Teori Dan Praktikal Membuka Pintu Rezeki Berdasarkan Al-Quran

Jangan-Bimbang-Pintu-Rezeki-kepada-Orang-bertakwa-Malaya-Journal

الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,

Ketahui oleh mu, ini adalah yang kali pertama saya membuat penulisan tentang ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Adi Hidayat dari Indonesia. Pada saya, beliau merupakan seorang yang memiliki ilmu al-Quran yang sangat banyak sehingga saya berasa perlu untuk menulis akan apa yang hendak disampaikan oleh Ustaz Adi. Dan kali ini ia adalah berkaitan dengan teori membuka pintu rezeki bagi seseorang muslim berdasarkan al-Quran. Juga, sebagai seorang yang beriman pada Allah, bekerja atau mencari rezeki berlandaskan al-Quran merupakan cara terbaik untuk memastikan kita sentiasa melakukan amal soleh kerana Allah.

Semoga dengan penulisan tentang pintu rezeki ini, kehidupan dan rezeki anda akan bertambah berkat setelah memahami dan melakukannya. Insya Allah. Di samping itu, saya juga berasa Ustaz Adi Hidayat diibaratkan seperti Dr Zakir Naik versi Indonesia. Kerana hafalan belaiau tentang dalil-dalil al-Quran yang akan diterangkannya, sentiasa dia ingat tanpa sebarang masalah pun. Beliau juga, mampu mengeluarkan dalil dalam al-Quran dengan cepat dan tepat sebijik seperti Dr Zakir Naik.



Untuk memudahkan anda semua untuk memahami penulisan tentang teori dan praktikal akan ilmu pintu rezeki berpandukan al-Quran ini, saya akan membahagikannya kepada beberapa soalan seperti berikut:

  1. Adakah Rezeki diturunkan dari langit ke bumi kepada seluruh makhluk-Nya?
  2. Adakah Pintu Rezeki dibuka kepada seluruh manusia?
  3. Adakah Pintu Rezeki kepada manusia yang beriman sama dengan manusia yang tidak beriman?
  4. Apakah cara untuk memudahkan rezeki yang penuh keberkatan datang tanpa diduga?

 

Adakah Rezeki diturunkan dari langit ke bumi?

Jawapannya adalah ya. Kerana Allah telah berfirman di dalam al-Quran pada ayat di bawah:

Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

(Al-Baqarah 2:29)

 

Adakah Pintu Rezeki dibuka kepada seluruh manusia?

Jawapannya adalah Ya juga. Hal ini kerana, Allah Ta’ala telah memerintahkan segala manusia di dalam al-Quran dengan menggunakan kalimah “يَا أَيُّهَا النَّاسُ ” yang bermaksud Wahai sekalian manusia!. Supaya makan makanan yang halal dan baik daripada bumi sama ada mereka kafir atau pun beriman. Sepertimana firman Allah di bawah:

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

(Al-Baqarah 2:168)

Dan sekalian manusia bermaksud kepada seluruh manusia sama ada beriman atau pun tidak. Tetapi, ayat di atas bukan bermaksud kita hanya perlu berpeluk tubuh dan bekerja sambil lewa sahaja. Sebaliknya, kita wajib berusaha mencari rezeki dengan berikhtihar, berusaha dan bertawakkal kepada Allah walaupun rezeki kita sudah ditetapkan oleh Allah. Sebagaimana Firman-Nya di bawah:

Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.

(Az-dzariyat 51:22)



Adakah Pintu Rezeki  manusia beriman sama dengan manusia yang tak beriman?

Jawapannya adalah tidak sama sekali kerana berdasarkan Firman Allah di bawah, Allah telah menggunakan kalimah “يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا” yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman”. Dan ini menunjukkan perbezaan pintu rezeki yang diberikan oleh Allah kepada orang beriman dengan yang tidak beriman.

Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.

(Al-Baqarah 2:172)

Namun, yang membezakan di antara orang beriman dengan yang tidak beriman adalah, untuk orang yang beriman, Allah S.W.T. sendiri akan memandu kita kepada rezeki-rezeki yang halal dan berkat. Walaupun sikit tetapi kita akan sentiasa berasa cukup dengan pemberian-Nya. Sebagaimana Firman Allah:

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan;

(An-Najm 53:48)

Oleh itu, sekiranya anda faham ayat di atas ini dan anda juga beriman kepada Allah S.W.T. tidak anda benda yang perlu anda takutkan akan rezeki anda. Kerana rezeki anda pasti akan diberikan oleh Allah setelah berusaha mendapatkannya. Kita hanya perlu fokus kepada mencari rezeki sahaja, dan biarlah Allah yang menentukan kadar pemberian rezeki kepada kita.

 

Apakah Cara untuk Memudahkan Rezeki datang?

Iaitu dengan beriman ditambah dengan takwa kepada-Nya. Buktinya ada pada dalil Allah S.W.T. di bawah:

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu rezeki) yang melimpah-limpah berkat-Nya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

(Al-A’raf 7:96)

Ayat dia atas bermaksud, hanya dengan bertakwa dengan sebenar-benar takwa barulah pintu rezeki yang dipenuhi berkat-Nya akan dibukakan kepada kita semua. Dan insya Allah, dengan takwa tersebut, rezeki yang berkat dan tidak menduga akan diberikan oleh Dia kepada kita. Sebagaimana Firman Allah:

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(At-Talaq 65:2-3)

Justeru, berserah dirilah kepada Allah, bertawakklah kepada Allah dan tunduk serta patuh kepada qada’ dan qadar Allah. Nescaya, anda akan hidup lebih tenang tanpa risau akan kehilangan atau kekurangan dunia ini. Insya Allah semoga hidup kita semua akan dipermudahkan dan dilimpahi rahmat-Nya. Aamin.



 

Kesimpulannya.

Berimanlah kepada Allah dan tingkatkanlah ketakwaaan kita kepada-Nya. Dengan itu, Insya Allah rezeki yang cukup akan datang tanpa kita menduganya. Tapi anda perlu faham, rezeki yang cukup itu bukan bermakna kaya atau banyak. Ia bermakna rezeki yang penuh dengan keberkatan dan sentiasa cukup. Juga, nasihat yang terakhir adalah jangan terlalu mengharapkan balasan atau upah daripada Allah semata-mata tetapi utamakanlah Rahmat dan Kasih Allah kerana tanpa-Nya siapalah kita.

Ingatlah, jika kita mendapatkan sesuatu perkara yang diingini atau tidak adalah disebabkan Rahmat Allah bukan kerana amal ibadah kita. Oleh itu, janganlah kita bergantung dengan amalan kita kerana amal kita sangatlah sedikit dan tidak layak jika nak dibandingkan dengan nikmat yang Allah beri selama kita hidup. Bergantunglah kepada Allah dengan sepenuhnya. Akhir kalam, jika anda sudah memahaminya, sekarang adalah masa untuk mempraktikkannya di dalam kehidupan anda. Bak kata orang putih, “knowledge without action is nothing”.

P.S. Jangan lupa untuk share post ini kepada rakan-rakan anda.

 

Rujukan:

  1. Teori Rezeki Dalam Al Quran daripada Ustadz Adi Hidayat Lc mA

  2. Apa Bedanya Rezeki Orang Yang Beriman dan Yang Tidak? disampaikan  Ustadz Adi Hidayat Lc MA

  3. Perkara Rizki Itu Sederhana disyarah oleh Ustadz Adi Hidayat Lc MA

Comments

comments

Related Post

Apa Yang Terjadi Pada Amalan Kebaikan Non Muslim? Seperti yang kita sedia maklum ada sesetengah orang-orang non Muslim di Malaysia ini, mendapat nikmat yang berbagai-bagai jenis daripada ALLAH sedangk...
3 Perkara Berkait Rapat Dengan Rezeki ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Apa maksud ikhlas, dengki dan rezeki menurut al-Qu... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Jangan Khuatir,Rezeki Allah Tidak Terkira Banyakny... Sekurang-kurangnya orang-orang yang bersolat mengulangi ikrar atau visi hidup kita sebanyak 5 kali sehari. Dan kita berikrar semasa membaca Doa Iftita...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.