Di bawah berikut adalah visi  bagi blog Malaya Journal:

Visi

Untuk taat kepada Allah S.W.T.

Kepada-Mu Tuhan, aku memohon ampun jika didapati sewaktu aku menulis di blog Malaya Journal ini terselit tujuan peribadi, bukan kerana mengharap keredhaanMu semata-mata. Dan juga jika didapati ilmu yang dipersembahkan ini tidak tepat sepertimana yang engkau kehendaki.

Hanya sekadar ini hamba-Mu yang dhaif ini mampu melakukannya. Terasa sungguh banyak kekuranganku. Namun, Ya Allah, aku merayu janganlah kerana kekurangan itu Engkau bertindak menyeksaku. Ampunkanlah dosaku dan dosa kami semua.

al-Baqarah-2-201-Malaya-Journal

Maksudnya: Berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka.

 (Al-Baqarah 2: 201)