Sulami Diri Kita Dengan Sifat Ihsan

sulami-ibadah-kita-dengan-sifat-ihsan-Malaya-Journal

 

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Syeikh Zaini Haji Ahmad pernah berpesan kepada penulis, sebelum tidur di malam hari, fikir sejenak tentang makam apa yang kita mahu sampai? Tetapi, disebabkan penulis juga sering lupa nak lakukannya, penulis memilih untuk menulis artikel tentang hal ini supaya dengan menulis akan pesanan ini, penulis akan lebih berwaspada sebelum tidur.

Satu lagi, amalan sebelum tidur ini adalah suatu amalan muhasabah diri yang sangat berguna untuk menyedarkan manusia daripada terlalai dengan dunia yang fana ini. Persoalannya, makam apakah yang ada dalam Islam ini? Sebenarnya ada banyak makam tapi kali ini kita bincang makam ihsan sahaja.



Sebelum bermula makam bermaksud tahap yang bermakna jika kita ingin mengejar makam ihsan maka ia bermakna kita mahu sampai kepada tahap martabat ihsan. Spoiler alert, ia bukanlah suatu yang mudah kerana makam ihsan ini suatu tahap yang tidak menguntungkan sebarang hawa nafsu pun. Semua yang kita lakukan hanyalah kerana Allah SWT.

 

Dalil tentang Makam Ihsan.

Makam yang hari ini saya akan terangkan adalah tentang makam ihsan. Dalam hadis Nabi  SAW yang berbunyi:

قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ الإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ آَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ یَرَاكَ

Maksudnya: Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan. Baginda bersabda: Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

(Hadis riwayat al-lmam Muslim)

 

Kelebihan Makam Ihsan.

Akan mendapat kemanisan iman dalam beribadah. Hal ini kerana apabila setiap ibadah kita lakukan seolah-olah seperti dilihat Allah SWT, maka setiap iabdah kita akan menjadi lebih fokus. Admin sudah tentu belum sampai ke tahap ini tetapi mari kita berusaha bersama-sama untuk mencapainya. Jika para sahabat dapat melakukannya, magapa kita tidak boleh.



Hakikat Ihsan.

  1. Melakukan ibdaah semata-mata kerana Allah SWT.
  2. Melatih diri menjadi hambayang ikhlas. Sebagaimana Abdurrahman Bin Auf r.a. menjadi dermawan yang tidak memminta sebarang balasan daripada manusia. Contohnya, apabila sedekah train diri kita bayangkan Allah melihat kita bersedekah bukannya tengok orang.
  3. Menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

 

Cara mendapatkan makam ihsan.

  • Berjihad di jalan Allah SWT dengan bersungguh-sungguh. Sebagaimana firman Allah Ta’ala:

A069

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

(Al-Ankabuut 29:69)

Berdasarkan ayat di atas, guru penulis menjelaskan jika kita bersungguh-sungguh untuk belajar dan mendekatkan diri kepada Allah SWT, pasti Allah akan memandu dan memudahkan kerja kita. Ayat di atas adalah bukti yang paling kukuh kerana Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya.

Justeru, kita harus bersungguh-sungguh untuk melawan nafsu kerana itulah jihad paling besar untuk kita semua kerana nafsu menghalang kita daripada berbuat ketaatan kepada Allah. Sebagai contoh, pada permulaanya, paksa diri kita untuk solat malam, buat solat sunat rawatib dan solat berjemaah di masjid. Kerana jika tidak paksa diri kita, memanglah kita takkan dapat buat amalan-amaln sunat tersebut. Ustaz Khalid Basalamah selalu berpesan kepada penulis bahawa ibadah awal-awal memang kena paksa melalui video pendek beliau di YouTube.

Namun, ada juga sesetengah orang mengatakan, solat kalau tak ikhlas baik tak payah. Ini adalah salah sekali dan menunjukkan dia sangat jahil. Hal ini demikian kerana, macam mana nak kenal Allah kalau malas solat? Analogi dia macam ini, kalau seseorang pelajar nak dapat markah 100 dalam peperiksaan akhir tahun tapi tak nak buat latihan atau jawab soalan banyak-banyak. Rasa-rasa boleh dapat tak 100 markah? Jawapannya boleh tapi susahlah nak dapat 100.



Oleh itu, kita mesti yakin yang seolah-olah Allah SWT melihat kita dalam setiap amalan yang kita lakukan. Malaikat di kanan dan kiri akan sentiasa mencatit kebaikan dan keburukan kita.

  • Dekatkan diri kita dan pelihara hubungn kita dengan Allah SWT.

Iaitu dengan memperbanyakkan amalam-amalan sunat.

 

  • Muhasabah diri kita apa tujuan kita hidup di dunia ini.

Adakah untuk mencari rezeki atau pun beridbdaha keapda Allah. Sebagaimana firman Allah T’ala:

A056

Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

(Adz-zariyaat 51:56)

  • Sentiasa berbuat kebaikan.

Dan sebenarnya kebaikan itu untuk kamu juga dan jangan buat kejahatan. Jangan berpada-pada buat kebaikan. Firman Allah Ta’ala:

A007

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

(Al-Isra 17: 7)



Kesimpulannya.

Setiap perkara yang kita lakukan tidak pernah terlepas dariapda pengawasan Allah SWT. Allah Maha Mengetahui segala-galanya dan mari kita sama-sama menuju makam ihsan dengan mengikhlaskan segala ibadah kita kepada Allah. Insya Allah.

 

Wallahua`lam.

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.