Jangan Khuatir,Rezeki Allah Tidak Terkira Banyaknya

Jangan-Risau-Rezeki-Anda-dan-Solatlah-Malaya-Journal

Sekurang-kurangnya orang-orang yang bersolat mengulangi ikrar atau visi hidup kita sebanyak 5 kali sehari. Dan kita berikrar semasa membaca Doa Iftitah secara sedar atau tidak sedar,.

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semata-mata kerana (mencari redha-Mu) Allah, Tuhan Sekelian Alam.”

(Al-An’am 6:162)

Dengar erti kata lain, setiap kali kita bersolat, kita telah berazam untuk melakukan setiap perkara kerana Allah Ta’ala. Dan kita berikrar untuk

  • Solat kerana cinta kepada Allah dengan cuba mendirikan solat pada awal waktu.
  • Menjadikan solat itu khusyuk dan berkualiti  insya-Allah.
  • Membaca Al-Quran dengan penuh perhatian (tadabbur).
  • Memelihara pemikiran agar sentiasa positif.
  • Cinta dan mengasihi orang di sekeliling kita.
  • Merendah diri kepada Allah dan Manusia.

Namun realiti kehidupan bukanlah seperti ikrar yang kita katakan. Kebanyakan kita hanya sibuk mencari rezeki di atas muka bumi sedangkan Allah berfirman:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku (matlamat kehidupan mereka atau cita-cita kita yang sebenar).

(Az-Zariyat 51:56)

Hal ini disebabkan mereka terlalai dengan dunia sehingga mereka hanya mencari kebahagiaan di dunia tetapi tidak untuk akhirat sana. Sama ada mereka terlupa atau terkeliru atau tidak mengetahui bahawa bahagia di dunia dan di akhirat hanya ada di tangan Allah. Sebagaimana firman Allah:

Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana. Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu berpaling (dari menyembahnya)?

(Fatir 35: 2-3)

Ayat di atas adalah sebagai peringatan kepada anda semua dan saya terutamanya supaya tidak terpedaya dengan keindahan dunia. Janganlah kita berlumba-lumba mencari harta, populariti atau kebanggaan. Kerana kemewahan di dunia tidak menjamin kejayaan di akhirat. Namun begitu mereka menjawab dengan berbagai-bagai alasan “murni” seperti:

  • Islam mengalakkan umatnya menjadi kaya.
  • Tanpa harta, mana mungkin Islam boleh maju.
  • Supaya dapat membayar zakat perniagaan lebih banyak lagi.
  • Supaya dapat bersedekah lebih banyak lagi.

Hakikatnya, dalam proses mengumpulkan mencari rezeki Allah tersebut, berapa banyak orang-orang Islam yang sengaja melewat-lewatkan solatnya, mengamalkan riba atau rasuah, menganiaya peniaga-peniaga kecil, tidak mentadabbur Al-Quran, melepak di kelab malam sambil minum arak dan sebagainya. Sedangkan kesemua itu adalah haram di sisi Islam. Persoalannya, apakah kesemua pencari rezeki Allah ini boleh membantu memajukan agama Islam? Tidak sekali-sekali.

Apakah yang sepatutnya kita lakukan untuk mencari rezeki Allah?

Maha Suci Allah Yang Maha Pemberi Rezeki. Dia telah memberi rezeki pada cacing yang ada di dalam tanah, ikan yang ada di dalam air, burung yang berada di udara dan orang-orang kafir yang menyembah selain-Nya juga diberikan-Nya.  Jadi, adalah mustahil bagi orang-orang yang beriman untuk tidak menerima rezeki Allah dari Yang Maha Pemberi Rezeki melainkan disekat oleh-Nya sendiri.

Janganlah bersedih, sebab rezeki anda dijamin oleh Allah.

Firman Allah:

Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya(30). Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut jatuh miskin; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar (31).\

(Al-Isra’ 17: 30-31)

Sesungguhnya Maha Pemberi Rezeki menjamin rezeki semua makhluk. Lantas mengapa anda perlu gelisah akan kefakiran,kelaparan atau ragu-ragu padahal yang menjamin dan menanggung semua itu adalah Allah sendiri?

Allah berfirman:

…mintalah rezeki kepada Allah; beribadahlah kepadaNya; dan bersyukurlan kalian kepadaNya…

(Al-Ankabut: 17)

Jadi, jika rezeki Allah sudah ditanggung Allah sendiri, kita hanya perlu fokuskan kepada usaha, bekerja atau berikhtihar sahaja. Dapat atau tak dapat sesuatu rezeki itu bukan soal utama kerana rezeki sudah ditetapkan sejak dalam kandungan ibu lagi.

Tetapi dalam masa yang sama wajiblah kita menjaga solat kita dan menuntut ilmu fardhu ain. Kerana solat mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam mempengaruhi hati kita supaya sentiasa tenang, tenteram dan melapangkan hati. Solat juga merupakan cara terbaik untuk menyambungkan hati dan roh kepada Allah.

Satu lagi, kita tidak boleh mengetepikan ilmu asas seperti ilmu Al-Quran dan ilmu Tauhid dan sebagainya walaupun anda sedang bekerja. Kerana sekiranya kita kaya dan maju tanpa memahami agama pasti kita binasa. Jangan biarkan diri kita tidak memahami agama Allah dan tidak pandai membaca Al-Quran; seolah-olah mencari rezeki Allah lebih wajib daripada belajar agama. Itu adalah kesilapan yang sangat besar. Ingatlah,  mustahil kita boleh taat kepada Allah tanpa memahami agama-Nya walaupun kita banyak harta.

Saya akhiri artikel kali ini dengan tips mengelakkan diri dari hidup kefakiran.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

Sesiapa yang membaca al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kefakiran selama-lamanya. (Riwayat al-Baihaqi) 

Comments

comments

Related Post

15 Tips Amalan Murah Rezeki dan Cara Mempercepatka... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Penyakit Malas Punca Rezeki Terhalang ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Pada hari ini, perkara yang akan dibincangkan adal...
3 Perkara Berkait Rapat Dengan Rezeki ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Teori Dan Praktikal Membuka Pintu Rezeki Berdasark... ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.