Siapakah dia Mukmin Yang Sejati?

Cara-Untuk-Menjadi-Mukmin-Yang-Sejati-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda SAW serta para sahabat Baginda selepasnya.

Seorang mukmin yang sejati merupakan antara tingkatan iman bagi seseorang itu. Tetapi apakah caranya untuk menjadi mukmin yang sejati? Bolehkah orang Muslim yang biasa seperti penulis dan anda semua contohnya,  menjadi seorang mukmin yang sejati? Jawapannya sudah tentu boleh. Tidak ada yang mustahil dengan izin Allah.

Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah SWT adalah orang yang paling bertakwa. Bukannya yang paling kaya atau yang paling tinggi pangkatnya. Jadi, jom kita teruskan perbahasan kita tentang syarat-syarat untuk menjadi mukmin yang sejati.



Firman Allah:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

(Al-Hujuraat 49:15)

Berdasarkan ayat di atas, syarat yang pertama adalah kita harus percaya dan yakin kepada Allah dan Rasululah SAW dengan sepenuh hati tanpa ada rasa-ragu. Syarat kedua pula adalah perlu dibuktikan dengan amalan akan keimanan kita itu. Bukan hanya cakap atau tulisan sahaja. Seperti yang penulis dengar, kebanyakan orang Islam sekarang hanya Islam atas IC sahaja.

Di antara cara yang terbaik untuk membuktikan keimanan kita itu sudah tentu dengan berjuang pada jalan Allah dengan harta dan jiwa yang diberikan Allah SWT. Sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW sendiri dan para sahabat. Disebabkan perjangan merekalah Islam telah sampai ke Tanah Melayu. Alhamdulillah.

Antara contoh yang lain pula, sahabat-sahabat Nabi SAW yang baru memeluk Islam dengan serta merta menghancurkan segala jenis berhala yang dimiliki di rumah mereka kerana faham bahawa tuhan mereka hanya satu iaitu Allah SWT. Malah, tidak cukup dengan itu, mereka berdakwah pula kepada kepada ahli keluarga mereka untuk turut memeluk Islam bersama. Jadi, tidak hairanlah mengapa Nabi Muhammad SAW mengatakan umat Islam yang terbaik adalah umat yang sezaman dengan Baginda SAW.

 

Firman Allah lagi:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga).

(Al-Anfal 8: 2-4)

Berdasarkan ayat di atas pula, Allah SWT mengatakan orang-orang yang benar imannya tu sepatutnya:

  1. Bergetar hatinya apabila disebut nama-Nya.
  2. Apabila dibaca ayat Allah, bertambah imannnya.
  3. Orang-orang yang mendirikan sembahyang lima waktu.
  4. Orang-orang yang mendermakan atau menginfakkan sebahagian hartanya kepada orang lain.

Jadi marilah kita muhasabah diri kita, adakah keempat-empat perkara di atas berlaku kepada kita semua. Penulis rasa standard kita hanya selalunya ada perkara nombor tiga sahaja. Itu pun masih berantakan.

Tapi start hari ini, jom kita berubah! Jom kita banyak-banyakkan sedekah dan infak. Jom kita train diri kita untuk membaca al-Quran  pada setiap hari serta belajar untuk memahami isi-isi al-Quran. Semoga dengan melakukan perkara-perkara ini, hati kita akan bergetar setiap kali nama-Nya disebut. Aaamin.



Sebenarnya terdapat banyak lagi ayat tentang mukmin sejati ini. Tetapi cukuplah sedakar ini dulu. Nanti bagi banyak-banyak tak terkejar nak beramal pulak kan. So, penulis nak korang semua train diri korang supaya dapat buat 4 perkara di bawah ini:

  1. Sedekah setiap hari.
  2. Baca Quran setiap hari.
  3. Solat berjemaah setiap hari di Masjid.
  4. Turut serta dalam kuliah maghrib di Masjid.

Peringatan ini kepada diri saya juga terutamanya. Semoga Allah  SWT sentiasa mudahkan hidup kita dalam melakukan ketaatan.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

10 Kesan Beriman Bertapak di Dalam Hati ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,...
Ciri Orang Baik Menurut Pandangan Islam ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan Tiada Nabi lagi selepasnya, Pembawa Rahmat Keselur...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.