Tarikh Maal hijrah telah ditukar ke 22 September

Assalamualikum semua,

Memandangkan kita akan meninggalkan bulan Zulhijjah yang ke 1438 Hijrah ini, marilah kita bersiap sedia menghadapi tahun 1439 hijrah. Namun, saya mahu ingatkan anda semua bahawa, tarikh Maal Hijrah telh di tukar kepada 22 September bersamman hari jumaat bukannya pada 21 September 2017 (khamis) seperti yang kalendar anda catatkan.

Tarikh Maal Hijrah telah ditukar

Pengumuman ini dibuat pada 19 Spetember 2017, oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha sendiri. Beliau berkata:

“Perubahan itu ekoran ralat teknikal yang disahkan dan disemak oleh Panel Falak Jakim yang meneliti semula data bulan Zulhijjah.”

 

Apakah yang dimaksudkan oleh Maal Hijrah itu?

  • Maal Hijrah boleh juga dipanggil Awal Muharram.
  • Pada hari Awal Muharram inilah berlakunya peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
  • Kalender Hijarah secara rasmi belum bermula ketika zaman Rasulullah S.A.W. Kalendar ini hanya bermula pada zaman Khalifah Arrasyidin kedua iaitu Saidinar Umar al-Khattab R.A.
  • Masukknya 1 Muharram ini ialah untuk mengenangkan betapa pentingnya tarikh hijrah yang menjadi anjakan paradigma dalam sejarah agama Islam yang mana pertama kali dalam sejarah Islam seorang nabi dan rasul membentuk kerajaan dengan segala kesukaran dan berjaya membuat hubungan diplomatik dengan beberapa negara serta menyampaikan dakwah Islam secara global sehingga Islam tersebar ke merata dunia terutamanya Malysia.
  • Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan bagi umat Islam dengan mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negara. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia. Jadi cuti kita pada minggu depan menjadi Jummat,Sabtu dan Ahad.

 

Bagaimana sepatutnya kita menyambut Maal Hijrah?

Dengan Membaca Doa Akhir Tahun.

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

 

Doa-Akhir-Tahun-Hijrah-Malaya-Journal

Dan juga Doa Awal Tahun.

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Doa-Awal-Tahun-Hijrah-Malaya-JOurnal

 

Untuk lebih baik, pergilah ke masjid atau surau. Ahli qariah masjid tentu akan membaca doa ini. Jadi datanglah untuk solat maghrib awal sedikit pada hari 1 Muharram ini unntuk turut serta membaca doa awal dan akhir tahun secara berjemaah.

 

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.