Semua Persoalan BR1M Anda Akan Terjawab

br1m-2018-Malaya-Journal

Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan Tiada Nabi lagi selepasnya, Pembawa Rahmat Keseluruh Alam.

BR1M bermaksud bantuan rakyat 1 Malaysia dan ia adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah. Lebih hebat lagi dengan menggunak teknologi online, pihak yang layak boleh mendaftar secara online dan dibayar secara tunai dan direct kepada akaun bank masing-masing. Jadi sangat rugi jika anda golongan yang layak dan masih belum mendaftar. Tidak lupa juga, terima kasih kepada pembayar cukai di Malaysia ini kerana dengan jasa diorang inilah kerajaan dapat membuat program BR1M ini.

banner-cukai-Malaysia-Malaya-Journal

Kepada yang belum mendaftar, anda boleh click sini untuk mendaftar. Permohonan masih dibuka sehingga 25 Januari 2018 bersamaan hari Khamis. Masukkan sahaja nombor kad pengenalan anda selepas tekan link di atas dan isi semua maklumat yang diperlukan. Cepat sebelum terlambat.

 

Permohonan Baru BR1M.

  1. Mereka yang belum pernah memohon.
  2. Pasangan kepada penerima BR1M 2017 ysng telah meninggal dunia/bercerai.
  3. Pemohon yang gagal/tidak layak dalam permohonan BR1M sebelum ini.

 

Kemaskini Maklumat BR1M.

  1. Sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun permohonan.
  2. Terdapat perubahan maklumat peribadi seperti kematian pasangan/tanggungan.
  3. Perubahan status perkahwinan, perubahan alamat, nombor telefon dan perubahan waris.

 

Maklumat Penting yang perlu dikemaskini.

  • Status perkahwinan: Kahwin, cerai atau kematian pasangan.
  • Alamat surat-meyurat terini dan e-Mel.
  • Nombor telefon bimbit dna rumah.
  • Maklumat akaun bank (persendirian sahaja).
  • Maklumat pasangan dan tanggungan: Pastikan tepat dan jelas sama ada nombor pengenalan seperti myKad,myKiD, passport atau pun sijil lahir.
  • Maklumat waris terkini: Waris asal yang telah dinamakan meninggal dunia atau bagi membolehkan waris menuntut SKK dan baki BR1M.

 

Dokumen Sokongan Penting BR1M.

1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Bagi pemohon dan pasangan yang yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), anda perlu kemukakan salinan:

  • Penyata Pendapatan Berniaga tahunan 2017, atau
  • Penayata akaun bank perniagaan/persendirian(Akaun Semasa/Simpanan) bagi tiga bulan terkini tahun 2017,
  • Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

2. Kewarganegaraan

MyPR/ MyKAS/ Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara atau dokumen perjalanan  seperti passport dan Visa bagi psangan/ tanggungan bukan warganegara Malaysia.

3. Kematian/ Penceraian.

Salinan sijil penceraian/ kematian pasangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri atau Jabatan Pendaftaran Negara bagi pemohon berstatus Ibubapa tunggal/ Balu/ Janda/ Duda.

 

Sebab-Sebab Permohonan BR1M Anda gagal.

  1. Maklumat tanggungan yang tidak tepat dan lengkap.
  2. Tiada maklumat pasangan bagi pemohon berstatus kahwin.
  3. Memohon lebih dari satu kali iaitu suami dan isteri membuat permohonan berasingan.
  4. Tidak menyertakan dokumen peribadi pengesahan status penceraian atau kematian pasangan.
  5. Pelajar yang menerima kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia bagi sesi 2017/2018.
  6. Tidak melaporkan pendapatan bagi yang bekerja sendiri dna yang makan gaji.
  7. Pemohon berada di luar negara.
  8. Penerima BR1M yang masih tidak mengemaskini sejak 2015.
  9. Maklumat peribadi tidak tepat seperti nama dan nombor kad pengenalan.

Sebab-sebab-gagal-permohonan-Malaya-Journal

Amacam semua? Ada terkena tak? Kalau ada, jangan salahkan Macet pulak kalau tak dapat BR1M. Macet dah inform awal-awal dah.

Proses Verifikasi BR1m 2018.

Setiap permohonan akan disemak/ditapis bagi penentuan kelayakan dengan agensi-agensi di bawah:

  1. Jabatan Pendaftaran Negara.
  2. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
  3. Jabatan Akauntan Negeri Malaysia (termasuk PDRM).
  4. Angkatan Tentera Malaysia.
  5. KWSP.
  6. Kumpulan Wang Persaraan.
  7. Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
  8. JPJ.
  9. Jabatan Agama Islam Negeri.
  10. Kementerian Pendidikan Tinggi.
  11. Kementerian Pendidikan Malaysia.
  12. Kementerian Luar Negeri.

Amek kau. 12 jabatan kena check dulu baru lepas dapat BR1M. Fuhh.

 

Jadual Pembayaran BR1M 2018.

Terdapat 3 kategori iaitu:

Kategori 1 :  Individu berpendapatan bulanan RM2000 dan ke bawah. Mereka akan merima Wang Tunai sebanyak RM450 akan diberikan bermula FEB 2018.

Kategori 2 : Isi rumah berpendapatan bulanan Rm3001- RM4000. Wang Tunai sebanyak RM900 akan diberikan jika layak secara beransur-ansur pada FEB (RM300), JUN (RM300) dan OGOS (RM300).

Kategori 3: Isi rumah berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah. Wang Tunai sebanyak RM1200 akan diberikan jika layak secara beransur-ansur pada FEB (RM400), JUN (RM400) dan OGOS (RM400).

jadual-pembayaran-br1m-2018-Malaya-Journal

P.S. Jika ada sebarang perubahan jadual pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Buat masa ini tidak ada lagi. Lebih-lebih undi pun nak dekat, Admin rasanya tak berani diorang nak bagi lambat-lambat ni.

 

Pemakluman Keputusan Permohonan.

Kalau nak tahu permohonan anda lulus atau gagal, sila sambung membaca di bawah:

  1. Surat Makluman Keputusan permohonan BR1M akan dicetak dan diposkan mengikut alamat seperti di dalam Borang Permohonan. Tapi surat ini tak payah tunggu pun. Selalu dapat lepas dah dapat duit.
  2. Atau semak secara online je senang di https://ebr1m.hasil.gov.my/
  3. Anda akan dapat e-Mel yang didaftarkan di dalam Borang Permohonan. Yang ini pun ignore je. Tak dapat pun.
  4. Semakan secara Aplikasi Mobile BR1M pun boleh. Tapi kena download dulu di Play Store atau Apps Store. Lambang apps tu macam kat bawah ni:
Aplikasi-Mobile-BR1M-Malaya-Journal
Logo Apps BR1M

Maklumat Penting tentang BR1M.

1. Borang Permohonan BR1M adalah Percuma.

2. Jika masih tidak berpuas hati dan hendak bertanya apa-apa soalan, sila hubungi:

  • Hotline BR1M LHDNM : 1-800-88-2716 (9 pagi sehingga 5 petang).
  • Hotline BR1M MOF: 03-8882 4565/4566.
  • Melalui e-Mel: br1m@treasury.gov.my

Namun, jika anda cuba contact diorang dan tidak ada sebarang jawapan, jangan marah-marah pula ye. Perkara ini sepatutnya sudah menjadi kebiasaan. Ramai orang nak tanya diorang juga. Tapi kalau nak tanya abang Macet, boleh komen di bawah.

Wallahua`lam.

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.