Cara Untuk Mendapatkan Rezeki Yang Berkat

Cara-Meraih-Keberkatan-Rezeki-Anda-Malaya-Journal

Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, pembawa rahmat Keseluruh Alam.

Tajuk rezeki yang berkat ini adalah tajuk yang besar sebenarnya. Kalau diberikan kepada para ustaz dan para syeikh untuk menjelaskan perkara ini, sudah tentu akan mengambil masa sekurang-kurangnya bagi 1 jam jugak. Lebih-lebih lagi ia sangat berkait rapat dengan nafkah dan gaji seseorang itu. Juga, is adalah sesuatu yang sangat memainkan peranan dalam sistem kekeluargaan Islam. Disebabkan itu, saya akan share sedikit ilmu tentang keberkatan dalam mencari rezeki dan cara untuk meraih rezeki yang berkat.

 

Cara nak Tahu Rezeki Berkat?

Caranya senang sahaja iaitu dengan rezeki yang kita dapat itu adakah orang lain juga dapat manfaat bersama. Sebagaimana firman Allah:

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan atau infaq) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

(Al-Baqarah 2: 3)

Jadi, berdasarkan dalil di atas, tepuk dada tanyalah diri anda. Adakah anda selalu menderma atau menginfaqkan sebahagian daripada rezeki yang diberikan kepada anda atau tidak? Jika tidak, saya galakkan anda berubah supaya mula berjinak-jinak dengan amalan ini. Ingat, bersedekah tidak akan pernah mengurangkan harta anda. Kerana segala infak dan sedekah anda semua akan dibalas berlipat-lipat kali ganda oleh Allah S.W.T.

 

Persoalannya kepada Siapakah yang Kita Patut Utamakan?

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui-Nya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).
Menurut dalil di atas, terdapat 5 golongan yang perlu diberikan perhatian terlebih dahulu. Mereka adalah:
  • Ibubapa.
  • Kaum kerabat.
  • Anak-anak yatim.
  • Orang-orang miskin.
  • Orang-orang yang sedang bermusafir.

Di samping itu, berdasarkan dalil di atas juga, pastikan harta yang anda derma itu dari sumber yang halal bukan haram. Jika haram,maka sialah-sialah usaha anda itu. Kerana matlamat tidak menghalalkan cara. Haram tetap haram!

 

Kesimpulannya.

Jangan tamak, kedekut dan bakhil terutamanya kepada lima golongan di atas. Pesanan ini dikhususkan untuk menjadi peringatan kepada diri saya terutamanya. Insya Allah semoga kita terpelihara daripada 3 perangai yang ditegah syarak di atas. Oleh itu, marilah kita sama-sama meringankan tangan menghulurkan untuk menderma atau menginfaq mengikut kemampuan kita. Selamat beramal semua.

كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ

Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

(As-Saf 61: 3)

Wallahua`lam.

 

P.S. Jangan lupa untuk share kepada kawan-kawan anda semua.

Comments

comments

Related Post

Penyakit Malas Punca Rezeki Terhalang ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Pada hari ini, perkara yang akan dibincangkan adal...
Teori Dan Praktikal Membuka Pintu Rezeki Berdasark... ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,...
3 Perkara Berkait Rapat Dengan Rezeki ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Apa maksud ikhlas, dengki dan rezeki menurut al-Qu... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.