Rahsia Menggapai Cita-Cita di Dunia dan Akhirat

3-Rahsia-Mencapai-Cita-CIta-Anda-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Pertama sekali, penjelasan kali telah diajarkan oleh Ustaz  Dr. Syafie Mohd Amin semasa kuliah subuh beliau dijalankan. Beliau menjelaskan tentang kaedah untuk berjaya mencapai cita-cita anda semua dengan menggunakan kaedah al-Quran. Pada pandangan saya, tajuk kali ini sangat penting sekali kerana masih ramai umat Islam yang masih terkeliru dengan takdir dan cita-cita mereka.

Hal ini kerana, segala apa yang terjadi di dalam kehidupan kita ini adalah takdir yang sudah ditetapkan Allah SWT sejak azali lagi dan kita tidak akan mampu untuk mengubahnya. Justeru, untuk mengingatkan para pembaca semua, saya meminjam kata-kata Sheikh Imam Ibnu Athaillah as-Sakandari rhm yang berbunyi:

Segala Cita-CIta Terdahulu Tidak Boleh Mengoyakkan Kota Takdir.

Mafhum kata-kata hikmah di atas, kita tidak seharusnya mengejarnya cita-cita kita sehingga terlupa atau terlalai daripada beribadah kepada Allah. Hal ini disebabkan kerana wajib kita menyakini bahawa kita diciptakan untuk beribadah kepada Allah bukan untuk menggapai cita-cita kita. Sebagaimana Firman Allah:

A056

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadat kepadaKu.

(Adz-Dzaariyaat 51:56)

Namun, jangan salah faham kerana Islam tidak pernah melarang umat Islam untuk menggapai cita-cita kita. Malah, Islam sangat menggalakkan umat Islam menjadi orang yang kaya dan soleh. Tetapi cara untuk menggapai cita-cita itu mesti dilakukan dengan betul supaya segala kerja kita itu menjadi suatu ibadah dan tidak menjadi stress atau sentiasa berasa bimbang.



 

3 Cara untuk Menggapai Cita-Cita Anda.

Kembali kepada Allah SWT.

Pertama, kita perlu mengembalikan segala kekuatan, kekuasaan dan kepandaian kepada Allah SWT. Caranya adalah dengan bergantung kepada kekuasaan Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan walaupun perkara itu kecil sekalipun.

Sebagai contoh, sebelum nak buat report kerja, mulakan dengan membaca bismillah dan niatkan kerana Allah. Kemudian, insya Allah anda akan lebih semangat untuk menyiapkan report tersebut. Tetapi, jika anda hanya bergantung kepada kepandaian, pengalaman berpuluh-puluh tahun anda atau pun kekuatan anda, maka anda akan mudah untuk menjadi stress dan bimbang. Sebagaimana Firman Allah:

A032

Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.

(Al-Baqarah 2:32)

Point utama di sini adalah kita perlu merendahkan diri kita kepada Allah walaupun kita sudah mempunyai pengalaman yang berpuluh-puluh tahun atau mempunyai PhD dalam bidang tertentu. Dan jangan pernah bergantung kepada selain daripada Allah Azza Wa Jalla, termasuklah bergantung kepada diri sendiri.

Firman Allah Ta’ala:

A197

Dan benda-benda yang kamu sembah selain Allah, tidak akan dapat menolong kamu, bahkan tidak dapat menolong dirinya sendiri.

(Al-A’raaf 7:197)

Berdasarkan ayat di atas, Dr Shafie menerangkan kepada penulis bahawa benda-benda yang disembah itu bermaksud orang-orang yang bergantung kepada selain daripada Allah SWT. Contohnya, mereka bergantung kepada harta mereka, gaji mereka, ibubapa mereka dan lain-lain lagi. Senang cerita mereka ibarat menyembah rezeki mereka, padahal yang patut disembah adalah Yang Maha Pemberi Rezeki iaitu Allah SWT.



Akibatnya, disebabkan sibut menyembah/mencari rezeki yang ditentukan oleh Allah SWT sejak azali itu, mereka kerja siang dan malam dengan bersungguh-sungguh sekali. Sehingga, jika hendak solat berjemaah atau mentadabbur al-Quran, selalu sahaja tidak ada masa dengan alasan sibuk bekerja atau terlalu letih.

Ini membuktikan, mereka ini tidak menjadikan mempelajari al-Quran untuk taat pada Allah perkara nombor satu penting. Sifat seperti ini sangat ditegah dalam Islam. Jangan tukarkan cita-cita anda dengan hidayah Allah. Oleh itu, jom kita muhasabah diri kita. Adakah kita sudah termasuk dalam golongan seperti ini atau tidak?



Meletakkan Strong Determination Untuk Taat Kepada Allah.

Iaitu menjadi visi utama kehidupan kita untuk taat kepada Allah.  Tetapi bagaimana untuk taat kepada Allah? Senang sahaja. Pertama, anda perlu memahami apakah peraturan dan larangan Allah yang ditetapkan untuk kita. Kedua, untuk memahami peraturan dan larangan tersebut, kita semua perlu mempelajari al-Quran kerana di sinilah segala peraturan dan larangan Allah diajarkan. Justeru, jika visi kehidupan kita adalah untuk taat kepada Allah, anda kena pastikan anda mempelajari ilmu-ilmu al-Quran.

 

Fokus Kepada Usaha Bukannya Hasil

Dalam ajaran Islam, umat Islam diajar untuk sentiasa berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Berjaya atau tidak itu bukan urusan kita kerana Allah SWT lebih mengetahui yang mana satu lebih terbaik untuk kita. Tapi saya tidak katakan kita tak boleh nak mengharapakan result yang bagus-bagus. Sebenarnya boleh je, cuma jangan buat segala larangan Allah dan jangan tinggal belajar al-Quran. Sebagaimana Firman Allah:

A198

Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,”talbiah” dan tasbih) di tempat Masy’ar Al-Haraam (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.

(Al-Baqarah 2:198)



Kesimpulannya.

Doa, usaha dan iktihar yang kita lakukan amat perlu disertakan dengan redha dan ketentuan Allah. Juga, pastikan kita tidak meninggalkan ilmu al-Quran semasa kuliah maghrib  di masjid hanya kerana letih bekerja di siang hari . Di samaping itu, jangan terlalu berharap dengan segala cita-cita kita itu kerana terlalu mengharap  akan membuatkan kita  sentiasa berasa bimbang, kecewa dan stress jika tidak dapat mencapai cita-cita itu. Sebab itulah, kita hanya fokuskan kepada effort kita sahaja iaitu amal soleh.

Jangan Risau Akan Rezeki Anda.Kerana rezeki anda pasti akan diberikan Allah SWT.

Selamat Beramal Semua. Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Jauhi Panjang Angan-Angan ﷽ Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana, Hari ini saya mahu menulis tentang panjangnya angan-angan seorang muslim. Kerana saya sendiri...
Apa Beza Angan-Angan Kosong dengan Cita-Cita? ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.