Solat Sunat Tasbih

solat-sunat-tasbih-Malaya-Journal

Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,

Berjumpa lagi kita pada hari ini. Dan kali ini saya ingin berkongsi amalan solat sunat tasbih yang sangat baik dilakukan oleh seorang mukmin. Malah, perkongsian tentang solat sunat tasbih ini akan diterangkan semudah mungkin supaya mudah diamalkan. Kerana saya mahu fokuskan kepada amal ibadat bukannya bahan bacaan semata-mata.

Apa itu Solat Sunat Tasbih?

Solat Sunat Tasbih adalah solat sunat yang diucapkan tasbih sebanyak 300 kali dalam empat rakaat solat. Dan solat sunat tasbih juga boleh dilakukan pada waktu siang atau pun malam. Senang cerita, anda boleh lakukannya pada bila-bila masa jika berkelapangan.

 

Kelebihan melakukan solat sunat Tasbih?

Dua kelebihan utama melakukan solat sunat tasbih yang sangat digalakkan ini adalah untuk:
  • Mencari keredhaan Allah S.W.T. dan
  • Supaya dosa-dosa mereka diampunkan walaupun sebanyak pasir di padang pasir.

 

Dalil Tentang Solat Sunat Tasbih.

Solat sunat tasbih tidak disebutkan di dalam al-Quran tetapi disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. sendiri. Di bawah adalah hadith berikut:
Daripada Ibnu ‘Abbas r.a.; “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib;
‘Wahai al-‘Abbas, bapa saudaraku! Sukakah kamu , jika aku memberikan hadiah kepadamu ‘sepuluh kelebihan’ jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan; iaitulah kamu menunaikan solat empat rakaat di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan satu surah (yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-Fatihah dan surah itu) engkau bacalah ketika sedang berdiri itu; “سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر” (Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar) sebanyak 15 kali. Kemudian kamu rukuk dan semasa rukuk itu kamu membaca sebagaimana bacaan tersebut sebanyak 10 kali. Kemudian kamu angkat kepalamu dari rukuk dan membaca 10 kali juga (ketika sedang berdiri I’tidal itu). Kemudian kamu sujud dan membaca semasa sujud sebanyak 10 kali. Kemudian kamu bangun dari sujud dan membaca 10 kali lagi. Kemudian kamu sujud semula dan membaca 10 kali juga. Kemudian engkau angkat kepalamu dari sujud dan membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat berikutnya. Demikianlah 75 kali pada setiap rakaat. Hendaklah kamu lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlah sekali seumur hidup.”
(HR Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

 

Cara melakukan Solat Sunat Tasbih.

Sembahyang sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam sekiranya solat itu didirikan pada siang hari. Manakala jika didirikan pada waktu malam, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam (2 rakaat, 1 salam dan 2 rakaat, 1 salam).

 

1. Lafaz niat Solat Sunat Tasbih.

Jika anda melakukan solat sunat tasbih secara empat rakaat, lafaz niatnya adalah:

lafaz-niat-solat-sunat-tasbih-4-rakaat-Malaya-Journal

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat Tasbih empat rakaat kerana Allah Ta’ala.

Dan jika anda melakukan solat sunat tasbih secara dua rakaat, lafaz niat seperti di bawah:

lafaz-niat-solat-sunat-tasbih-2-rakaat-Malaya-Journal

 

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tasbih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

 

2. Lafaz Tasbih yang dibaca dan bilangan tasbih di dalam solat sunat tasbih:

lafaz-tasbih-solat-sunat-tasbih-Malaya-journal

Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar; Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung

 

Peringatan juga kepada para pembaca supaya pastikan anda mempunyai masa lebih kurang 15 minit semasa ingin melakukan sembahyang sunat tasbih ini. Hal ini kerana walaupun solat sunat ini hanya 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama  kerana ia diselangi bacaan tasbih di atas. Setiap rakaat jumlah tasbihnya  75 kali, maka  jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih  X 4  rakaat = 300 kali.

Namun, jika anda masih baru berjinak-jinak dengan solat sunat tasbih ini dan sekiranya berasa berat, bacalah tasbih “Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar” sahaja. Setelah sudah terbiasa dengan solat sunat ini barulah anda upgrade kepada tasbih yang pertama di atas.

 

 3. Posisi membaca tasbih ketika solat sunat tasbih.

  Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:

      1. Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
      2. Rukuk – 10 kali tasbih
      3. Iktidal – 10 kali tasbih
      4. Sujud pertama – 10 kali tasbih
      5. Duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih
      6. Sujud kedua – 10 kali tasbih
      7. Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, – 10 kali tasbih.

Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah sebanyak 75 kali tasbih. Lakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7 di atas sampai habis kesemua 4 rakaat, jadi jumlah kesemuanya menjadi sebanyak 300 kali tasbih. Sekiranya terlupa membaca tasbih di salah satu tempat, bolehlah digantikan di tempat berikutnya.

Dan kebanyakannya mengikut pengalaman saya sendiri (ketika melakukan solat sunat ini), kebanyakannya saya sering terlupa semasa:

  • Duduk sebentar pada rakaat pertama dan ketiga (jika anda melakukan dengan 4 rakaat 1 salam.)
  • Sebelum memberi salam.

 

Doa selepas Solat Sunat Tasbih.

Dan selepas selesai solat sunat tasbih, anda digalakkan membaca doa di bawah. Tetapi jika anda ingin berdoa dengan doa anda yang tersendiri pun boleh. Doa di bawah bukanlah wajib.

Tambahan pula, doa di bawah ini disebut dalam Kitab Sbilul Muttaqin sebagai Doa Menuntut Taufiq:

doa-selepas-solat-sunat-tasbih-Malaya-Journal

 

Maksudnya: Ya Allah, kami bermohon kepada-Mu agar diberi taufik sperti mana orang yang telah Engkau berikan petunjuk dan jadikanlah amalan ini seperti mana amalan ahli yakin. Dan jadikan kami daripada golongan yang menerima nasihat seperti mana ahli taubat. Dan jadikan keazaman kami seperti mana keazaman orang yang ahli sabar. Dan jadikan kegerunan (di dalam hati kami) seperti mana kegerunan orang yang ahli takut kepada Allah S.W.T. Dan jadikan permohonan kami sepertimana permohonan orang yang berkeinginan (kepada kebaikan). Dan jadikan ibadah kami seperti mana ibadah orang yang warak. Dan jadikan pengetahuan kami sebagai pengetahuan ahli ilmu sehingga kami termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Mu. Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, jadikan hati kami diliputi perasaan takut yang dapat menghalang kami daripada melakukan maksiat, sehingglah kami beramal dengan rasa ketaatan kepada-Mu sebgaimana amalan yang kami rasa perlu mendapatkan keredhaan-Mu dan sehingga kami rasa betul-betul ikhlas. Dan sehingga bertawakal kepada-Mu dalam setiap perkara dan sehingga kami menjadi orang yang berbaik sangka terhadap-Mu, Maha Suci Engkau Pencipta chanaya kebenaran.

P.S. Selamat beramal semua daripada kami, pihak Malaya Journal. Semoga amalan ini menjadi amalan anda dan saya insyaAllah.

 

 

Comments

comments

Related Post

15 Azab Memudahkan Solat ﷽ Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana, 15 pesanan azab seksa mempermudahkan solat fardhu di bawah telah dipetik di dalam kuliah yang...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.