Cara Mandi Wajib Yang Betul dan Benar.

cara-mandi-wajib-yang-betul-dan-benar-Malaya-Journal

الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,

Bab mandi wajib ini adalah di antara yang paling banyak ditanya kerana jika tidak sah mandi itu, maka tidak sah solatnya. Justeru, marilah kita sama-sama mempelajari cara mandi wajib yang betul menurut hadith Rasulullah S.A.W. Sebenarnya, ia tidaklah sesusah yang saya fikirkan. Malah, ia sangat mudah apabila setelah kita fahamkan betul-betul. Dan di antara sebab-sebab seseorang itu perlu kepada mandi wajib adalah:

  1. Bersetubuh.
  2. Haid dan nifas.
  3. Keluar air mani.

 

Apakah dalil cara mandi wajib yang betul?

Terdapat dua hadith yang mengajar kita tentang cara mandi wajib yang betul:

Hadits pertama:

عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – أَنَّ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ إِذَا اغْتَسَلَ مِنَ الْجَنَابَةِ بَدَأَ فَغَسَلَ يَدَيْهِ ، ثُمَّ يَتَوَضَّأُ كَمَا يَتَوَضَّأُ لِلصَّلاَةِ ، ثُمَّ يُدْخِلُ أَصَابِعَهُ فِى الْمَاءِ ، فَيُخَلِّلُ بِهَا أُصُولَ شَعَرِهِ ثُمَّ يَصُبُّ عَلَى رَأْسِهِ ثَلاَثَ غُرَفٍ بِيَدَيْهِ ، ثُمَّ يُفِيضُ الْمَاءَ عَلَى جِلْدِهِ كُلِّهِ

Dari ‘Aisyah, isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahwa jika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mandi junub, beliau memulainya dengan mencuci kedua telapak tangannya. Kemudian beliau berwudhu sebagaimana wudhu untuk solat. Lalu beliau memasukkan jari-jarinya ke dalam air, lalu menggosokkannya ke kulit kepalanya, kemudian menyiramkan air ke atas kepalanya dengan mencedukkan kedua telapak tangannya sebanyak tiga kali, kemudian beliau mengalirkan air ke seluruh kulitnya.”

(HR. Bukhari no. 248 dan Muslim no. 316)

Hadits kedua:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَتْ مَيْمُونَةُ وَضَعْتُ لِرَسُولِ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – مَاءً يَغْتَسِلُ بِهِ ، فَأَفْرَغَ عَلَى يَدَيْهِ ، فَغَسَلَهُمَا مَرَّتَيْنِ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلاَثًا ، ثُمَّ أَفْرَغَ بِيَمِينِهِ عَلَى شِمَالِهِ ، فَغَسَلَ مَذَاكِيرَهُ ، ثُمَّ دَلَكَ يَدَهُ بِالأَرْضِ ، ثُمَّ مَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ ، ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ ثُمَّ غَسَلَ رَأْسَهُ ثَلاَثًا ، ثُمَّ أَفْرَغَ عَلَى جَسَدِهِ ، ثُمَّ تَنَحَّى مِنْ مَقَامِهِ فَغَسَلَ قَدَمَيْهِ

Dari Ibnu ‘Abbas berkata bahwa Maimunah mengatakan, “Aku pernah menyediakan air mandi untuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Lalu beliau menuangkan air pada kedua tangannya dan mencuci keduanya dua kali-dua kali atau tiga kali. Lalu dengan tangan kanannya beliau menuangkan air pada telapak tangan kirinya, kemudian beliau mencuci kemaluannya. Setelah itu beliau menggosokkan tangannya ke tanah (atau sabun). Kemudian beliau berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung. Lalu beliau membasuh muka dan kedua tangannya. Kemudian beliau membasuh kepalanya tiga kali dan meratakan air ke seluruh badannya. Setelah itu beliau bergeser dari posisi semula lalu mencuci kedua telapak kakinya.”

(HR. Bukhari no. 265 dan Muslim no. 317)

 

Bagaimanakah Cara mandi wajib yang betul?

Berdasarkan 2 hadith di atas, terdapat dua cara untuk mandi wajib iaitu yang pertama seperti yang diajarkan oleh Aisyah r.a. dan yang kedua seperti yang diajarkan oleh Maimunah r.a. Kedua-dua hadith di atas adalah shahih. Tetapi, alhamdulillah, pakar-pakar hadith telah menggabungkan kedua-dua cara mandi wajib yang betul di atas untuk memudahkan orang awam seperti kita untuk mengamalkannya. Untuk memudahkan anda semua, saya akan tulis cara mandi wajib yang betul mengikut susunannya:

  1. Kedua tangan perlu dibasuh dahulu.
  2. Kemudian, mencuci kemaluan dengan tangan kiri. Setelah itu, cuci tangan dengan sabun.
  3. Menggosokkan air ke kulit kepala dengan menyelar pada rambut anda.
  4. Basuh keseluruhan kepala.
  5. Selepas itu, berwuduk seperti biasa.
  6. Akhir sekali, ratakan air ke seluruh kulit badan dengan air. Pastikan tidak ada benda yang menghalang air daripada terkena pada kulit anda.

 

Kesimpulannya.

Itu sahaja. Tidak sudah pun dan rupanya, mudah sekali mandi wajib ini. Jadi tidak perlu lagi anda ragu-ragu dengan cara mandi wajib yang betul. Hafalkan sahaja step by step di atas atau bookmark post ini. Untuk memudahkan ingatan anda, cubalah untuk mengamalkan cara wajib yang betul di atas ini pada hari ini juga walaupun anda tidak perlu mandi wajib. Iaitu untuk training sahaja supaya anda sudah ingat bila anda memerlukan ilmu cara mandi wajib ini. Sudah tiba masanya untuk untuk anda mempraktikkannya.

Akhir kalam, sekali lagi saya ingatkan, kalau takut terlupa, pastikan anda bookmark post ini, share atau copy paste je ke henset anda. Insya Allah semoga dipermudahkan semuanya.

Wallahu A’lam.

 

Rujukan.

  1. Tata cara mandi Junub seperti Rasulullah S.A.W. – Ust Adi Hidayat Lc.MA-

 

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.