍ له حِلَقٌ ، قال : فأخرج منه كتابًا قال : فقال عبدُ اللهِ : بينما نحنُ حولَ رسولِ اللهِ نكتبُ ، إذ سُئِلَ رسولُ اللهِ : أىُّ المدينتيْنِ تُفتحُ أولًا القسطنطينيةُ أو روميَّةُ ؟ فقال رسولُ اللهِ : مدينةُ هرقلَ تُفتحُ أولًا : يعني قسطنطينيةَ

“Kami berada di sisi Abdullah bin Amr bin Ash dan beliau ditanya tentang mana kota yang dibuka terlebih dahulu, apakah Konstantinopel ataukah Romawi? Maka beliau meminta untuk diambilkan sebuah kotak, lalu beliau mengeluarkan sebuah kitab lalu berkata: ‘Berkata Abdullah bin Mas’ud: Tatkala kami bersama Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam untuk menulis, tiba-tiba beliau ditanya: Manakah kota yang terlebih dahulu dibuka, apakah Konstantinopel ataukah Romawi?’. Maka beliau menjawab: ‘Yang dibuka terlebih dahulu adalah kota Heraklius’. Yaitu Konstantinopel“.

Berdasarkan hadis-hadis di atas, para sahabat nabi telah banyak kali cuba untuk menakluk kota Konstantinopel tetapi semuanya gagal. Mereka hanya dapat mengecilkan tanah jajahan kota Konstantinopel sahaja dan ini telah memberi manfaat yang sangat besar kepada Sultan Muhamamad Al-Fateh. Namun, apakah rahsia disebalik kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh ini?



Rahsia Kejayaan Sultan Muhammad Al Fateh.

Jawapannya sudah tentulah dengan ilmu. Hal ini kerana Sultan Muhammad Al-Fateh telah mendapat didikan ilmu adab, agama dan akademik pada usia yang muda lagi.  Buktinya, bapa beliau, Sultan Murad II telah memberikan Sultan Muhammad Al-Fateh kepada seorang guru yang bernama  Maula Burhani. Dengan tujuan untuk mendidik beliau tentang ilmu-ilmu yang patut dimiliki oleh seorang pemimpin yang hebat.

Dan Maula Burhani adalah seorang alim ulamak di zaman tersebut dan dia telah mengajarkan Sultan Muhammad Al-Fateh berbagai-bagai jenis ilmu dengan baik sekali. Di antara tiga cabang ilmu yang terawal diajarkannya kepada Sultan Muhammad Al-Fateh adalah seperti di bawah:

 

1. Ilmu adab.

Menurut penjelasan Ustaz Zulkarnain Hamzah, Maula Burhani telah menggunakan rotan untuk mengajar Sultan Muhammad Al-Fateh tentang  adab-adab semasa menuntut ilmu. Hal ini kerana adab ketika menuntut ilmu adalah suatu yang paling asas untuk dipelajari sebelum menuntut ilmu.

Jika anda pernah dengar kuliah Sheikh Zaini Hj Ahmad, beliau sangat mementingkan adab semasa menuntut ilmu kerana beliau tidak mahu melahirkan anak-anak murid yang tidak hormat kepada alim-ulamak kerana ilmu sudah banyak.  Jika tidak percaya, anda boleh lihat sahaja anak-anak sekolah di zaman sekarang ini, berapa ramai anak-anak murid yang tidak hormat kepada cikgunya. Manakala, sesetengah ibubapa pula dengan tidak ada rasa malu membela anak-anak mereka yang biadap ini.

Justeru, ilmu pertama yang diajar oleh Maula Burhani adalah dengan mendidik akhlak Sultan Muhammad Al-Fateh dengan menggunakan rotan. Tujuannnya adalah untuk mengajar Sultan Muhammad Al-Fateh supaya menghormati para ulamak dan segala ilmu yang sedang dipelajari. Disebabkan didikan ini, hasilnya Sultan Muhammad Al-Fateh sangatlah menghormati para ulamak dan beliau selalu meminta pandangan ulamak yang bersama dengan beliau tentang sesuatu masalah.



2. Ilmu Al-Quran.

Sejarah juga mengatakan bahawa Sultan Muhammad Al-Fateh telah menghafalkan al-Quran di usia yang muda. Dan ini adalah ilmu seterusnya yang dipelajari oleh beliau setelah ilmu adab dan akhlak. Hal ini kerana ilmu al-Quran itu adalah seperti integriti seseorang Muslim. Ada tauhid dan ada juga feqah yang diajarkan melalui Quran tersebut.

Hasilnya Sultan Muhammad Al-Fateh menjadi seorang yang soleh dan sentiasa menjaga pantang larang dalam kehidupan seharian. Beliau sentiasa mentaati perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Selain itu, beliau juga sentiasa menjaga solat berjemaah di masjid dan tidak pernah meninggalkan solat malam. Lebih hebat lagi, beliau juga mengajak dan memandu kesemua askar-askarnya di bawahnya supaya turut serta melakukannya.

 

3. Ilmu Akademik.

Setelah selesai dengan ilmu al-Quran barulah Sultan Muhammad Al-Fateh mempelajari ilmu akademik seperti ilmu matematk, sains dan kejuruteraan. Ada riwayat juga mengatakan Sultan Muhammad Al-Fateh boleh berkata-kata dalam 6 bahasa dengan fasih.

Dengan ilmu inilah, Sultan Muhammad Al-Fateh mampu design kapal untuk tenteranya dan meriam untuk menembak dinding kota konstantinopel. Oleh itu, inilah 3 ilmu rahsia yang diajarkan oleh gurunya dan dipandu oleh ayahnya sendiri. Yang paling penting, pelajari ilmu di atas ini perlu mengikut tertib seperti yang Sultan Muhammad Al-Fateh lalui di atas.



Wasiat Sultan Muhammad Al-Fateh.

Lebih hebat lagi, wasiat yang ditinggalkan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh sangatlah berbeza dengan pemimpin yang lain. Wasiat beliau adalah seperti di bawah:

  • Sepuluh orang Hafizul Quran ditugaskan untuk membaca Al-Quran setiap hari Jumaat sebelum masuk waktu solat Jumaat.
  • Dua puluh orang soleh ditugaskan untuk mengkhatamkan Al-Quran setiap hari setelah solat subuh.
  • Dua puluh orang soleh ditugaskan untuk membaca 70,000 kalimah tauhid setiap hari setelah solat Subuh.
  • Sepuluh orang ditugaskan untuk membaca 10,000 shalawat ke atas Nabi Muhammad saw setelah solat Subuh.

Wasiat ini terpampang berdekatan pintu masuk sebelah kiri Masjid al-Fatih.

 

Kesimpulannya.

Kita perlu mendidik anak bangsa untuk melahirkan generasi yang bakal menggantikan Sultan Muhammad Al-Fateh kerana Baitul Maqdis sudah hampir dijajah 100%. Dan tahun 2018 ini adalah tahun Baitul Maqdis melawan kembali Yahudi Laknatullah ini. Didiklah generasi dengan ilmu adab, ilmu al-Quran dan ilmu akademik supaya kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh akan terpampang di generasi anak muda kita. Insya Allah.

Wallahua`lam.

 

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.