Solat Sunat Taubat

Solat-Sunat-Taubat-Malaya-Journal

الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,

Solat Sunat Taubat adalah di antara solat sunat yang paling famous dilakukan oleh orang-orang yang beriman. Hal ini kerana, kita sebagai manusia yang lemah ini tidak pernah terlepas daripada melakukan dosa. Jadi, sebagai tanda meminta ampun kepada Allah Azza Wa Jalla, hamba-hambaNya yang sedar akan kesilapannya akan sentiasa melakukan solat sunat taubat ini. Disebabkan itu, saya menyeru anda semua dan peringatan kepada saya juga terutamanya agar marilah sama-sama kita mempelajari dan mengamalkan solat sunat taubat ini agar kita sentiasa berada dalam rahmat Allah S.W.T.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا فَيُحْسِنُ الطُّهُورَ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّهَ إِلاَّ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ‏ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الآيَةَ ‏‏ وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ ‏ إِلَى آخِرِ الآيَةِ

Maksudnya: Tidak ada seorang hamba yang melakukan satu dosa, lalu dia memperelokkan dalam bersuci dan dia kemudiannya bangun lalu mengerjakan solat dua rakaat dan memohon keampunan kepada Allah melainkan Allah akan mengampunkan dosanya. Kemudian Baginda membaca ayat ini:

‏ وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ

Maksudnya: Dan mereka yang apabila melakukan satu dosa atau menzalimi diri mereka kemudian mereka mengingati Allah. [Ali Imran: 135]

Riwayat Abu Dawud (1521)

Menurut Muhammad Fahmi Rusli, hadith di atas menerangkan bahawa tatacara yang lebih tepat untuk bertaubat adalah dengan mengambil wuduk dengan sempurna, kemudian menunaikan solat dua rakaat serta diakhiri dengan beristighfar kepada Allah S.W.T.

 

Apakah Kelebihan Solat Sunat Taubat?

  1. Dosa akan diampunkan.
  2. Dimudahkan urusan dunia dan akhirat.
  3. Doa atau hajat akan mudah untuk dimakbulkan. Kerana dosa merupakan penghalang bagi doa seseorang mukmin itu.

 

 

Bilakah Waktu Mengerjakan Solat Sunat Taubat?

Tidak ada masa yang ditetapkan. Yang bermakna, solat Sunat Taubat boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja pada waktu yang dibolehkan untuk solat.

 

 

Tatacara Mengerjakan Solat Sunat Taubat?

1. Mengambil wuduk dengan sempurna.

Hal ini kerana, berdasarkan maksud bersuci di atas, saya lebih cenderung ulama yang membahaskan bahawa bersuci itu bermaksud berwuduk dengan sempurna. Kerana seperti yang kita tahu, berwuduk adalah suatu perkara yang perlu dilakukan sebelum bersolat.

 

2. Lafaz Niat Solat Taubat.

niat-solat-sunat-taubat-Malaya-Journal

* Kalau nak baca niat dalam bahasa rumi sahaja pun boleh.

 

3. Bacaan surah selepas al-Fatihah, digalakkan membaca surah ini:

Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun

Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas

 

4. Beristighfar kepada Allah S.W.T

Akhir sekali, sesudah solat 2 rakaat, perbanyakkan beristighfar kepada Allah dan semoga Allah mengampunkan dan menerima taubat kita semua. Insya Allah.  Sebagaimana firman Allah:

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Maksudnya: Dan mereka itu apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka, maka mereka mengingati Allah lalu beristighfar ke atas dosa-dosa mereka. Dan siapakah yang mengampunkan dosa selain Allah. Serta mereka tidak berterusan terhadap apa yang telah mereka lakukan dalam keadaan mereka mengetahui.

(Surah Ali Imran 3: 135)

 

 

Solat Sunat taubat di awal malam atau di akhir malam?

Sekiranya anda mampu untuk melakukannya di akhir malam, maka lakukanlah. Kerana waktu itu lebih dekat kepada Allah Azza Wa Jalla. Jika tidak mampu, lakukanlah solat sunat taubat sebelum tidur kemudian diikuti dengan solat sunat witir tiga rakaat.

 

 

Kesimpulannya.

Sebagai tanda bertaubat dan kembali kepada Allah Ta’ala, marilah kita sama-sama mengerjakan solat sunat taubat ini kerana manfaatnya sangatlah besar. Peringatan ini adalah kepada anda semua dan saya juga supaya jangan malas melakukan solat sunat taubat dan memperbanyakkan beristigfar. Saya menyeru kepada anda semua juga supaya berhentilah memberi pelbagai alasan untuk tidak mengerjakan solat sunat taubat ini.

Saya syorkan jika anda tersedar akan dosa tersebut, lakukan terus solat sunat taubat tanpa menangguhkannya. Semoga dengan itu kita akan sentiasa mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah S.W.T. jika kita melakukannya. Insya Allah. Sebagaimana yang selalu di lakukan oleh Bilal Bin Rabah dalam hadith di bawah:

Dari Abu Hurairah r.a, beliau mengatakan, “Rasulullah S.A.W. bersabda kepada Bilal setelah menunaikan solat Subuh, ‘Wahai Bilal, beritahukanlah kepadaku tentang perbuatan-perbuatanmu yang paling engkau harapkan manfaatnya dalam Islam! Karena sesungguhnya tadi malam aku mendengar suara terompahmu di depanku di syurga.’

Bilal r.a. menjawab, ‘Tidak ada satu perbuatan pun yang pernah aku lakukan, yang lebih kuharapkan manfaatnya dalam Islam dibandingkan dengan (harapanku terhadap) perbuatanku yang sentiasa melakukan solat (sunat) yang mampu aku lakukan setiap selesai bersuci dengan sempurna di waktu siang ataupun malam.’

[HR Muslim]

Akhir kalam, semoga dengan penjelasan ini dapat membantu kita dalam melakukan solat sunat taubat dengan sebaik mungkin. Semoga Allah S.W.T menerima taubat kita dan membersihkan jiwa-jiwa kita daripada kegelapan dosa dan maksiat. Aamin.

Wallahu’alam.

Comments

comments

Related Post

Kempen Cepat Kaya Dunia Akhirat ﷽   “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”   ...
Doa Para Malaikat Kepada Orang Beriman ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Adakah Anda Sering Melakukan Dosa Besar ini? Alhamdulillah, kita berjumpa sekali lagi. Hari ini saya mulakan dengan video pendek dan padat dengan isi-isi penting tentang dosa besar yang sering...
Cara Efektif Meninggalkan Maksiat Menurut Al-Quran... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.