Soal Jawab Zakat Fitrah Di Bulan Ramadhan

Jangan-Lupa-Tunaikan-Zakat-Fitrah-Anda-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya

Memandangkan bulan Ramadhan sedang berlalu, penulis berasa terpanggil untuk share soal jawab tentang zakat fitrah ini. Sebab kadang-kadang ramai yang terlupa nak bayar, tak tahu nak bayar kat mana sebab first time dan macam-macam lagi. Jadi, penulisan kali ini adalah fokus untuk menjawab tentang zakat fitrah.

Sebelum mula soal jawab zakat fitrah, jom kena dengar apa kata Mufti Wilayah tentang maksud zakat fitrah:

 

Soal Jawab Zakat Fitrah.

Zakat Fitrah nak bayar di mana?

Soalan ini senang je sebenarnya, tapi disebabkan masih ramai yang pertama kali nak bayar dan tak tahu nak bayar, jom penulis nak explain.

Zakat fitrah boleh dibayar di masjid berdekatan rumah anda. Sekurang-kurangnya tiga orang  akan ditugaskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri  untuk menerima zakat fitrah anda. Kebiasaannya, di bulan Ramadhan akan ada meja kecil untuk dijadikan tempat membayar zakat fitrah. Apa yang anda perlu buat hanyalah, datang ke meja di masjid berdekatan anda pada masa yang ditetapkan. Selalunya mereka akan buka kaunter selepas solat fardhu.

 

Bila boleh start bayar zakat fitrah?

Waktu paling afdhal adalah masuk waktu maghrib akhir Ramadhan (malam raya) sehingga sebelum solat sunat hari raya AidilFitri. Tetapi, anda digalakkan bayar zakat tersebut sebaik sahaja masuk 1  Ramdhan supaya anda dapat membantu asnaf yang memerlukan secepat mungkin dan untuk mengelakkan anda daripada terlupa membayarnya.

 

Waktu paling afdhal bayar zakat fitrah?

Memang betul paling afdhal bayar zakat fitrah di malam raya hingga sebelum solat hari raya puasa. Tetapi orang fakir miskin sekarang semakin ramai dan dengan zakat yang dibayar awal itu, anda akan dapat membantu mereka sejak awal Ramadhan lagi. Jadi, penulis syorkan bayarlah zakat fitrah secepat mungkin.

 

Siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan zakat fitrah?

Cukup syaratnya:

Jika cukup syarat di atas, maka dia kena keluarkan zakat untuk dirinya sendiri. Dan sekiranya dia ada tanggungan di bawahnya, maka dia wajib membayar zakat fitrah bagi orang yang wajib ke atasnya tanggungannya itu disebabkan perkahwinan.

Contohnya, orang yang di bawah tanggungan si suami adalah:

  • Isterinya,
  • Anak-anaknya walaupun dia sudah besar tetapi kurang sihat seperti mempunyai penyakit dan kurang akal. Tetapi jika anak-anak sudah bekerja dan masih tinggal di rumah ibubapa. Bapa tidak perlu membayar zakat fitrah bagi anaknya yang sudah bekerja itu. Namun, jika bapa masih nak bayar zakat juga untuk anaknya yang sudah besar dan bekerja, bapa perlu meminta izin untuk membayar zakat bagi pihak mereka. Kalau tak mintak izin, tidak sah bayaran zakat itu.
  • Keluarga terdekat di bawah tanggungannya. Sebagai contoh, Ibubapa yang tidak ada kemampuan. Jika, ibubapa di bawah tanggungan kita, maka kita kena bayar zakat untuk mereka juga.

 

Apa hukum terlupa bayar zakat fitrah di bulan ramadhan?

Jawapannya adalah anda wajib bayar zakat fitrah ketika anda kembali ingat yang anda terlupa membayarnya. Contoh, jika anda teringat dua bulan lepas habis bulan Ramadhan, maka anda wajib bayar zakat pada hari itu juga. Jika anda menunggu bulan Ramadhan akan datang, nescaya anda akan menanggung dosa sehingga anda bayar zakat tersebut.

 

Nak bayar kat mana jika terlupa bayar zakat fitrah di bulan Ramadhan?

Anda boleh bayar kepada orang-orang yang berhak menerima zakat. Contohnya seperti orang-orang fakir miskin, anak yatim dan lain-lain. Sambil bayar itu, niatkan bayar zakat fitrah yang terlupa pada bulan Ramadhan yang lepas itu.

 

Wajib ke salam semasa membayar zakat fitrah?

Jawapan tidak wajib. Maksudnya jika terlupa untuk salam dengan amir semasa bayar zakat , anda tidak perlu untuk mengulangi semula pembayaran zakat tersebut kerana bersalaman bukanlah rukun ketika membayar zakat . Itu hanyalah adat yang diraikan olegh orang muslim di Malaysia.

 

Kesimpulannya.

Bayarlah Zakat Fitrah anda secepat mungkin di bulan Ramadhan yang mulia ini. Selamat Beramal semua dan jangan lupa bayar zakat untuk orang yang di bawah tanggungan anda sekali.

 

Rujukan.

1. AAM 1436H; Hukum Zakat Untuk Ibu Bapa, Anak Yang Dah Besar, Kaum Keluarga & Kawan Kawan.

2. Ustaz Azhar Idrus – Lupa Bayar Zakat _Part_001

3. Ust Azhar Idrus – Zakat .

 

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.