Tabayyun Makmulat Sebelum Menyebarkannya

Konsep-Tabayyun-dan-Kaedahnya-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Disebabkan pilihan raya yang bakal berlaku pada 9 Mei 2018 ini, pihak kerajaan dan parti pembangkang sudah mula berperang mulut sana sini. Sama ada di kaca tv atau pun media sosial. Tetapi masalah yang lebih besar Admin hendak fokuskan adalah, adakah apa yang mereka kata ini semua benar?

Jika Ragu, Jangan Kongsi

Untuk menjawab persoalan ini, Admin mahu mengambil peluang untuk memperingatkan kita semua agar berhati-hati ketika menyebarkan maklumat. Lebih-lebih lagi maklumat di media sosial yang tidak tahu asal usul atau kebenarannya. Admin juga mneyeru kepada semua supaya sentiasa tabayyun dahulu apa-apa jenis maklumat di internet atau dari mulut orang. Selagi kita tidak tabayyun maklumat tersebut, jangan sesekali kita sebarkannya. Tidak kiralah sama ada berita itu daripada pihak kerjaan atau pihak pembangkang.



Apa itu tabayyun?

Tabayyun itu bermaksud mengetahui akan hakikat berita tersebut. Dengan erti kata lain, jika tak tahu benar atau tidak sesuatu berita itu bermakna anda masih lagi belum tabayyun akan maklumat tersebut. Jadi, caranya kita perlu selidik dahulu sesuatu berita dahulu. Dan jangan sesekali memandang rendah tabayyun maklumat ini kerana Allah SWT sendiri memeritahkan tentang hal ini di dalam al-Quran.

Firman Allah Ta’ala:

A006

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan”.

(An-Nisaa’ 4:83)



Keburukan tidak tabayyun maklumat di zaman moden ini.

Pertama sekali, Isu fitnah dan bohong akan menjadi tidak terkawal dana sangat berleluasa. Hal in kerana, orang ramai mudah sekali share segala maklumat atau menyatakan sesuatu yang tidak sesuai dengan kenyataan dan berlainan dengan hal sebenarnya.

Padahal konteks ajaran Islam, berbohong adalah termasuk akhlak yang tercela kerana memberi kerugian kepada orang lain bahkam mudarat yang sangat teruk. Oleh itu, tidak hairanlah perbuatan berbohong termasuk di dalam dosa-dosa besar.

Akibatnya, kemelut mudah sekali melanda ummah mutakhir ini kerana didapati terlampau banyak berita dan maklumat tidak benar tersebar sepantas kilat. Kecanggihan alat komunikasi dan wadah media sosial telah disalahgunakan sebagai alat untuk menabur fitnah atau spekulasi yang sengaja dibuat-buat bagi tujuan hiburan dan lawak jenaka. Malah ada yang mengecam dan membuat tuduhan melulu bermotifkan populariti supaya menjadi terkenal atau untuk menjatuhkan seseorang pemimpin.

Waspadalah sahabat-sahabt semua! Menyebarkan sesuatu yang tidak benar tanpa diselidiki tahap kesahihannya, jelas dilarang oleh Allah SWT. Lebih-lebih lagi jika berita tersebut membawa kepada kancah perpecahan, pergaduhan dan merosakkan hubungan.



Bagaimana kaedah tabayyun untuk menentukan sesuatu berita itu benar atau tidak?

Berdasarkan ayat di atas tadi, ia menunjukkan betapa pentingnya untuk kita memeriksa, menyelidik dan menyiasat terlebih dahulu kebenaran setiap berita yang diterima sebelum mengambil apa-apa tindakan. Usahlah kita terburu-buru dan hilang kesabaran sebagaimana sikapnya golongan yang munafik. Sebagaiman Firman Allah SWT di bawah:

A083

Maksudnya: “Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; dan kalau mereka kembalikan hal itu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihan-Nya kepada kamu, tentulah kamu menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja di antara kamu”.

(Al-Hujuraat 49:6)

Sebagai mukmin kita perlu berhati-hati dan berwaspada apabila menyampaikan sesuatu berita. Pastikan berita itu mempunyai nilai kebaikan dan manfaat kepada masyarakat. Jika tidak jangan disampaikan maklumat sehingga boleh menimbulkan ketegangan dalam soal agama, maruah dan hubungan kemasyarakatan.

Tindakan tabayyun membantu kita memproses maklumat yang benar dan lebih tepat serta tidak memudaratkan mana-mana pihak yang berkaitan. Suasana ini menjadikan kehidupan masyarakat dalam keadaan aman damai dan sentiasa bersangka baik antara satu sama lain malah menjadi intipati kemajuan dan kesejahteraan sesuatu ummah dan negara.



Kesimpulannya.

Sebagai pengajaran daripada khutbah hari ini, sama-samalah kita memberikan perhatian serius kepada perkara-perkara berikut:

  • Pertama: Pelaksanaan tabayyun merupakan ibadah yang dapat meningkatkan iman.
  • Kedua: Berhati-hati dan tidak terburu-buru apabila menyebarkan maklumat sehingga terbukti benar lagi sahih.
  • Ketiga: Jangan sekali-kali mereka-reka cerita, ataupun menyebarkan berita yang belum dipastikan kesahihanya.

Peringatan mengenai tabayyun ini adalah ditujukan kepada saya dan anda semua. Admin harap kita semua dapat sama-sama mengamalkan konsep ini bersama-sama. Contohnya, kalau terima berita daripada wassap akan sesuatu perkara yang anda tak tahu, jangan sesekali kita kongsi. Kalau kerja kosong, nak kongsi, itu takpe.

Wallahua`lam.

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.