Sifat-sifat Manusia yang Lalai Menurut Al-Quran Dan Hadith

Sifat-Sifat-Manusia-lalai-kepada-Allah-Malaya-Journal

Di mana kita berada pada saat ini? Adakah fokus pemikiran kita masih untuk taat kepada Allah? Atau adakah kita terleka dangan dunia ini sehingga menyebabkan kita lalai daripada mengingati Allah? Jika ya anda sudah terlalai untuk taat kepada Allah, sedarilah bahawa masih belum terlambat untuk kembali ke jalan Allah selagi mana nyawa belum berada di tengkuk kita. Ingatlah peristiwa Nabi Musa yang sentiasa mengingatkan kepada Firaun bahawa masih belum terlambat untuk bertaubat tetapi dia menolaknya. Yang menghairankan Firaun tiba-tiba mahu bertaubat ketika hampir mati ditelan laut merah. Jadi marilah mengambil iktibar daripada peristiwa Firaun ini kerana orang yang lalai akan dicampakkan ke neraka Jahanam.

Firman Allah:

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai

(Al-A’raf 7: 179)

 

Tetapi pada hari ini, saya mahu bincangkan sifat-sifat manusia yang lalai kepada Allah menurut Al-Quran dan Hadith bukanlah balasan terhadap orang-orang yang lalai. Mari kita kupas satu persatu di bawah.

1. Mereka bangga dengan pencapaian mereka, terlalu sibuk dengan kerja atau perniagaan.

Sehingga melalaikan banyak keutamaan lain seperti solat di awal waktu atau di masjid serta menuntut ilmu. Mereka hanya mementingkan dunia kerana kebanyakan manusia amat mementingkan kemewahan dan kemegahan dunia.

Buktinya Allah telah befirman di dalam surah di bawah:

 

Di dalam surah di atas, Allah berfirman bahawa sifat- sifat manusia yang lalai akan terleka dengan kemegahan dunia dan mereka masih tidak mengetahui akan surah ini walaupun Allah sudah menurunkan surah ini beratus-ratus tahun dahulu. Ini membuktikan mereka tidak faham akan Al-Quran dan tidak pernah cuba untuk mentadabbur Al-Quran seperti yang diterangkan di dalam surah Al-A’raf di atas.

2. Mereka berlumba-lumba mengumpulkan harta dan menghitung-hitungkannya.

Ini berlaku kerana mereka menyangka harta punca kebahagiaan dunia dan akhirat. Sila fokuskan pada maksud ayat 2 hingga 4 surah di bawah.

 

Surah ini pula untuk mengingatkan mereka yang terlalai kerana terlalu asyik mengejar harta dunia sehingga terlupa bekalan akhirat. Padahal kesemua harta itu tidak akan dipandang langsung pun oleh Allah. Nabi Muhammad pernah bersabda bahawa akan ada 3 perkara yang akan mengikuti kita ke kubur, 2 darinya akan pulang semula dan hanya satu daripadanya akan tinggal bersama-sama kita dan menemani kita. Dua itu adalah ahli keluarga dan harta manakala yang satu lagi adalah amalan kita. Persoalannya, jika amalan kita hanya sibuk mengejar dunia, adakah itu dapat membantu kita? Tidak sama sekali. Marilah kita istighfar sebentar.

3. Mereka hanya mahukan balasan dunia tetapi tidak di akhirat.

Firman Allah:

Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat tanaman(pahala) di akhirat, Kami tambahi pahala itu; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) tanaman (pahala) dunia semata-mata, Kami berikan kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan tiada akan bahagiannya di akhirat kelak.

(Asy-Syuraa 42:20)

4. Mereka sentiasa membincangkan hal-hal keduniaan walaupun di dalam masjid.

Perkara ini telah diingatkan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya sendiri :

“Akan tiba di akhir zaman di mana umat Islam datang ke masjid mereka membincangkan hal dunia. Jangan kau ikuti mereka Allah tidak memerlukan mereka.”

Sebagai renungan dan mehasabah diri, marilah kita kembali mencari Allah yang satu. Jangan takut kemiskinan atau kefakiran kerana rezeki anda sudah dijamin Allah. Dan ingatlah jika anda memperoleh segala isi dunia pun, ia masih tidak mampu untuk memberikan ketenangan dan kebahagiaan kepada anda sekiranya anda mempunyai sifat-sifat manusia yang lalai kepada Allah (seperti di atas). Kerana hanya Allah yang berkuasa melakukan demikian.  Sebagaimana Firman Allah:

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan (solat, Al-Quran, majlis ilmu dan ulama’) dan petunjukKu , maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit (sentiasa resah dan gelisah), dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”.

(Surah Ta-Ha 20: 124)

 

Comments

comments

Related Post

Orang-orang Yang Paling Rugi Di Dunia ﷽ Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana, Hari ini kita akan bincangkan siapakah dia orang-orang yang paling rugi itu? Iaitu orang-oran...
Dalil Tentang Manusia Yang Seperti Binatang Ternak... ﷽ Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana, Alhamdulillah selepas hadir ke kuliah magrib Dr Mohd Ali Saripan Al Hafiz, saya telah dapat b...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.