Sifat Sombong Membawa Anda Ke Neraka

Sifat-Sombong-Membawa-Anda-Ke-Neraka-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Sifat sombong merupakan sifat yang sangat tercela bagi seluruh hamba Allah. Hal ini kerana, Allah SWT berfirman dalam hadis Qudsi:

HADITS QUDSI KE: 19

( TENTANG LARANGAN SOMBONG DAN MERASA MULIA)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, beliau berkata bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: “Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kesombongan adalah seledang-Ku, dan keagungan adalah kain(sarung)-Ku. Barangsiapa bersaing (turut memiliki) dalam salah satu dari kedua hal tersebut, maka benar-benar akan Aku lemparkan dia ke neraka.‘ ”
( HR. Abu Dawud juga Ibnu Majah dan Imam Ahmad, dengan sanad yang shahih )

Berdasarkan hadis Qudsi di atas inilah, para ulama menegah amalan sombong, membesar diri, takbur dan ujub. Kerana ancamanNya amat jelas seperti yang diberitahu oleh hadis di atas. Tetapi, mengapa masih ramai orang-orang Islam yang masih mengamalkan sikap sombong dan ujub ini?



Padahal segala pemberiaan dunia itulah hanyalah bersifat sementara dan Allah SWT boleh tarik bila-bila masa sahaja. Di antara puncanya sudah tentulah kerana mereka tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk menghalang diri daripada berlaku demikian.

Ustaz Khalid Basalamah juga pernah berpesan kepada penulis, jika kita hendak bersemangat  melakukan amal soleh atau pun hendak meninggalkan maksiat, pelajarilah ilmu tentang kelebihan amal soleh atau pun ancaman maksiat tersebut.

Sebagai contoh, di dalam hadis di atas, balasan dan ancaman bagi orang yang sombong adalah neraka. Hal ini kerana sombong pada manusia tidak selaras dengan realiti kehidupan manusia. Buktinya, jika seseorang manusia berasa sombong kerana dia seorang yang sangat bijak dan kaya, pasti akan ada seseorang yang lebih bijak dan kaya daripada dia.

Tetapi, hal ini tidak berlaku pada Tuhan Sekelian Alam. Hal ini kerana, Allah SWT yang Maha Kaya dan Maha Bijaksana serta tidak ada sebarang makhluk pun yang boleh menandingi-Nya. Jadi, Allah SWT berhak untuk sombong dan sombong itu adalah milik-Nya sahaja sehingga diibaratkan seperti selendang-Nya.



Apa itu sombong?

Sombong itu mencela manusia kerana kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepadanya. Boleh jadi, dia menghina kawannya kerana miskin atau kurang pandai daripadanya.

 

Apa itu ujub?

Ujub adalah seseorng berasa dia lebih hebat daripada orang lain dalam lubuk hatinya. Contohnya, apabila dia sudah selesai mengambil PhD, dia berasa dialah paling bijak di kalangan rakan-rakannya di dalam hatinya.

 

Justeru, penulis ingin memberi peringatan kepada diri saya dan anda semua, supaya jangan sesekali bersikap sombong, ujub dan takbur kerana balasannya adalah neraka Allah SWT. Nauzubillah. Namun, kadang-kadang kita mudah terlupa dengan ancaman ini dan penulis syorkan supaya anda rujuk kembali artikel ini supaya dapat  melahirkan rasa takut dalam diri kita semua. Seseungguhnya, azab neraka Allah SWt itu sangatlah pedih. Juga, teruskanlah mempelajari al-Quran dan hadis-hadis Baginda SAW supaya kita sentiasa dipandu oleh Allah SWT dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Wallahua`lam.

 

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.