Tipu Daya Iblis Dalam Bersedekah

Banyakkan-Bersedekah-dan-Jangan-Meminta-minta-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Sedekah merupakan satu tajuk yang tidak asing lagi dalam Islam. Malah, kita sebagai seorang Muslim sangatlah digalakkan untuk bersedekah jariah dan infak di jalan Allah SWT. Amalan ini sangatlah mulia sehingga pahala bagi mereka yang melakukannya akan still di transfer ke dalam kubur walaupun kita sudah mati. Sebagaimana Sabda Baginda:

عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له

Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”

(HR Muslim).

Justeru, perbanyakkanlah amalan bersedekah kerana ia akan menjadi di antara amalan yang paling kita disukai di akhirat nanti. Lagi banyak, lagi bagus sebagaimana yang telah dilakukan oleh Saidinar Thalhah Bin Ubaidillah r.a. dan Saidinar Abdurrahman bin Auf r.a. Juga, pesanan dan peringatan buat diri saya dan anda semua supaya membuang jauh-jauh sifat kedekut dan bakhil dalam diri kita.

Seterusnya, jom berbalik kepada tajuk bersedekah dan di bawah ini, saya akan menjelaskan antara kelebihan-kelebihan sedekah dan tips untuk mengenal pasti sama ada kita sudah ditipu iblis atau tidak dalam bersedekah.



Bersedekah Harta Yang terbaik Daripada Anda.A092

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

(A-li’Imraan 3:92)

Berdasarkan ayat di atas pula, Ustaz Khalid Basalamah menjelaskan kepada saya, jika kita ingin bersedekah, sedekahlah barang yang kita paling sayang bukan barang yang dah tak nak guna atau makanan yang kita sudah tak habis dimakan/dijual.

Sebagai contoh, kalau anda ada duit RM5 dan RM10 dalam dompet, mana satu yang anda lebih sayang? Kalau lagi sayang RM10, dermalah RM10 itu. Demi Allah saya katakan, Allah SWT pasti akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik lagi daripada itu sekurang-kurangnya 10 kali ganda. Tidak ada keraguan lagi dalam bab ini kerana Allah telah berfirman:

A160

Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).

(Al-An’aam 6:160)



Bersedekah  mengeluarkan kita daripada kesempitan rezeki.

Firman Allah:

A007

Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.

(At-Talaaq 65:7)

Ayat di atas telah diterangkan oleh Ustaz Yusuf Mansur bahawa sesiapa sahaja yang ingin keluar daripada kesempitan rezeki maka dia perlu bersedekah atau memberi nafkah yang diberikan Allah mengikut kemampuannya.

Jika ikut logik akal, memang tak masuk akal sebab kita nak tambah rezeki banyak tapi kena bagi orang pulak. Padahal golongan kapitalis barat kata kalau nak kaya kena buat bisnes, menabung atau join mana-mana investment yang bagus.  Persoalannya jika anda lebih percaya kepada buat bisnes dan investment untuk jadi kaya, maka anda sebenarnya ada masalah keyakinan dengan Allah SWT. Walhal, Allah itu bersifat Maha Pemberi Rezeki dan tidak pernah memungkiri janji-Nya. Jadi apalagi yang anda ragukan?

Sebenarnya rahsia sedekah ini, hanya dapat dirasai oleh orang yang suka bersedekah yang bermakna, lepas anda bersedekah, baru anda akan tahu. Walaupun banyak kali saya boleh cerita kisah benar pasal sedekah ini, akan akan still sukar untuk melakukannya kerana anda belum merasai kelebihannya.

Ingatlah, Allah SWT tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya dan setiap kesenangan akan berlaku selepas kesusahan. Teruskan bersedekah dan bersabarlah. Yakinlah dengan Allah SWT dan jika anda rasa tidak yakin serta ragu-ragu, itu hanyalah tipu daya syaitan sahaja.  Sebagaimana Firman Allah di bawah:

A268

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.

(Al-Baqarah 2:268)



Apakah Punca Kita Malas Bersedekah?

Ini adalah sepatutnya tajuk utama perbahasan kita iaitu mengapa kita malas untuk bersedekah. Jawapannya senang sahaja iaitu kita semua sudah ditipu iblis atau syaitan. Di antara tipu daya iblis adalah:

1. Iblis mengajak mereka sedekah pada orang-orang yang jauh dan tidak dikenali. Padahal sedekah sepatutnya dimulakan dengan kaum kerabat yang terdekat dahulu. Jika, kaum kerabat semuanya  mampu dan tidak memerlukan sedekah anda, barulah anda mencari sesiapa yang memerlukannya.

2. Iblis menghasut mereka agar selalu pergi haji dan umrah. Sepatutnya ini adalah perkara yang baik tetapi tipu daya iblis berlaku apabila sesorang yang pergi haji atau umrah banyak kali sehingga hutang pun tidak dibayarnya. Malah, amalan haji atau umrah ini dijadikan alasannya untuk kumpul duit  sehingga dia tidak mahu untuk bersedekah.

3. Dalam wasiat pula, mereka yang ditipu iblis supaya mewasiatkan harta mereka kepada yang bukan ahli warisnya. Walhal, wasiat sepatutnya diberikan kepada ahli waris.

4. Untuk orang yang masih mampu bekerja, mereka ditipu iblis sehingga menyebabkan mereka suka meminta-minta kepada manusia untuk menambah kekayaan mereka. Padahal Nabi SAW sudah bersabda dalam beberapa hadis di bawah:

  • Dari ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata bahwa Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَسْأَلُ النَّاسَ حَتَّى يَأْتِىَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَيْسَ فِى وَجْهِهِ مُزْعَةُ لَحْمٍ

“Jika seseorang meminta-minta (mengemis) pada manusia, ia akan datang pada hari kiamat tanpa memiliki sekerat daging di wajahnya.”

(HR. Bukhari, no. 1474; Muslim, no. 1040)

 

  • Dari Hubsyi bin Junadah, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ سَأَلَ مِنْ غَيْرِ فَقْرٍ فَكَأَنَّمَا يَأْكُلُ الْجَمْرَ

“Barangsiapa meminta-minta padahal dirinya tidaklah fakir, maka ia seakan-akan memakan bara api.”

(HR. Ahmad 4: 165.)



  • Dari Samuroh bin Jundub, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

الْمَسْأَلَةُ كَدٌّ يَكُدُّ بِهَا الرَّجُلُ وَجْهَهُ إِلَّا أَنْ يَسْأَلَ الرَّجُلُ سُلْطَانًا أَوْ فِي أَمْرٍ لَا بُدَّ مِنْهُ

“Meminta-minta adalah seperti seseorang mencakar wajahnya sendiri kecuali jika ia meminta-minta pada penguasa atau pada perkara yang benar-benar ia butuh.”

(HR. An-Nasa’i, no. 2600; Tirmidzi, no. 681; Ahmad, 5: 19)

Berdasarkan hadis di atas, elakkanlah diri kita daripada meminta-minta dan hukumnya haram dalam Islam jika kita masih mampu untuk bekerja atau berikihar mencari rezeki.

5. Untuk orang yang kaya pula, Iblis akan membuat tipu daya kepada mereka sehingga mereka berlebih-lebihan dalam berbelanja sehingga membazir dan menyebabkan mereka tidak suka untuk bersedekah. Mereka hanya fikir duit yang mereka dapati adalah hasil daripada usaha penat lelah mereka dan merekalah yang lebih layak untuk membelanjakannya.  Fikiran seperti ini adalah sangat tercela dalam Islam kerana segala rezeki  kita sudah ditetapkan oleh Allah SWT bukan disebabkan usaha kita semata-mata.

 

Kesimpulannya.

Saya menutup artikel kali ini dengan kata-kata yang menarik daripada Ibnu Jauzi iaiti “Kalau anda betul-betul fakir, tutup sedaya upaya tanda kefakiran anda dan hanya meminta-minta pada Allah SWT.” Itulah yang terbaik kerana meminta pada selain Allah sangatlah tidak digalakkan dalam Islam kecuali terdesak.

Contoh terbaik anda pada kisah Abdurrahman Bin Auf r.a. yang berhijirah sehelai sepinggang dan apabila ditawarkan kekayaan oleh saudara se-Islamnya tanpa usaha. Beliau menolakknya tanpa fikir panjang sambil berdoa agar Allah memberkati rezeki saudaranya itu dan hanya bertanya dimanakah pasar untuk belaiu mula berniaga. Sebab utama beliau melakukan sedemikian rupa adalah kerana beliau tahu, beliau masih mampu untuk bekerja dan tidak mahu menjadi orang yang suka meminta-minta.

Akhir kalam, jika anda diberikan rezeki oleh Allah SWT yang banyak, perbanyakkan bersedekah kepada orang yang susah dan lebih memerlukan daripada anda. Utamakan kepada ahli keluarga anda, orang-orang fakir miskin dan juga masjid yang hendak dibina. Semoga Allah sentiasa memberkati rezeki kita semua. Aaminn.

Wallahua`lam.



Rujukan:

  1.  Talbis Iblis Dalam Bersedekah – Dr Zaharuddin

 

Comments

comments

Related Post

Kempen Cepat Kaya Dunia Akhirat ﷽   “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”   ...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.