Talhah bin Ubaidillah – Syahid Yang Berjalan Di Atas Muka Bumi

Talhah-Bin-Ubaidillah-R.a-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Sahabat seterusnya yang menjadi pilihan penulis adalah Talhah bin Ubaidillah r.a kerana kesatrian dan pengorbanannya dalam melindungi Nabi Muhammad SAW semasa di perang Uhud tidak ada tandingannya. Selain itu, Talhah r.a juga telah mendapat gelaran yang sangat mulia daripada Rasulullah SAW. Iaitu beliau digelar seorang syahid yang berjalan di atas muka bumi. Sebab apa beliau dipanggil begitu akan dijelaskan nanti.

 

Biodata Talhah bin Ubaidillah R.a

Nama beliau adalah Talhah bin Ubaidillah. Talhah pula bermaksud pohon yang rimbun di tanah yang keras, mempunyai batang pohon yang besar dan daunnya pula lebat sehingga unta banyak memakannya. Setelah memeluk Islam, Nabi SAW tidak menukar nama beliau kerana mempunyai makna yang mendalam dan baik.

Ciri-ciri fizikal beliau adalah tinggi, putih, gagah, hidungnya mancung dan ciri-cirinya agak mirip kepada Rasulullah SAW.

Beliau mempunyai 14 orang anak dan kesemua anak lelakinya dinamakan dengan nama para nabi seperti Isa, Yaakub dan Ibrahim.

Di akhir hayat beliau, beliau menniggalkan 4 orang isteri dan kesemua isteri beliau adalah ipar kepada 4 orang isteri Baginda SAW. Disebabkan perkahwinan itu, beliau menjadi  adik beradik atau saudara ipar kepada Baginda SAW.

Beliau masuk Islam pada usia seawal 16 tahun.



Kisah Pengislaman Talhah bin Ubaidillah r.a

Pada suatu hari, ketika Thalhah R.a dan rombongannya sampai ke Syam untuk berdagang.  Beliau telah mengalami peristiwa menarik yang mengubah garis hidupnya.

Peristiwa itu bermula apabila setiap kali pedagang datang ke Syam, akan ada seorang pendeta Nasrani yang bertanya siapakah di antara mereka datang daripada Tanah Haram Makkah? Kemudian, kebetulan pula kafilah dagang Talhah r.a baru sahaja sampai dan beliau menyahut sahutan Pendeta Nasrani tersebut.

Kemudian pendeta Nasrani itu bertanya kepada Talhah r.a,

Sudah munculkah orang di antara kalian orang bernama Ahmad Bin Abdullah ?” tanya pendeta tersebut.

Ahmad Bin Abdullah yang mana?”, Thalhah menjawab. Kerana di waktu itu, di Makkah mempunyai beberapa orang yang bernama Ahmad Bin Abdullah.

Ahmad bin Abdullah bin Abdul Muthalib yang mengaku sebagai Nabi Allah” Jawab pendeta itu.

“Jika sudah muncul, segera ikut dia kerana dia adalah penutup para Nabi. Dan nanti dia akan berhijrah dari Makkah ke negeri yang tanahnya itu dpenuhi tanah kurma yang subur, banyak air, garam dan dpenuhi batu-batu hitam di timur dan barat,”  lagi sambung pendeta itu.

Ucapan pendeta itu begitu terkesan di hati Thalhah bin Ubaidillah r.a , hingga beliau tidak jadi berdagang dan langsung pulang ke Makkah. Untuk pengetahuan anda semua, jika menaiki unta untuk sampai ke Syam dari Makkah akan memakan masa selama sebulan. Jadi ketika pulang dari Syam, dua bulan sudah berlalu di Makkah.

Setibanya di Makkah, beliau langsung bertanya kepada salah seorang ahli keluarganya. Dialog dibawah adalah sebagimana yang telah diriwayatkan oleh para alim ulama’:

Apakah peristiwa yang berlaku semasa dia pergi berdagang?

Ada Muhammad bin Abdullah mengatakan dirinya sebagai Nabi Allah” jawab ahli keluarganya.

Adakah beliau mempunyai nama yang lain selain Muhammad bin Abdullah?”  tanya Talhah r.a.

” Beliau juga dikenal sebagai Ahmad”. Jawab salah seorang ahli keluarganya.

Kemudian Talhah r.a bertanya,“Sudah adakah orang yang beriman dengan Ahmad Bin Abdullah  ini?”,

“Abu Bakar bin Abu Quhafah telah mempercayainya dan mengikuti apa yang dikatakannya,” jawab mereka.

Aku kenal Abu Bakar R.a. Dia seorang yang lapang dada, penyayang dan lemah lembut. Dia pedagang yang berbudi tinggi dan teguh. Kami berteman baik, banyak orang menyukai majelisnya, karena dia ahli sejarah Quraisy,” balas Thalhah bin Ubaidillah r.a.

Setelah itu, Thalhah bin Ubaidillah r.a terus keluar untuk mencari Abu Bakar As-siddiq r.a. untuk menanyakan kebenaran berita tersebut. Apabila beliau menjumpa Sidinar Abu Bakar r.a., beliau bertanya:

Benarkah Muhammad bin Abdullah telah menjadi Nabi dan engkau mengikutinya?“, Thalhah bertanya

Ya Benar.”, jawab Abu Bakar.

Kemudian, Thalhah bin Ubaidillah r.a meminta Saidinar Abu Bakar r.a agar membawanya berjumpa Rasulullah SAW untuk mengucapkan kalimah syahadah. Selepas sahaja mengucapkan syahadah, beliau menceritakan kisahnya bersama pendeta Nasrani di Syam. Lalu Nabi Muhammad SAW membenarkan kisahnya itu.

 

Kelebihan Yang Diberikan Allah kepada Talhah Bin Ubaidillah.

1. Digelar Syahida yang Masih Hidup di atas muka bumi ini.

Rasulullah bersabda :
“Siapa yang ingin melihat seorang syahid yang berjalan di muka bumi, maka lihatlah dia (Rasulullah SAW menunjukkan kepada Thalhah r.a.),”

 

2. Termasuk dalam kalangan sahabat yang dijamin syurga.

Talhah r.a. adalah merupakan salah satu dari sepuluh sahabat yang memperoleh berita gembira kerana dijamin syurganya ketika hidup. Sembilan lainnya adalah empat Khulafaur Rasyidin, Abdurrahman bin Auf, Sa’d bin Abi Waqqash, Sa’id bin Zaid, Zubair bin Awwam dan Abu Ubaidah bin Jarrah.

 

3. Termasuk dalam kalangan 10 orang pertama yang masuk Islam.

Thalhah bin Ubaidillah r.a adalah termasuk dalam as-sabiqunal awwalin. Iaitu 10 termasuk dalam sepuluh orang pertama yang memeluk Islam.



4. Termasuk salah seorang sahabat yang dipilih menjadi ahli syura.

Cerita tentang ahli syura ini seperti yang saya sudah jelaskan di kisah Saad bin Abi Waqqas r.a dan Abdurrahman Bin Auf r.a.

 

5. Termasuk dalam kalangan ahli Badar.

Yakni kelebihan ahli badar ini adalah Allah SWT mengampunkan segala dosa sama ada sebelum atau pun selepasnya. Tetapi Talhah r.a. tidaklah berperang di Perang Badar kerana beliau telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk menjadi mata-mata kepada kaum muslimin di tempat yang lain dan beliau tidak sempat untuk turut sama berperang di Perang Badar. Namun demikian, beliau masih dianggap sebagai Ahlu Badar dan bukti yang paling kukuh adalah Rasulullah SAW memberi mereka sebahagian daripada “ghanimah” perang Badar kepada dia.

 

6.  Beliau dikurniakan syahid di medan perang.

Tetapi perang ini bukanlah perang melawan orang kafir, sebaliknya beliau melawan angkatan tentera orang Islam sendiri kerana fitnah yang dibuat oleh orang-orang munafik. Perang ini dipanggil Perang Jamal. Apabila sedar beliau berhadapan dengan Saidinar Ali, Talhah r.a terus mahu berundur untuk keluar daripada fitnah tersebut.

Tetapi sayangnya, ada orang yang menyedari hal tersebut dan jika Talhah r.a keluar dari medan perang maka akan berakhirlah fitnah kaum munafik ini. Lalu, salah seorang daripada mereka memanah Talhah Bin Ubaidillah R.a. dengan panahan yang berbisa dan terkena betisnya. Disebabkan bisa itu, beliau telah syahid.

 

7. Talhah r.a seorang yang sangat dermawan.

Jika nak ceritakan, semua sahabat nabi ini memang sangat senang mengeluarkan duit untuk berinfak dan sedekah. Tetapi Talhah r.a. ada ceritanya yang tersendiri:

Suatu hari dahulu, pernah Talhah berhasil menjual tanahnya dengan harga tinggi sehingga harta bertumpuk di rumahnya, maka mengalirlah air matanya, dan ia berkata,

“Sungguh, jika seseorang ‘dibebani’ bermalam dengan harta sebanyak ini dan tidak tahu apa yang akan terjadi, pastilah akan mengganggu ketentraman ibadahnya kepada Allah…!”

Malam itu juga dia dibantu oleh isterinya yang solehah untuk dibungkus segala keuntungan tersebut dan membawa harta tersebut berkeliling di jalan-jalan di kota Madinah untuk membahagikan kepada yang memerlukan. Sampai fajar tiba belum habis juga kerana banyaknya harta yang sedang dibahagikan dan diteruskan  setelah solat subuh hingga menjelang siang. Setelah selesai menderma, barulah beliau merasa lega setelah tidak tersisa lagi walau hanya satu dirham.



Sebagai penutup kisah Talhah R.a, marilah kita mengambil iktibar daripada kisah Talhah r.a ini. Jangan hanya baca dan ceritakan kepada orang lain sahaja. Ikutlah segala tingkah-laku mulia yang pernah dilakukan sahabat di atas agar kita juga akan dijamin syurga oleh Allah SWT. Aamin.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Sebab Musabab Sahabat Nabi Menjadi Luar Biasa ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Abu Ubaidah Al Jarrah – Orang Terpercaya Uma... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Abdurrahman Bin Auf R.A – Dermawan Yang Dija... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Saad Bin Abi Waqqas – Panglima Islam Yang Me... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.