Soal Jawab Darah Haid Wanita

Soal-Jawab-Simple-Tentang-Masalah-Darah-Haid-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Bab darah haid ini sebenarnya sangatlah penting kerana terdapat banyak sekali masalah tentangnya yang berkaitan dengan masalah agama Islam di bawah kategori fiqih wanita. Disebabkan itu, para ulama’ telah membincangkan pelbagai masalah yang dihadapi oleh kaum wanita untuk membantu mereka semua.

Yang menjadi masalah adalah kebanyak wanita Islam tak kiralah sama ada muda atau tua kebanyakan malas untuk mempelajari ilmu fiqih wanita. Disebabkan itu, masih ramai yang mengagak-agak sahaja apa yang mereka perlu lakukan jika masalah fiqih wanita ini berlaku. Sebagai contoh, masalah darah haid dan isitihadah atau pun masalah darah nifas.

Padahal ia menjadi satu kewajipan bagi wanita untuk mempelajari fiqih wanita ini. Lebih-lebih jika dia sudah berumah tangga dan suatu  hari nanti dia mungkin akan mengahadapi masalah tersebut. Tetapi jika dia masih belum mempelajarinya juga walaupun sudah berkahwin, maka wajiblah si suami menghantar isterinya untuk ke kelas fiqih wanita atau si suami sendiri yang mempelajarinya lalu mengajarkan ilmu tersebut kepada isterinya. Kerana si suami akan menanggung dosa jika isterinya masih tidak tahu bagaimanakah cara untuk menyelesaikan masalah-masalah fiqih wanita ini.

 

Soal Jawab Masalah Darah Haid Wanita

1. Bolehkah bersolat, baca al-Quran atau berwuduk jika didatangi darah haid?

Soalan pertama ini saya sengaja letak soalan yang paling senang sekali dan saya rasa kesemua wanita sudah tahu jawapannya. Jawapannya adalah sudah tentu tidak boleh.  Dalilnya adalah seperti di bawah:

Daripada Aisyah R.a, Nabi SAW bersabda: “Apabila hadi datang maka tinggalkan solat.  Apabila tempohnya sudah berakhir, maka basuh darah itu daripadamu dan kerjakan solat.”

(Sahih al-Bukhari, no. 306)



2. Perlu tak ganti solat dan puasa kalau meninggalkannya disebabkan haid?

Jawapannya adalah solat tak payah ganti manakala puasa wajib anda semua menggantikannya sebanyak mana hari yang anda tinggalkannya. Dalilnya seperti di bawah:

Daripada Aisyah R.a, katanya, “Kami (kaum perempuan) memang didatangi hal itu – maksudnya haid. Lalu, kami diperintahkan untuk menganti puasa dan tidak diperintahkan menggantikan puasa.

(Sahih al- Bukhari no. 321 )

Sebagai tambahan kepada bab tidak boleh solat ketika haid ini, Ustaz Fauwaz memberitahu saya bahawa para ulama’ menyeru wanita-wanita yang didatangi darah haid supaya memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT.  Sebagai contoh, jika kebiasaanya, anda solat fardhu lebih kurang lima minit, maka duduklah sebentar untuk berzikir selama lima minit pada kelima-lima waktu solat. Iaitu pada waktu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

Saya sangat sokong jika anda semua(para wanita yang sedang didatangi darah haid) untuk melakukan ibadah berzikir di atas untuk menggantikan solat fardhu yang haram untuk dilakukan. Awal-awal mungkin rasa lama bezikir selama limit minit tetapi jika dah terbiasa takde masalah pun nanti. Tapi, masalahnya nak zikir apa ye untuk isi masa 5 limit tu?  Jangan risau, boleh tengok video kat bawah. Ustaz Abu Bakar Jafri akan terangkan kepada anda semua nak zikir apa.

 

3. Bolehkah bertawaf di Baitullah ketika Haid?

Sekali lagi jawapnnya tidak boleh juga kerana Nabi SAW pernah menegah Saidatina Aisyah R.a untuk tidak bertawah di Baitullah. Dalilnya adalah seperti di bawah:

Daripada Aisyah R.a, ketika beliau didatangi hadi dalam keadaan berihram, Baginda SAW bersabda kepadanya, “Lakukan seperti yang dibuat oleh orang yang berhaji, melainkan kamu tidak boleh bertawaf di Baitullah sehinggalah kamu bersuci (daripada haid).

(Sahih al-Bukhari no. 305)

So,  ingatlah hadis sahih di atas terutama kepada kaum wanita yang nak  buat Umrah atau Haji nanti. Kalau tiba-tiba didatangi darah haid, janganlah pergi tawaf pusing Baitullah pulak. Perbuatan ini ditegah oleh Rasulullah SAW serta siap dapat dosa lagi kalau buat.

Bersabarlah dan tunggu habis kitaran haid barulah boleh buat tawaf kecuali kalau nak balik Malaysia dah tapi kitaran darah haid tak habis lagi. Sekiranya berlaku sedemikian, dibolehlah buat tawaf darurat menurut Ustaz Fauwaz.



4. Perlukah wanita menunaikah Solat Fardhu ketika didatangi istihadah?

Jawapannya, Ya. Wanita yang didatangi istihadah perlu menunaikan solat seperti biasa kerana istihadah hanyalah pendarahan bukannya haid. Tetapi anda perlu membersihkan diri daripada darah istihadah itu dulu. Sebagaimana diterangkan oleh Nabi SAW dalam hadis sahih di bawah:

Daripada Aisyah R.a , Fatimah binti Abu Hubaisy bertanya kepada Rasulullah SAW dengan berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku selalu didatangi istihadah dan keadaanku tidak pernah suci. Adakah aku perlu meninggalkan solat?” Baginda bersabda, “Sesungguhnya ia hanyalah pendarahan dan bukannya haid. Apabila haid datang, tinggalkanlah solat. Apabila ia sudah habis, basuhlah kesa darah padamu dan kerjakan solat.”

(Sahih al-Bukhari no. 306)

Jadi berdasarkan hadis sahih di atas, wanita yang didatangi istihadah wajib solat fardhu dan di sini juga timbullah permasalahan baru. Iaitu adakah boleh bersetubuh bersama si suami ketika didatangi istihadah? Jawapannya boleh kerana kalau solat fardhu pun boleh dilakukan maka mestilah bersetubuh lagi sepatutnya dibolehkan. Sebab sesungguhnya solat ni sangatlah perlu kepada kesucian pada diri melebihi proses persetubuhan berlipat kali ganda.

 

5. Bolehkah wanita yang didatangi haid masuk ke Masjid?

Jawapannya sudah tentu tidak boleh dan saya rasa anda semua pun tahu. Dalilnya adalah seperti di bawah:

Daripada Aisyah R.a ,” Rasulullah SAW berkata kepadaku, ‘Ambilkan kain sujud (sejadah kecil) di masjid untukku.’ Aku pun berkata, ‘Aku sedang haid.’ Baginda bersabda, ‘Sesungguhnya darah haid bukan terletak di tangan.”

(Muslim no. 298)

Tetapi yang menjadi masalah adalah ketika akad nikah di zaman sekarang ini. Kerana ada sesetangah wanita yang sedang haid bertandang ke Masjid ketika majlis akad nikah dijalankan di Masjid. Perkara ini adalah berdosa dan sangat ditegah syarak.

Kebanyakannya memberi alasan kadang-kadang je atau sekejap je pun. Inilah masalahnya apabila wanita tidak memahami agama dengan betul. Semua nak ikut hawa nafsu hingga melanggar hukum agama. Apa salahnya kalau tunggu kat luar kejap je, cakap jela “cuti” kat kawan atau bakal suamu tu. Dia mestilah faham. Takkanlah dia nak marah sebab anda ikut perintah Allah SWT.

Tapi, kalau nak masuk juga masjid, buatlah kat rumah majlis akad nikah tersebut. Hias rumah lawa-lawa dan panggil Tok Kadhi datang rumah untuk memudahkan proses diijab kabulkan. Setel masalah.



Kesimpulannya.

Masalah fiqih wanita ini perlu anda semua dalami lagi.  Soal jawab tentang darah haid di atas ini hanyalah “tip of the iceberg” sahaja daripada ilmu tentang  masalah fiqih wanita ini. Justeru, marilah bersama-sama menuntu ilmu selagi roh masih dikandung badan.  Tetapi kalau anda tanya buku apa yang bagus untuk dibaca tentang bab darah haid dan fiqih wanita ini. Sudah tentulah saya akan syorkan anda semua untuk membaca buku Fiqh Wanita yang telah ditulis oleh Ustaz Fauwaz Fadzil Noor.

Tetapi jika anda lebih suka belajar fiqih wanita dengar mendengar kuiah-kuliah. Carilah ustaz atau ustazah yang sesuai dengan anda. Dan kalau tak tahu, pengajar mana yang sesuai, saya cadangkan anda mendengar kuliah fiqih wanita di bawah ini.

 

Wallahua`lam.

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.