Solat Sunat Dhuha

Solat-Dhuha-Jangan-Ditinggalkan-Malaya-Journal

Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,
Hari ini saya akan jelaskan tatacara solat sunat dhuha secara “simple” supaya anda mudah untuk memahaminya. Ganjaran melakukannya juga sangat banyak dan hebat serta ramai orang-orang muslim yang suka untuk melakukannya. Tetapi ilmu tanpa amal adalah dilarang. Jadi mari kita masuk terus kepada penarangan tatacara solat sunat dhuha ini.

Apa Tujuan Solat Sunat Dhuha?

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala keberkatan dan nikmat hidup yang diberikan-Nya. Ia juga sebagai tanda kita kembali dan cinta kepada Allah SWT.
Ibarat cinta seorang kekasih akan kekasihnya. Sebagai contoh, jika anda mempunyai kekasih sudah tentu anda akan memberi hadiah atau membuat sesuatu yang mereka sukai tanpa disuruh bukan? Sama juga seperti cinta kita kepada Allah. Walaupun Allah tidak mewajibkan kita untuk melakukan solat sunat dhuha. Tetapi lakukanlah juga sebagai tanda cinta kita kepada-Nya dengan dibuktikan dengan amal perbuatan kita. Bukan hanya dengan ungkapan semata-mata.

Berapakah Jumlah rakaat Solat Sunat Dhuha?

Kita diberi pilihan untuk melakukan solat sunat dhuha sebanyak 2,4,6,8 atau 12 rakaat. Namun, kita digalakkan supaya melakukan solat dhuha 4 rakaat dengan 2 salam.

Dalilnya adalah seperti di bawah:

Daripada Mu’azah bahawasanya beliau bertanya Aisyah r.a. “Berapa (rakaatkah) Rasulullah S.A.W. solat Dhuha? Jawab Aisyah: “Empat rakaat, dan Baginda menambah mengikut apa yang Baginda suka.”

(Riwayat Muslim)

Bilakah Waktu Solat Sunat dhuha?

Solat sunat Dhuha bermula boleh dilakukan pada waktu matahari naik setinggi galah. Sekiranya cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Waktu solat dhuha bermula pada 28 minit selepas Syuruk sehingga hampir tergrlincir matahari (15 minit sebelum zohor). Sebagai contohsekiranya waktu Syuruk 7.15 pagi dan ditambah 28 minit, waktu solat Dhuha bermula jam 7.43 pagi. Waktu afdhal (terbaik) melakukan solat dhuha ialah kira-kira suku pertama siang.

 

Cara Melakukan Solat  Sunat Dhuha

1. Lafaz niat

niat-solat-sunat-dhuha

 

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

2. Bacaan Surah Lazim.

Bacaan surah yang baik selepas surah al-Fatihah adalah:

  1. Ayat al-Kursi 10 kali dan al-Ikhlas 10 kali atau;
  2. As-Syams dan adh-Dhuha, atau;
  3. Al-Lail dan al-Insyirah.

Jika anda tidak hafal surah-surah di atas, anda boleh membaca apa sahaja surah yang anda hafal. Surah lazim di atas bukanlah satu kewajipan. Cuma digalakkan baca oleh para alim ulama’ sahaja.

 

3. Doa selepas Solat Sunat Tahajud

Dan selepas selesai solat sunat dhuha, anda digalakkan membaca doa di bawah. Tetapi jika anda ingin berdoa dengan doa anda yang tersendiri pun boleh. Doa di bawah bukanlah wajib.

doa-solat-dhuha-selepas-selesai-sembahyang-Malaya-Journal

 

Maksudnya:

“Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu adalah dhuha-Mu dan keagungan itu adalah keagungan-Mu, dan kecantikan itu adalah kecantikan-Mu, kekuatan itu adalah kekuatan-Mu, kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku berada di atas langit maka turunkannya dan jika berada di dalam perut bumi maka keluarkannya dan jika sukar make permudahkannya dan jika haram maka sucikannya dan jika masih jauh perdekatkannya, dengan berkat waktu Dhuha-Mu, keagungan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu. Limpahkanlah kepada kami segalas yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba mu yang solah.”

 

Apa kelebihan solat Sunat  Sunat Dhuha?

Antara kelebihan solat sunat dhuha adalah seperti yang diterangkan seperti hadith-hadith di bawah:

1. Allah akan cukupkan pada akhirnya.

Daripada Abu ad-Darda’ atau Abu Zar daripada Rasulullah S.A.W., daripada Allah S.W.T. bahawasanya Dia berfirman: “Wahai anak Adam rukuklah kerana-Ku pada awal siang empat rakaat, maka Aku cukupkan engkau pada akhirnya.
(Riwayat Tarmizi)

2. Mendapat pahala mati syahid.

Ibnu Umar mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
Sesiapa yang solat Dhuha, puasa tiga hari daripada setiap bulan, dan tidak meninggalkan solat Witir, sama ada pada masa dia berada di tempatnya atau dia bermusafir maka ditulis baginya pahala mati syahid.
(Riwayat ath-Thabrani)

3. Dibina rumah di dalam syurga.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
Sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha empat rakaat dan sebelum zohor empat rakaat akan dibina untuknya sebuah rumah di dalan syurga.
(Riwayat al-Baihaqi)

4. Dosanya diampunkan walaupun sebanyak buih dilautan.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Sesiapa yang melakukan solat dhuha dengan istiqamah, nescaya akan diampuni dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak dosa dilautan.”

5.  Pengganti amalan yang banyak.

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”
   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

Kesimpulannya.

Alhamdulillah, selesai sudah penjelasan tentang solat sunat dhuha ini. Semoga anda dan saya sentiasa diberi kekuatan untuk melakukan solat dhuha ini. Sebagai tanda syukur kepada Allah Ta’ala juga, marilah kita sama-sama menghidupkan amalan solat sunat ini. Dan, jika anda masih tidak memahami akan perkara di atas, jangan malu, jangan segan, anda boleh comment di bawah untuk bertanya apa-apa soalan yang berkaitan.

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.