Sebab Musabab Sahabat Nabi Menjadi Luar Biasa

Sebab-Musabab-Sahabat-Nabi-Menjadi-Luar-Biasa-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Sejak kebelakangan ini, penulis nampak begitu asyik bercerita pasal sahabat nabi je. Tapi persoalannya, apakah rahsia sahabat nabi ini sampai dijamin syurga oleh Allah dan Rasul? Jadi, jom kita bincangkan tentang hal ini, supaya semoga kita dapat melatih diri kita agar hidup sebagaimana mereka hidup pada zaman Rasulullah SAW.



Sebab-Musabab Para Sahabat Nabi Menjadi Luar Biasa.

1. Keyakinan mereka terhadap kebenaran Agama Islam.

Ini adalah punca utama mereka berpegang teguh kepada ajaran agama Islam. Disebabkan itu, keyakinan mereka tidak pernah goyang walaupun mereka telah dipukul, diseksa, dirampas seluruh hartanya dan diugut bunuh sekalipun. Tidak kiralah sama ada lelaki atau pun perempuan. Sama sahaja kenyakinannya.

Para sahabat nabi juga yakin dengan sebenar-benarnya yang Allah SWT itu wujud dan Rasulullah SAW adalah penutup para nabi. Bukannya seperti para munafik yang sampai mati pun masih ragu-ragu lagi dengan kebenaran agama Islam. Sehingga mereka (orang-orang munafik) tidak sedar bahawa mereka hanyalah menipu diri mereka sendiri tanpa menyedarinya. Sebagaiman Firman Allah:

A009

Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya diri mereka sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

(Al-Baqarah 2:9)

Selain itu, para sahabat nabi itu sangatlah tenang menghadapai ujian dan apabila berada dalam kesusahan, mereka hanya meminta dan bergantung kepada Allah Azza Wa Jalla. Tiada yang lain. Kerana itulah yang telah  diajarkan oleh Baginda SAW. Sebagaimana yang telah dibuktikan oleh kisah Abdurrahman Bin Auf r.a yang menolak tawaran kekayaan daripada Sa’id Bin Ar-Rabi .

Malah, para sahabat nabi sentiasa berlumba-lumba untuk mengikuti segala sunnah Nabi SAW dan melakukan apa sahaja yang dibuat oleh Rasulullah SAW. Dengan erti kata lain, mereka bangga dengan Nabi SAW sebagai Rasul dan Islam sebagai agama mereka. Disebabkan itu, mereka tonjolkan sikap, ciri-ciri dan sifat yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam diri mereka.

 

2. Keseriusan dalam mengejar janji-janji Allah.

Ini juga dia antara punca utama, iaitu mereka begitu serius dalam mengejar janji-janji Allah. Hal ini kerana mereka betul-betul faham dengan dosa, pahala, keistimewaaan syurga dan azab api neraka. Disebabkan itu, sebaik sahaja seruan jihad diseru, para sahabat nabi terus berpusu-pusu memakai baju perisai dan mempersiapkan kuda mereka untuk pergi berperang.

Mereka tidak pernah takut untuk mati syahid di medan perang, walaupun bilangan mereka sedikit. Bukti yang paling kukuh sudah semestinya yang telah ditujukkan oleh sahabat nabi yang bernama Saad Bin Abi Waqqas r.a. Kerana dahsyatnya semangat beliau untuk memperluaskan ajaran Islam, beliau mampu menakluk Parsi yang mempunyai tentera seramai 240,000 orang hanya dengan menggunakan tentera seramai 30,000 orang Muslim sahaja.


Tambahan pula, mereka sangat menjaga solat berjemaah di masjid kerana banyak hadith shahih menjelaskan kelebihan-kelebihan solat berjemaah di masjid. Hinggakan jika ada sahabat nabi yang tidak solat berjemaah di masjid, mereka katakan pasti ada ciri-ciri munafik di dalam hati mereka. Dalilnya adalah seperti di bawah:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَثْقَلُ الصَّلَاةِ عَلَى الْمُنَافِقِينَ صَلَاةُ الْعِشَاءِ وَصَلَاةُ الْفَجْرِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا وَلَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ الْمُؤَذِّنَ فَيُؤَذِّنَ ثُمَّ آمُرَ رَجُلًا يُصَلِّي بِالنَّاسِ ثُمَّ أَنْطَلِقَ مَعِي بِرِجَالٍ مَعَهُمْ حُزُمُ الْحَطَبِ إِلَى قَوْمٍ يَتَخَلَّفُونَ عَنْ الصَّلَاةِ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بُيُوتَهُمْ بِالنَّارِ

Dari Abu Hurairah berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Solat yang paling berat bagi kaum munafik adalah solat isya` dan solat subuh. Sekiranya mereka mengetahui pahala yang terdapat pada keduanya nescaya mereka akan mendatanginya meskipun dengan merangkak. Dan aku sangat berkeinginan memerintahkan seorang muadzin untuk azan, kemudian aku perintahkan seorang lelaki mengimami mereka, lalu aku pergi bersama beberapa orang dengan membawa kayu bakar menuju orang-orang yang meninggalkan solat berjemaah untuk kemudian membakar rumah-rumah mereka.”

(HR Ahmad No: 9122)

Justeru, pengajarannya adalah kejarlah janji-janji Allah dan Rasul sebanyak mungkin dengan serius dan jangan tinggalkan solat berjemaah terutamanya solat subuh dan solat isyak. Kerana solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat isyak dan solat subuh terutamanya apabila ditunaikan secara berjemaah di masjid.

 

3. Keseriusan dalam menjauhi apalagi melakukan larangan Allah SWT.

Walaupun hukum hudud dijalankan di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat nabi, sebenarnya orang-orang yang dihukum hudud sangatlah sedikit sehingga boleh dikira dengan jari. Kerana mereka sangat menjaga diri mereka daripada melakukan dosa. Tidak kira sama ada dosa besar atau kecil kerana yang sahabat nabi pentingkan adalah kepada siapa dia melakukan dosa tersebut.

Para sahabat nabi juga sangat faham bahawa segala anggota mereka akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Anggota-anggota ini akan menjadi saksi dan mendakwa kita sendiri. Inilah di antara hasil tarbiah Nabi SAW terhadap para sahabat.

Tetapi sayangnya, di zaman kita ini, ramai yang sudah terkena penyakit wahn sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW seperit di bawah:

عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « يُوشِكُ الأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا ». فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ « بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزِعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِى قُلُوبِكُمُ الْوَهَنَ ». فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهَنُ قَالَ « حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ

Dari Tsauban, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Hampir saja para umat (yang kafir dan sesat) mengerumuni kalian dari berbagai penjuru, sebagaimana mereka berkumpul menghadapi makanan dalam piring”. Kemudian seseorang bertanya,”Katakanlah wahai Rasulullah, apakah kami pada saat itu sedikit?” Rasulullah berkata,”Bahkan kalian pada saat itu banyak. Akan tetapi kalian bagai sampah yang dibawa oleh air hujan. Allah akan menghilangkan rasa takut pada hati musuh kalian dan akan menimpakan dalam hati kalian ’Wahn’. Kemudian seseorang bertanya,”Apa itu ’wahn’?” Rasulullah berkata,”Cinta dunia dan takut mati.” 

(HR. Abu Daud no. 4297 dan Ahmad 5: 278, shahih kata Syaikh Al Albani).

Berdasarkan hadith di atas, penyakit wahn inilah punca utama orang-orang kafir berani untuk memijak orang-orang Islam tanpa rasa segan, malu dan takut. Hal ini kerana, Cinta dunia dan takut mati di sini adalah dua hal yang saling berkaitan. Itu bererti jika seseorang tertipu dan terlalu cinta pada dunia, maka dia pun begitu khuatir akan kematiannya.

Akhir kalam,  marilah kita sama-sama berubah dan menghidupkan sifat-sifat dan akhlak yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW di dalam diri kita. Sepertimana yang telah dilakukan oleh para sahabat nabi ini. Saya tak kata ia adalah suatu yang mudah. Tetapi yang saya tahu adalah, ia bukanlah suatu yang mustahil. Insya Allah kita boleh melakukannya.



Step pertama kita perlu menuntut ilmu agama terlebih dahulu, barulah dengan mengamalkan ilmu itu, secara perlahan-lahan kita dapat berubah. Semoga Allah membantu orang-orang Muslim yang ditindas di seluruh muka bumi ini. Aamin.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Abdurrahman Bin Auf R.A – Dermawan Yang Dija... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Abu Ubaidah Al Jarrah – Orang Terpercaya Uma... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Saad Bin Abi Waqqas – Panglima Islam Yang Me... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Talhah bin Ubaidillah – Syahid Yang Berjalan... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.