Redha Dan Sabar dengan Ujian Allah

Sabar-dengan-ujian-Allah-Malaya-Journal

Barangsiapa yang ingin selamat  daripada Azab Allah, menginginkan rahmat-Nya serta ingin masuk ke Syurga-Nya, hendaklah dia menahan nafsu dari segala keinginan dunia serta bersabar di atas segala kesulitan dan musibah kerana itu adalah ujian Allah semata-mata. Sesungguhnya sabar itu adalah kunci ke syurga.

 

Dirawikan daripada Nabi Muhammad S.A.W., Baginda bersabda:

Allah telah berkata,

“Barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia mohon perlindungan daripada-Ku, pasti Aku memberinya sebelum dia meminta. Dan barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia meminta perlindungan kepada makhluk, pasti Kututup semua pintu langit baginya”

Apakah Cara Terbaik untuk mendapat pertolongan Allah semasa ditimpa ujian Allah?

Allah berfirman:

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

(At-Taghabun 64: 11)

Caranya seperti yang tertera di dalam ayat di atas. Simple sekali tetapi masih ramai yang tidak mahu mengikutinya. Bahkan kebanyakan orang ramai selalu mencari pertolongan daripada makhluk-Nya. Sedangkan makhluk-Nya tidak mampu memimpin hati kamu semua supaya sabar, tenang dan redha dengan ujian Allah.  Hanya Dia seorang berkuasa melakukan yang sedemikian.

Tetapi mengapa kita masih tidak yakin? Jawapannya mudah sekali, hal ini berlaku disebabkan sikitnya ilmu di dada kerana hati mereka hanya dipenuhi ilmu-ilmu mengejar dunia. Senang cerita, kesemua ilmu itu hanya berpandu ke arah dunia dan apabila ditimpa ujian Allah, mereka lupa akan Allah.  Akibatnya, Allah tidak membantu mereka ketika mereka kesusahan. Hati mereka sering ketakutan dan berasa gelisah disebabkan ujian yang menimpa.



Sebagai contoh, apabila perniagaan mereka sedang berkembang maju dan pada suatu hari jika Allah menguji mereka dengan menarik balik nikmat tersebut. Sudah tentu mereka akan berduka cita yang amat sangat. Tetapi, jika mereka di antara orang-orang yang beriman pasti Allah akan memimpin hati mereka dengan memberi ketengangan di dalam hati mereka. Seperti firman Allah di bawah:

Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka ditimpa musibah) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada;

(Al-Fath 48:4)

Namun begitu, akan ada sesetengah daripada kalangan mereka yang tidak redha dengan ketentuan Allah ke atasnya. Mereka inilah orang-orang yang lalai, tidak beriman dan lupa pada Allah.

Sedarilah wahai saudara dan saudariku, sesugguhnya ujian Allah itu adalah satu nikmat sebenarnya. Kerana musibah atau ujian dari Allah dapat mendekatkan diri kita kepada Allah. Dengan erti kata lain, Allah mahu menguji kita untuk menguji iman kita dan kita tidak berhak mempersoalkan kehendak-Nya. Kita hanya perlu sabar dan redha.

Firman Allah:

Kemudian Ia menunjukkan kehendakNya ke arah langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: “Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan taat atau dengan paksa!” Keduanya menjawab: “Kami berdua sedia menurut dengan taat”

(Surah Fussilat 41: 11)

Ayat di atas menunjukkan Allah mampu mengarahkan hamba-Nya untuk taat pada perintah-Nya secara sekarela atau secara paksaan. Oleh itu, jika ujian Allah untuk menjadikan kita semakin taat pada perintah Allah, sedar atau tidak sedar itu adalah tanda kekuasaan Allah memaksa kita taat kepada-Nya. Sedangkan langit dan bumi pun datang dengan taat pada perintah Allah secara sukarela, mengapa kita yang sangat kecil berbanding langit dan bumi tidak mahu taat kepada Allah? Tepuk dada, tanyalah iman anda.

Junaid Al-Baghdadi r.a. pernah berkata:

“Bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lengah (lupa). Tidak ada seorang pun yang dapat manisnya iman sebelum ditimpa bala, rela dan bersabar.”  

Renungkanlah wahai saudara dan saudariku, ujian keimanan seorang hamba adalah ketika is ditimpa ujian Allah Ta’ala. Seorang yang kuat imannya dan berbaik sangka dengan Tuhan, pasti juga yakin bahawa ujian itu diberikan oleh Allah demi kebaikannya juga. Dan takdir dari Allah adalah pilihan terbaik untuknya.

Saya akhiri artikel saya kali ini dengan syair daripada Abu Tawub tentang tanda seorang Muhib (seorang yang cintakan Allah);

Janganlah engkau tertipu,

Seorang kasih punya tanda,

Punya hadiah untuk kekasihnya,

Pahit bala-Nya dirasa nikmat, 

Diterima gembira apa pun yang Dia perbuat,

Tidak diberi pun tidak mengapa,

Kefakiran dianggap penghormatan saja,

Kau lihat keinginannya,

Hanyalah mentaati kekasihnya,

Kau lihat mukanya berseri,

Hanya si Dia yang ada di hati,

Dia taat segala ucapan-Nya.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Mengapa kita Ditimpa Musibah Oleh Allah? ﷽ Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana, Alhamdulillah, saya sentiasa diberi keizinan oleh Allah Ta'ala untuk mengahadiri kelas Dr Sha...
Kelebihan Utama Blog Malaya Journal ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, pembawa rahmat Keselur...
Kita Tidak Ada Pilihan Lain ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
5 Kelebihan Orang Yang Bersabar ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya. Pembawa rahmat Keselur...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.